Monday, 1 August 2011

betul ke cinta? 2

Bab 2
Jam baru menunjukkan pukul 9.30 malam. Tapi aku dah mengantuk dan penat gila. Orang gila pun tak macam aku. Ini semua sebab siang tadi temankan si Mia shopping lah ni. Bayangkan, kita orang shopping dari pukul 12 tengahari sampai pukul 6.30 petang baru balik.  Mia tu kalau shopping, memang dah tak ingat dunia, habis satu mall di tawaf nya tadi. Kaki aku ni sampai dah shaking dah. Habis semua kedai dia ajak aku masuk. Alih-alih, dia just beli sepasang kasut je. Nak survey dulu katanya. Memang la bagus survey dulu. Tapi aku yang dok ikut dia ni, tak ke bengang. Aku ni dah la bukan kaki shoping sangat. Eh, correction. Aku kaki shoping jugak. Tapi aku lagi suka shopping online. Anytime and anywhere boleh shopping. Jimat masa and jimat make up. Tak payah nak mekap cantik-cantik semata-mata nak pergi shopping.
Hwarghh. Ni dah masuk kali ke tiga belas aku menguap. Mengantuknya. Mia awal-awal lagi dah dah tidur kat katil sebelahku. Jeles betul aku dengan dia. Aku memang susah nak tidur awal-awal macam ni. Almaklumla, selalunya, selagi tak pukul dua tiga pagi, selagi itu lah aku tak tidur. Aku bangun ke meja study untuk  mengambil novel yang baru aku beli minggu lepas. Pergilah Air Mata oleh Hanni Ramsul. Walaupun baru beli minggu lepas, tapi dahtiga kali dah aku baca. Aku ni memang hantu novel. Kalau dah start baca novel tu, jangan haraplah nak buat benda lain. Lapar pun hilang tau kalau baca novel. Baru aku nak baca novel tu buat kali yang ke empat,  Zana masuk ke bilikku.
“Lisa, asal korang tak datang kelas tadi?” tanya Zana sambil tersengih-sengih.
Dia dok tersengih-sengih tu, mesti ada gossip yang dia nak sampaikan kat aku la tu. Zana ni memang terkenal perangai kepochi dia tu. Kalau nak tau gossip apa-apa, tanya aja pada dia. Semua hal orang dia tau.
“aku dengan mia pergi shopping. Saja malas nak datang kelas. Lagi pun, aku tengok jadual tadi, kelas dekat lab. Lab mana start lagi first week kan?” aku jawab hambar. Malas nak bercakap lebih-lebih dengan Zana ni. Aku ni tak suka sangat nak ambik tau hal orang.  
“kelas Advanced Manufacturing Processes memang cancel pagi tadi tapi Production Tool Design ada kelas.” Zana tak habis-habis lagi tersengih. Naik meluat aku tengok. Aku dah la tengah penat plus mengantuk ni.
“biar betul?kelas apa first week ni. Takkan dah start lab kot? Rajin betul Dr. Said tu buat kelas.” aku tanya mendatar.
“ eh, belum start masuk lab lagi. Tapi tadi ada ice breaking session je. Ni yang ada hot story aku nak bagi tau kau ni. Bukan Dr. Said yang ajar kita. Tapi lecturer baru. Handsome gila la.” Bersemangat gila aku tengok Zana bercerita.
“siapa yang handsome? Siapa Zana?” terkejut aku dan Zana bila Mia yang elok-elok tidur dari tadi tiba-tiba duduk tegak dan bersuara.
Aku urut dada. Nasib baik aku ni tak ada sakit jantung. Kalau tak, dah lama pergi.
“mia! Kau ni kan.” Zana baling bantal tepat ke muka Mia.
“kau ada cakap pasal lecturer handsome kan tadi? Siapa?” mia tanya lagi. Lagi excited dia nak tau kali ni. Mia memang. Pantang cakap pasal lelaki. Semua lelaki dia nak. Sama je la spesies dengan Zana tu. Tapi bezanya, Mia ni just suka ambil tahu pasal lelaki handsome sahaja. Zana pulak, semua hal orang nak di ambil tahu. Lepas tu, sibuk dok bercerita dekat orang lain. Memang internet bergerak betul.
“ lecturer Production Tool Design kita yang baru. Memang handsome. Rugi korang tak datang pagi tadi. Muhamad Hakim bin Razak nama dia. Orang nya tinggi, badan pun tough” Zana seronok bercerita.
“amboi kau. Sampai ke badan pun kau tengok. Kau pergi belajar ke kau pergi usha badan dia ni?” Zana gelak bila aku tanya dia macam tu. Sebenarnya, aku pun pantang jugak bila bercakap pasal lecturer handsome ni. Sejuk sikit hati aku nak pergi belajar. Aku suka tengok lelaki pakai seluar slack, kemeja. Nampak smart. Kalau dekat universiti ni, nak tengok lelaki yang pakai macam tu, lecturer je la. Kalau student lelaki, jangan harap la kan nak pakai macam tu. Memang berjeans and bert-shirt je la. Tapi course aku ni selalu masuk lab. So, kita orang memang wajib la pakai lab coat. Almost every day. So, lelaki idaman aku setakat ni, memang lecturer je la. Tapi oleh sebab Zana yang bukak cerita pasal ni, aku terus jadi tak berminat. Sebabnya, aku menyampah dengan perangai Zana tu. Busy body dan suka menjaja hal orang lain. Aku ni, kalau dah tak suka orang, memang aku tak suka. Buat la apa pun, memang aku tak suka.
“dia handsome sangat la Lisa.”
“ye ke Zana? Ni yang aku tak sabar nak pergi kelas dia ni. Tapi aku tak pernah tau pun ada lecturer nama Hakim. Dr. Said pergi mana? Kenapa dia dah tak ajar kita?” bertubi-tubi soalan Mia.
“Dr. Said cuti sakit. Kan hari tu dia sakit bengkak hati. Bulan depan dia operate. Encik Hakim tu baru je jadi lecturer kat UTeM ni. Before ni dia engineer. Kira dia jadi Teaching Engineer la.” Khusyuk betul aku tengok Mia dengar si Zana tu bercerita.
“ dia handsome macam mana Zana? Cuba kau explain sikit kat aku. Aku pun excited jugak nak tau ni.” Mia bukan main galak bertanya.
Aku dah malas nak ambil tahu perbualan mereka selepas itu. Aku terus sumbat earphone ke telinga aku dan tekan butang play pada handphone aku. Baik aku layan lagu-lagu Daughtry ni. Ada jugak faedah nya daripada aku dok melayan mereka berdua tu. Sempat jugak la aku berangan kahwin dengan Daughtry sebelum aku tertidur. Gatal jugak aku ni.



 thanks for reading! :D

No comments:

Post a Comment