Monday, 1 August 2011

betul ke cinta? 9

BAB 9
“ Lisa, apahal Encik Hakim tu dari tadi asyik pandang kau je? ” Mia berbisik ke telinga ku.
“mana ada dia pandang aku. entah-entah dia pandang kau tak? ” aku membalas tanpa sedikit pun mengalihkan pandangan dari skrin komputer. Tengah concentrate buat kerja lah konon. Padahal tengah cover malu sebab aku pun perasan yang Encik Hakim asyik pandang aku dari tadi.
“ kalau betul la dia pandang aku, memang aku la orang paling happy dalam dunia ni. tapi dari tadi aku tengok, dia asyik pandang kau je.” suara Mia dah sedikit kuat dari tadi.
“hisy, kau ni! slow la sikit suara tu. Zana kepochi dengar kang, benda yang tak de pun jadi ada tau.”
“ oops, sorry sorry. Eh Lisa, entah-entah korang ni ada skandal tak? Tu yang boleh balik KL sama-sama tu.”
“ kau ni, kan aku dah cakap, kereta aku rosak la. Kalau orang lain yang tolong aku masa tu, kiranya aku ada skandal dengan diorang jugak la?” aku membalas geram sambil mencubit-cubit tangan Mia.
“ aku usik sikit pun nak marah. Dia syok kat kau tak Lisa?” Mia tak habis-habis lagi dengan usikan nakal dia tu. Nak je aku karate minah ni. Dia pandang aku sebab rasa bersalah lepas buat aku marah semalam la tu. Semua yang berlaku bermula daripada kereta aku rosak sampai la aku kembali ke Melaka aku ceritakan kepada Mia kecuali pasal aku tengking Encik Hakim.
“ apa-apa je lah Mia.” malas nak melayan si Mia. Kalau dilayankan, lebih-lebih pulak si Mia ni nanti.
“Lisa, dia datang sini la Lisa.” Mia bersuara excited sambil menepuk-nepuk bahuku.
“ Siapa?” aku tanya Mia geram. Main tepuk-tepuk pulak dia ni. Habis senget selendang aku tau!
“ ehemm. Lisa, lepas kelas ni jumpa I kejap.” Tercengang aku bila tiba-tiba je Encik Hakim berdiri depan aku. Mia disebelahku dah tersengih-sengih. Rasa macam nak cepuk je muka Mia ni.
“ Ok Encik. Saya akan  make sure Lisa pergi jumpa Encik lepas ni.” aku jegilkan mata kat Mia lepas dia pandai-pandai cakap macam tu.
******************************************************************************
“ kereta you dah okey? Bila nak pergi ambik dekat workshop?” sibuk je dia ni nak tau.
“ dah tak ambik lagi, mana la tau ok ke tak.” Agak kerek jugak la aku membalas pertanyaan dia.
“ bila you nak pergi ambik kereta?” tanya dia lagi.
“ sepatutnya sekarang. Tapi dah  jumpa encik sekarang, lepas ni la saya pergi ambik.”
“ you pergi dengan siapa?”
“ dengan Mia. Tu je ke encik nak tanya? kalau tu je, saya keluar dulu lah.” Aku terus keluar tanpa menunggu jawapan dari dia.
“ mia, jom!” aku panggil Mia yang menunggu ku di lobi fakulti.
“ dia cakap apa je weh?” Mia seraya mendapatkan ku.
“ ala, tak de apa la.” malas aku nak bercerita kat Mia ni. karang tak habis-habis aku diusiknya.
“ Mia, Lisa, kejap.” Ee, mamat ni lagi. Apa la yang dia tak puas hati lagi ni.
“ Mia, kalau you ada hal apa-apa, tak apa. biar I je yang temankan Lisa pergi workshop.” Mia melopongkan mulutnya bila Encik Hakim cakap macam tu.
“ Eh, encik. Takpe,takpe. Saya memang nak pergi dengan Mia. Mia pun memang boleh temankan saya.” Aku cepat-cepat cakap macam tu.
“ In case kalau Mia ada hal, I boleh temankan.” Encik Hakim cakap sambil pandang Mia.
“ ye la Lisa. Baru aku ingat. Cousin aku nak datang hari ni. Sorry la Lisa. Aku betul-betul lupa. Kau pergi dengan Encik Hakim je la eh.” Tergagap-gagap Mia bersuara.
“ tak pe la kalau macam tu, esok je la kita pergi ambik.” Aku cepat-cepat tarik tangan Mia dan ingin berlalu pergi.
“ Esok pun tak boleh Lisa. Esok pun cousin aku ada sini lagi. Kau pergi je la dengan Encik Hakim ni. takkan kau nak biar kereta kau lama-lama kat workshop kot. Nanti entah apa yang diorang buat kat kereta kau.” Mia menarik kuat tangannya dari genggaman ku.
“ aku pergi dulu eh. Cousin aku dah tunggu dah tu.” lantas Mia berlalu meninggalkan aku terkontang-kanting bersama Encik Hakim.
“ you can go with me Lisa.” Encik Hakim senyum lebar kepadaku. Aku hanya pasrah. Siap kau nanti Mia!
****************************************************************************
“ thanks sebab temankan saya walaupun bukan saya yang nak.” Aku berkata dengan wajah yang masam mencuka.
“ no problem. Kan dah menjadi tanggungjawab I untuk tolong you.” Dia senyum lagi. Tanggungjawab apa pulak ni. bukan nya dia laki aku pun.
“ hey, senyum lah sikit. Masam je dari tadi. Dah macam nenek kebayan dah muka you.” Hah? Dia kata muka aku macam nenek kebayan. Mangkuk hayun betul mamat ni.
Aku menghadiahkan jelingan maut kepada dia sebab kata muka aku macam nenek kebayan.
“ amboi, jeling nampak. Senyum lah sikit. Sia-sia je you letak mekap banyak-banyak macam ni, tapi muka nampak macam nenek kebayan.”
Aku terus sengih paksa sampai nampak gigi. Ambik kau. Nak suruh aku senyum sangat, sengih terus aku bagi.
“ ha, baru lah macam Britney Spears.”
Aku tergelak besar bila dia cakap macam tu. pandai betul Encik Hakim ni ambik hati aku. yang peliknya, aku langsung tak rasa nak marah. Kalau dengan orang lain, mahu dah kena sembur dengan aku ni.
“ you kena belanja I.” dia senyum lagi. Hairan betul la aku. dia ni tak habis-habis senyum dari tadi. Apa yang seronok sangat pun tak tau lah.
“ kenapa pulak?” aku tanya tak puas hati.
“ sebab I dah tolong you.”
“ bukan saya yang suruh. Encik yang volunteer.” Banyak cantik muka dia. dah la sendiri yang offer nak tolong, dah tu, suruh aku pulak yang belanja.
“ balik KL pun, I yang tolong. Kalau I tak ada hari tu, entah apa dah jadi kat you.”
Mamat ni kan, mengungkit la pulak.
“ ye la, ye la. jom, sekarang jugak saya belanja. Encik nak makan kat mana?” aku dah bukak pintu kereta. Malas nak bertekak lama-lama dengan dia depan workshop ni. apek workshop ni pun dah dua tiga kali pandang kita orang. Nak bagi signal suruh kita orang blah cepat-cepat la tu.
“ I tak cakap pun suruh belanja makan.”
“ dah tu nak suruh belanja apa?” dia ni betul-betul menguji kesabaran aku la.
“ I nak you belanja I tengok wayang.”
“ what?” biar betul dia ni.
“ ye lah, tengok wayang.” Dia senyum lagi. Kali ni, vena cava aku pulak nak tercabut disebabkan senyuman dia.
“ ok lah, jom.” aku terus masuk ke dalam kereta ku dan memecut laju. Aku dapat lihat keretanya asyik mengikut kereta ku dari side mirror. Aku ingatkan kalau aku blah macam tu je tadi, dia tak ikut aku.
******************************************************************************
“next time, boleh kita keluar macam ni lagi?” tanya Encik Hakim sebaik saja kami membayar tiket parking.  
“ untuk apa? Rasanya, semua hutang saya dah habis hari ni.” aku mengerutkan kening. Yelah, aku dah belanja dia tengok wayang. Makan pun aku dah belanja tadi.
“ saja nak keluar dengan you. Tak boleh ke?”
“memang la tak boleh. Tak pasal-pasal saya nak keluar dengan encik buat apa? Tak pe lah encik, saya nak balik dulu lah. Dah lewat dah ni.” jam baru menunjukkan pukul 11 malam. Tak de lah lewat sangat pun. Tapi aku tak betah duduk berdua macam ni dengan Encik Hakim. Rasa kekok sangat. Lagi pun, badan pun dah rasa belengas. Dari kelas tadi terus ke workshop, lepas tu tengok wayang pulak. Nasib baik dalam kereta aku ada baju spare. Kalau tak, dengan lab coat je la aku tengok wayang tadi.
“ I hope, there will be a next time, Lisa.” Encik Hakim kenyit mata kepadaku. Aduh, boleh mati terus aku macam ni.
“ we’ll see.” kemudian, kami menuju ke arah kereta  masing-masing.
Sepanjang perjalanan pulang ke asrama, aku dapati Encik Hakim masih mengikuti keretaku. Kenapa la dengan dia ni, pelik betul perangai dia hari ni.
“ kenapa encik ikut saya?” aku tanya dia sebaik sahaja tiba di asrama.
“ I nak make sure you selamat sampai.” Dia cakap sambil merenung ke dalam mataku. Terkedu aku bila dia cakap macam tu.
“ since you dah selamat sampai, I balik dulu lah. See you tomorrow.” Dia senyum lagi dan kemudiannya menaikkan cermin tingkap keretanya.
Aku hanya memandang keretanya berlalu pergi. Kemudian, aku pegang dada aku. gila lah! Punya la kuat jantung aku berdegup. Kalah orang kena kejar dengan anjing.


thanks for reading! :D

No comments:

Post a Comment