BAB 7
Lepas sembahyang subuh, aku dapat call daripada kak Ika. Amboi Kak Ika ni, subuh-subuh lagi dah call orang. Tapi aku subuh pun dah pukul 7.15 tadi. Hehe.Dia suruh aku pergi photoshoot untuk butik dia. Oleh sebab aku selalu sangat beli shawl dari butik dia, dia terus offer aku untuk jadi model tetap untuk koleksi butik dia. Alhamdulillah, lepas lebih beberapa kali menjalani photoshoot dengan butik kak Ika, ada beberapa tawaran lain menyusul. Bila ada offer, aku pun rembat je la. Daripada aku duduk rumah menghadap laptop, baik aku pergi photoshoot. Nak pergi dating, boyfriend pun tak de. Dapat la jugak duit lebih. Dari situ la aku belajar untuk bergaya dan make up. Selalunya, kalau pergi photoshoot dengan butik, dia orang akan bagi sepersalinan koleksi mereka kepadaku sebagai hadiah. itu yang aku suka jadi model. Dah la dapat duit, dapat pakaian free lagi. Suka, suka!
Aku pun cepat-cepat mandi dan bersiap-siap untuk ke butik kak Ika. Kak Ika cakap photoshoot start pukul 10 pagi. Sekarang dah pukul 8. Kena keluar awal ni. Maklumla, butik Kak Ika terletak berdekatan dengan Dataran Pahlawan. Kalau nak pergi situ, yang dekat pun terasa macam jauh. Tambah lagi hari ni hari Sabtu, memang jammed la jalan kat situ.
Aku sampai kat Butik Ixora lebih kurang pukul 9.30 pagi. Bila aku masuk, aku tengok kak Ika dan krew-krew yang lain tengah menjamu selera.
“ Eh Lisa, awal sampai.” Sapa Kak Ika.
“ saja keluar awal tadi. Takut jammed.” Aku tersenyum.
“ Lisa dah breakfast ke belum ni? marilah makan sekali.” Abang Yus merangkap photographer dan juga suami Kak Ika ramah menjemputku.
“ ha’ah Lisa. Marila makan sekali. Banyak lauk ni. hari ni mak Kak Ika masak. Yang tu mak Kak Ika. Dia baru sampai semalam.” Kak Ika menunjuk ke arah seorang perempuan yang agak tua di hadapannya. Kemudian, aku lantas mendapatkan mak Kak Ika dan menyalaminya.
“ sihat makcik?” aku sekadar berbasi-basa.
“ sihat. Lisa marila makan sekali.” Ujar mak Kak Lisa sambil menghulurkan pinggan kertas kepadaku.
Aku pun apa lagi. Terus la capai pinggan yang dia bagi dengan muka tak malunya. Tak ada masa nak malu-malu sekarang ni. Perut aku memang tengah lapar gila, dari tadi tak makan apa-apa lagi. Aku tengok lauk di hadapan ku. Banyak nya, macam lauk makan tengahari!
“ Nah Lisa, ambik lauk ni. memang terbaik ni mak Kak Ika masak.” Kak Ika menghulurkan tupperware berisi ketam masak lemak cili api kepadaku.
Aku menyambut hulurannya teragak-agak. Dulu masa arwah ibu ada, ibu selalu masak ketam macam ni. Ibu, rindunya kat ibu! Aku rasa sebak. Aku makan ketam yang dimasak oleh emak Kak Lisa. Sedap, tapi tak boleh lawan kesedapan ketam masak lemak cili api arwah ibu. Sudah lebih sembilan tahun ibu tiada, tapi aku masih ingat lagi macam mana rasa ketam yang ibu masak. Hatiku terasa sangat sayu.
Lepas habis je makan, terus photoshoot bermula. Sungguh aku tiada mood. Aku betul-betul rindukan ibu. Semua aku rasakan tidak kena. Selalunya Abang Yus tak payah bagi tau aku nak posing macam mana. Pandai je aku lakukan sendiri. Tapi hari ni, badanku terasa kaku.
“ Lisa tak sihat ke?” ujar Kak Ika selepas photoshoot berakhir. Mungkin dia perasan perubahan ku sebentar tadi.
“ tak ada lah akak. Lisa sihat je.” aku membalas sambil tersenyum pahit.
“ kalau ada problem cerita dengan akak.” Kak Ika menggosok-gosok belakangku.
“ Lisa rindu ibu.” Seraya aku memeluk Kak Ika dan menangis di bahunya. Kak Ika membalas pelukanku dan menggosok-gosok belakangku.
“ Lisa jangan macam ni. mesti ibu sedih kalau dia tahu Lisa macam ni. Lisa kena banyak berdoa untuk ibu Lisa supaya roh dia lebih aman di sana.” Kak Ika cuba menenangkan aku.
“thanks ye akak.” Aku segera meleraikan pelukan dan mengambil beg ku.
“eh, Lisa nak pergi mana tu?” kak Ika terkejut bila aku tergesa-gesa bangun.
“ Lisa nak balik KL. Lisa nak pergi kubur ibu.” Aku cepat-cepat keluar dari butik Kak Ika dan masuk dalam kereta.
“ hati-hati Lisa! Jangan drive laju sangat.” Kak Ika laung dari pintu butik.
******************************************************************************
Aku menghentikan kereta di bahu jalan highway. Cemas aku bila aku tiba-tiba perasan yang temperature kereta dah increase to the maximum! Masa aku nak buka bonnet, tiba-tiba aku dengar bunyi something explode. Terus aku tak jadi buka bonnet. Risau aku, kang meletup kereta ni, dekat sini jugak aku arwah. Aku pun mengambil keputusan untuk menahan je mana-mana kereta yang lalu. Aku buat muka sehabis comel dengan niat ada mana-mana lelaki gagah datang menolong ku. Lebih lima belas minit dok menahan kereta, tak ada satu kereta pun yang berhenti. Muka yang bukan main comel tadi sudah jadi muka gorilla. Aku pun masuk dalam kereta dan mengambil handphone sebab nak call Mia. Tapi bateri pulak dah habis. Aku campak je handphone ku ke seat sebelah dan menyumpah seranah di dalam hati. Suzuki Swift aku ni macam tau-tau je aku tengah banyak duit.
Tidak lama kemudian, ada sebuah kereta Honda Accord berhenti di depan kereta ku. Kemudian, driver kereta itu keluar dari kereta. Alhamdulillah, ada juga lelaki kaya yang datang menolong ku. Tapi, macam kenal je lelaki tu. Encik Hakim! Kuat betul jodoh aku dengan dia. dia ketuk cermin tingkap ku.
“ apa hal ni Lisa?” oh, machonya dia dengan Ray-Ban sunglass itu.
“ kereta rosak. Temperature dah maximum. Dah tu tadi ada bunyi explode, tak tahu lah apa.” Aku cakap sambil keluar daripada kereta.
“air kurang kot. Kejap I ambik air.” Dia kemudiannya menuju ke kereta nya.
“ buka bonnet.” Arahnya dengan sebotol air di tangan.
“ bukan air kurang ni. You tengok tu, hose tu dah explode.” Dia tunjuk ke arah coolant hose connector.
“ dah tu, macam mana ni?” aku soal bodoh.
“dah call mechanic?”
“ phone tak de bateri.” Aku sengih macam kerang busuk.
Kemudian dia terus seluk poket dan ambik handphone. Tak lama kemudian, mechanic sampai.
“ ni kena tow ni. tak boleh repair sini.” Kata mechanic yang berbangsa Cina itu.
“ hah? Kena tow? Bikin sini tak boleh ka bos? Saya ada hal urgent ni.” aku cakap kat mechanic tu.
“ tak boleh ma. Ini kena angkat bawak balik workshop. Sini tak boleh repair.”
“ you nak pergi mana? I hantarkan.” Aku sempat fikir bila dengar Encik Hakim cakap macam tu. Nak tumpang ke taknak eh? Kalau tumpang, kang dia jual aku kat mana-mana kang, tak pasal-pasal je. Dia kan banya berdendam dengan aku. balik je la, lagi pun aku nak ziarah kubur ibu.
******************************************************************************
“ I singgah rumah parents I sekejap boleh? Ada barang I nak bagi dekat adik I. Dia nak urgent tu.” Perkataan pertama yang dia cakap sejak aku duduk dalam kereta dia dari tadi. Aku sekadar mengangguk. Dia pun terus belok kiri ambil exit Seri Kembangan.
Setibanya di sebuah rumah banglo yang agak besar, Encik Hakim parking kereta dia kat situ. Jadi, aku agak ini lah rumahnya. Setelah dua tiga kali tekan doorbell, gate terbuka dan seorang perempuan yang agak berusia mendekati kami. Encik Hakim mendekati perempuan itu dan menyalamnya. Aku pun menuruti perlakuan Encik Hakim.
“my mom.” Encik Hakim bersuara perlahan.
“ ini siapa?” tanya emak Encik Hakim hairan. Mesti dia pelik sebab anak dia bawak balik perempuan kat rumah.
“Ni Lisa, student saya mak. Kereta dia rosak dekat highway Seremban tadi, tu yang saya tumpangkan dia tu.” Emak dia pandang aku atas bawah. Maybe aku vogue sangat kot, sebab tu mak dia pandang macam tu. Mana tak nya, dengan baju photoshoot tadi, make up tebal. Memang la vogue.
“jemputla masuk, Lisa. Ni ha Hakim, adik kamu dah bertanya dari tadi bila kamu nak sampai.” Ujar emak Encik Hakim sambil berjalan menuju ke dalam rumah.
“Encik.” Aku panggil dia perlahan. Bimbang ibu dia terdengar.
Dia menjungkit kening. “nak tumpang solat. Saya belum solat Zohor lagi.” Dia tengok jam lepas aku cakap macam tu.
“ marilah, I tunjukkan bilik.”
******************************************************************************
Selepas bersalaman dengan ahli keluarga Encik Hakim, kami masuk ke dalam kereta sebab dia nak hantar aku pulang.
“ Rumah you kat mana?”
No comments:
Post a Comment