BAB 11
“ kau tau lisa, dekat kelas tadi, aku dengar zana dok cerita
kat budak-budak ni kau ada skandal dengan cik hakim.”
“ hah?” nak tersembur kuah maggi yang penuh dalam mulut aku.
“ betul ke mia? Ish, geramnya aku. pandai-pandai nye zana
ni. dia nak kena belasah dengan aku la tu. dia tak tau aku ni ada black belt.”
Aku kepal penumbuk tanda geram.
“ sabar wei. Kang tak pasal-pasal masuk buletin utama
pulak.”
“ dia cakap apa dekat diorang?”
“ dia cakap dia nampak korang keluar sama-sama pergi tengok
wayang. banyak kali jugak la dia nampak.”
“ dia cakap macam tu?” aku tanya bersungguh-sungguh.
“ ye. Selalu ke kau pergi tengok wayang dengan encik hakim
tu? kenapa aku tak tau pun?”
“ woi mangkok. Kau pun percaya jugak ke dengan cakap si
minah kepochi tu? aku baru sekali je tengok wayang dengan dia. tu pun sebab
terpaksa tau.”
“ ala kau ni. aku gurau je la. tapi kalau betul pun apa
salahnya. Korang nampak sesuai weh. Tapi kalau kau taknak, kau pass dekat aku
je la encik hakim tu.”
“ amboi kau. Nak main pass, pass pulak. Tak boleh. Dia tu
aku punya.” Alamak, macam mana boleh terlepas cakap ni.
“ ha, tengok tu. kiranya betul la korang ada skandal ni?”
Mia cuit-cuit hidung aku.
“ mana ada lah. Aku saja je cakap macam tu tadi.” Muka aku
dah merah padam.
“ tengok tu, muka pun dah merah macam udang kena panggang.
Baik kau mengaku. Kau suka dia kan?” mia ni kan. Ada ke patut tanya aku soalan
macam ni. aduh, susah betul nak jawab. Aku suka dia ke? entahla, aku pun tak
tau.
*****************************************
“ lisa, weekend ni kita pergi picnic kat PD nak?” shafiq
tanya aku.
“ jom, jom. dah lama jugak kita tak pergi jalan-jalan ni.”
bahagia betul bila dengar soalan shafiq tu. aku ni memang suka pergi makan
angin.
“ kau rasa better kita pergi tidur sana ke, balik hari?”
“ balik hari la kot wei. Assignment belambak-lambak lagi tak
buat ni.” ewahh. Sejak bila pulak aku pandai fikir pasal assignment ni.
selalunya, jangan harap.
“ tapi kan fiq, kalau tidur sana pun best jugak. Kita jangan
tidur chalet. Kita set up kemah tepi pantai la. Dah tu, malam kita buat
barbecue. baru la gempak sikit. Amacam?” aku rasa idea aku memang boleh jalan
ni. Hehehe.
“ ok jugak tu. kejap aku try tanya budak-budak ni dekat
kelas nanti. Kalau ramai yang nak pergi lagi bagus. Baru lah meriah sikit.” Sampai
ke telinga syafiq senyum. Dia ni memang suka buat aktiviti luar macam ni.
aku pun kalau boleh taknak kalah. Sengih sampai nampak habis
semua gigi. Punya la excited kan. Duit pulak tengah banyak. Nanti dapat bayaran
untuk photoshoot lagi. Mahsyuk-mahsyuk.
Photoshoot? Alamak! Aku kan dah janji dengan kak nas nak
pergi photoshoot untuk kawan dia. macam mana boleh lupa ni? sengihan ku terus
mati begitu saja.
“ kau apa hal nilisa? Tadi bukan main lagi sengih. Ni apahal
tiba-tiba muncung sedepa ni?” syafiq tanya aku.
“ aku ada photoshoot la weekend ni. huhu, macam mana ni?”
patut ke aku cancel je photoshoot dengan kawan kak nas?aku nak sangat-sangat
pergi PD. Tapi, aku bukan jenis yang suka cancel bila dah janji.
“ ala kau ni, kita boleh postpone kan pergi PD tu. next week
pun boleh. Buat gelabah biawak kat sini pulak.”
“ye jugak kan. Kenapa la aku lembab sangat entah. Kau tau,
aku dah sedih gila dah tadi. Ingatkan dah tak dapat ikut korang pergi PD”
serta-merta senyuman kembali terukir di bibir ku.
“ hey, korang borak apa ni? macam best je.” fikri yang
tiba-tiba datang dari mana entah duduk di kerusi bertentangan denganku dengan
setin air 100plus di tangannya.
Ish, menyampah la aku dengan kau ni mamat. Macam la dia tak
tau aku ni sangat anti dengan dia. lagi nak duduk dekat-dekat dengan aku. aku
dah la puasa hari ni. dia boleh pulak dok tayang 100plus dia depan aku. adoi,
terliur tau tak? Nak aje aku hempuk dia dengan laptop aku ni.
**********************************
Aku dapat SMS daripada nombor yang tak dikenali. SMS tu
berbunyi macam ni. eh, tipu. SMS mana ada bunyi. Okay, okay. SMS tu macam ni.
‘honey, don’t forget our date tomorrow.’
Mula-mula, aku ingatkan kak nas. Tapi aku ada je save number
kak nas. Dah tu, ber’honey-honey’ pulak tu. so, aku assume je salah number. So,
aku ignore je SMS tu.
Sejam kemudian, number yang tak dikenali tadi call aku. tapi
aku bolayan je sebab aku memang jarang nak angkat call number yang aku tak
kenal.
Oleh kerana dalam masa lima minit, dah enam kali Pitbull
dengan Ne-yo asyik dok menyanyi lagi Give Me Everything, maka aku pun terpaksa
la angkat. Mana la tau, kot-kot penting ke.
“ hello. Nak cakap dengan siapa?”
“ of course la i nak cakap dengan u. kalau nak cakap dengan
orang lain, buat apa i call u.” eh,eh. Nak kena ni.
“ ni siapa ni?” sedikit kasar suara ku bertanya.
“ garangnya u lisa. Relax la.takkan marah kot.” Suara macam
encik hakim. tapi takkan kot.
“ encik hakim eh?” aku menduga.
“ pandai pun.”
“ saya memang pandai. Nak apa ni call saya?” memang kena
masuk dalam diari ni. encik hakim call aku woi.
“ i did text u just now. Tapi u tak reply. So i call la.”
yang dok ber’honey-honey’ tadi tu encik hakim la eh. Meremang bulu roma aku.
buang tabiat ke apa orang tua ni.
“ saya ingatkan salah number. Dari mana cik dapat number
saya?” tanya aku bingung.
“ oh, come on lisa. Portal kan ada. As a lecturer, i have
full access to all of your information tau.” Encik hakim berkata bangga.
Alamak. Malunya kalau dia tengok gambar aku kat portal tu.
muka nerd habis. Mintak-mintak la dia tak tengok.
“ oh, dah tu encik nak apa sebenarnya ni.” aku buat-buat
cool.
“ i nak remind u pasal esok.”
“ esok? Ada apa?”
“ u kan dah janji nak temankan i cari present. Takkan lupa
kot.” Aduh, memang aku lupa pun. Tapi aku tak de la berjanji. Aku just tak
menolak je ajakan dia. tambah-tambah lagi bila dia janji nak belikan apa je
yang aku nak. Ini la peluang aku nak jadi kaki kikis. Hehe.
Tapi esok kan ada photoshoot. Macam mana ni?
“ hmm, encik nak pergi pukul berapa esok?”
“ awal sikit la. 12 noon ke. boleh?”
“ petang sikit boleh tak? Kalau awal sangat saya ada hal la.
tapi kalau cik nak pergi awal jugak, cik pergi la sendiri. Saya tak kisah.”
“ ok, kita pergi petang sikit.” Wah, macam tak percaya pulak
encik hakim ikut cakap aku. aku tak de jampi apa-apa pun dekat dia.
“okay. Around 3 to 4pm.”
“ okay, i ambik u kat hostel.” Ala, kena dia ambik ke. pergi
sendiri tak boleh ke? tapi pelik pulak kalau nak pergi sendiri-sendiri kan.
“ okay.” Aku bersetuju.
“ see you tomorrow. Gud nite. Bye”
“ bye.”
“ oh, before that lisa, your portal’s picture looks so ‘suci’.
Cute sangat.” Tersedak aku bila dia cakap macam tu. aduh, malunya. Kalau la dia
tengok muka aku yang merah padam sekarang ni, lagi malu.
“ i know that i’m cute.” Dengan confidentnya aku menjawab. Padahal
punya la malu kan bila encik hakim tengok muka aku yang ‘suci’ gila tu. encik
hakim pulak tergelak besar bila aku cakap macam tu. dah macam kucing nak
beranak je bunyinya.
“ encik, kalau dah tak de apa-apa lagi, tak pe la eh. Dah mengantuk
ni. bye.” Aku tipu. Jam baru je pukul 10malam. Adalah sangat mustahil untuk aku
rasa mengantuk pada waktu sebegini.
Encik hakim tu lain betul la sekarang. Makin banyak cakap
pulak. Kalau tak, jangan harap nak dengar suara dia. macam ada ketul berlian je
dalam mulut tu. tapi kenapa eh dia asyik nak ajak aku keluar? Dia syok kat aku
ke? kalau betul dia syok kat aku, bagus la. kira laku la jugak aku ni. hehe.
Aku baca balik SMS yang dia hantar tadi. ‘ honey’.hee,
sukanya!
thanks for reading! :D
No comments:
Post a Comment