BAB 5
Yeay! Aku dapat parcel shawl yang aku beli dari online shop dua hari lepas. Tak sabar nak pakai esok pergi kelas ni. Lagi pun, esok memang aku tak ada lab. Boleh la bergaya sikit. Kalau tak, asyik pakai lab coat je. Bosan betul. Lantas aku membelek-belek pakaian ku di dalam almari. Aku mengeluarkan beberapa helai baju yang berwarna ungu kerana shawl yang baru ku beli ni berwarna ungu lembut.
Setelah puas aku mencuba semua baju tersebut dan memadankan dengan shawl yang baru ku dapat tadi, akhirnya aku memilih untuk memakai boyfriend shirt yang kurasakan agak sopan untuk dipakai ke kelas. Kalau baju-baju yang lain, semuanya ketat-ketat belaka. Tak sesuai pulak nak bawak pergi kelas.
Lepas aku iron baju, aku baring atas katil sambil termenung. Memang hobi aku duduk termenung macam ni. Nak berborak dengan Mia, Mia keluar. Dengan siapa dia keluar, malas aku nak ambil tahu. Teringat pula aku dekat Encik Hakim. Orangnya macho, tinggi, tough. Memang betul la macam apa yang Zana describe pasal dia. Tapi dia tu pendiam sangat la. Tak friendly langsung dengan student. Dah tu, serius bukan main. Yang best nya pasal dia, walaupun dia tak friendly, tapi dia tak garang. Buktinya, walaupun aku dah banyak kali melawan cakap dia, dia tak pernah marah aku. Tapi, keskemaan dia memang tak boleh dipertikaikan lagi la. Semua benda asyik kena ikut rules and kena betul-betul proper. Kalau la dia tu friendly sikit, mesti aku dah fall in love dekat dia. He is just my type. Berkemeja, seluar slack, memang smart lah bila tengok dia pakai kemeja macam tu. Dah macam model la pulak.
Tengah syok memikirkan Encik Hakim, handphone ku berbunyi. Alamak, ayah! Apa ayah aku nak ni? Malas betul la nak jawab panggilan dia ni.
“ Assalamua’laikum, ayah.”
“ Waa’laikumussalam. Lisa tengah buat apa? Sihat ke? Lisa dah makan ke?” suara ayah bergema di hujung talian.
“ Sihat. Ayah?” aku bertanya malas.
“ sihat jugak. Ni ayah dah masukkan duit kat akaun Lisa siang tadi. Nanti guna la buat belanja. Kalau tak cukup nanti bagi tau ayah ye.”
“ okey, thanks ayah.” Hati ku berbunga riang bila dengar ayah cakap macam tu. Ayah memang tak pernah lupa nak bank in duit kat aku setiap bulan walaupun aku tak pernah mintak. Dah ada duit ni, boleh la pergi jalan-jalan nanti. Bahagianya hidup.
“ Lisa tak cuti ke? Bila nak balik rumah? Cik Yati dah rindu dengan Lisa ni” ahh, lagi-lagi nama perempuan tu yang disebutnya.
“ Sekarang ni busy lah ayah, nanti Lisa cuti Lisa balik la. Tak pe la ayah, Lisa tengah study dengan kawan ni. lain kali kita borak lagi Bye.”
“ okey lah. Kirim salam dengan kawan. Bye.” Aku dengar ayah mengeluh sebelum mematikan talian. Hubungan aku dengan ayah tidak lagi mesra selepas kematian ibu. Lepas ayah kahwin dengan makcik Yati, hubungan kami bertambah renggang. Sedih pula aku bila memikirkan nasib aku yang kehilangan ibu. Walaupun ayah masih ada, tapi sama je macam tak de. Lepas ayah kahwin dengan makcik Yati, baru dia ambil tahu sikit pasal aku. Kalau tak, semua keperluan aku, driver dia, Pak Said yang sediakan. Tapi dah terlambat. Aku memang dah tawar hati dengan ayah.
****************************************************************************
“You ada nak pergi function mana-mana ke hari ni?” Encik Hakim soal aku.
“Hah?! Encik cakap dengan saya ke?” aku terkejut. Mamat ni tanya aku ke? Aku pandang sekeliling. Memang tak de orang lain dekat parking lot ni. Hanya aku dengan dia.
“I cakap dengan You la. Takkan cakap dengan your car pulak kot.” Dia jawab serius.
“ hee. Encik tanya apa tadi? Tak dengar la.” Aku buat muka toya. Saja nak suruh dia cakap lagi. Bukan selalu dapat dengar suara dia ni.
“ you ada function ke?”
“ Eh, tak de la. Kenapa cakap macam tu?” aku kerutkan dahi.
“ dress up bukan main cantik lagi. Ingatkan nak pergi mana.” Muka dia still lagi serius macam tadi. Aku lihat penampilan aku di cermin tingkap kereta. Memang cantik pun. Kalau tak cantik buat apa aku nak pakai. Logik la kan, takkan nak pakai baju yang tak cantik pulak kot?
“ cantik ke Encik? Thanks la puji. Encik pun handsome hari ni.” Kembang kuncup hidung aku membalas kata-katanya. Macho betul dia. Kemeja purple gelap yang dipakainya, menyerlahkan lagi kulitnya yang putih tu. Eh, sedondon dengan aku la pulak.
“ cantik tu memangla cantik. Tapi you dress up sakan semata-mata nak datang kelas buat apa? Belit sana, belit sini. Tak ke tercekik leher tu. Bukannya ada competition baju tercantik pun. Orang datang kelas untuk belajar, bukan untuk berfashion. Kalau ya pun nak berfashion, ikut tempat la.” Laju dia menuturkan kata-kata. Kemudian dia terus beredar dari situ meninggalkan aku yang terpinga-pinga.
Aku kehilangan kata-kata. Ei, kurang asam betul la mamat ni. Ada ke patut dia cakap macam tu. Over sangat ke dress up aku? Aku rasa biasa je. Memang tiap-tiap hari aku lilit-lilit shawl apa. Malunya! Kalau la aku tau yang sebelah ni kereta dia, memang aku tak parking kat sini. Aku pandang kereta dia. Rasa macam nak je calarkan Honda CRV dia ni. Calarkan kereta? Hati aku tersenyum riang.
******************************************************************************
“happy nampak? Ada apa-apa ke? Story la dengan aku.” Zana yang duduk di kerusi belakang ku menegur. Mulalah dia nak kepochi tu.
“ happy? Mana ada. Biasa je.” malas aku nak layan minah ni. Obvious sangat ke yang ni aku tengah happy?
“ ye lah. Berseri-seri betul muka kau. Dah tu, dari tadi aku tengok dok tersenyum je.” Zana cuba korek story lagi.
“ tak de apa lah. Kau ni, sibuk je tau.” Aku cakap lepas je dengan dia.
“ kau pakai shawl baru eh? Cantik la. Berapa harga ni?” tengok tu, sampai aku pakai shawl baru pun dia perasan. Memang terbukti la dia ni kepochi.
“tak la. Ada je aku pakai before ni. Kau je yang tak perasan.” Sesungguhnya aku memang malas nak layan minah ni.
“Lisa, Mia mana? Kenapa dia tak datang hari ni?”
“Mia demam.” Aku tipu sunat. Padahal si Mia tu tengah sedap lagi berdengkur masa aku nak keluar tadi. Entah pukul berapa dia balik semalam pun aku tak tau. Last aku tengok jam, pukul 3.30 pagi. Tu pun Mia tak balik lagi.
Elok Zana nak tanya aku lagi, Prof Adnan dah masuk kelas. Thaks Prof. sebab dah selamatkan aku daripada si Zana kepochi.
No comments:
Post a Comment