Monday, 1 August 2011

betul ke cinta? 6

BAB 6

“ Lisa, jom keluar makan jom. Aku lapar la.” Mia merengek kat aku.
“ kau baru bangun ke apa ni? tadi pagi tidur ni baru bangun ke?” aku tengok jam di handphone aku. Dah pukul 4.15 petang. Biar betul Mia ni. Kalau aku, mahu pening kepala seminggu sebab tidur lama sangat.
“ ye la. Kau jangan nak buat-buat terkejut pulak. Macam la tak biasa. Aku lapar ni. kau bila nak balik?” suara Mia kedengaran serak-serak je di corong telefon.
“ kau ni dementia ke apa? Kan hari ni kelas sampai pukul 7. Tu la, ponteng lagi. Tapi don’t worry, aku dah cover baik punya untuk kau. Attendance semua aku dah sign,” bangga pula aku rasa bila dapat tolong kawan ponteng.
“ pukul 7 baru kau nak balik ke? Mati kebulur la aku macam ni.” Mia bersuara sedih.
“ ye la. Kau jangan sedih-sedih. Ayah aku baru je masukkan duit. Nanti lepas aku balik kelas kita pergi makan besar. My treat. Nanti aku ajak classmates kita yang lain.”
“ ye ke Lisa? Tak sabar ni. Aku nak makan kat tempat mahal eh.”
“ ye la, ye la. Wei, tak pe la. Aku nak masuk kelas dah. dah lama sangat aku keluar ni. bye.” Dah lebih lima belas minit aku keluar kelas sebab lecture Dr. Rahim tu bosan gila.
“ bye Lisa. I love you, I miss you.” Mia bodek aku la tu.
“ ceh, baru sekarang love, love aku. dah la, aku nak masuk kelas ni. kang marah pulak Dr. Rahim tu. Bye.” Terus aku mematikan talian.

******************************************************************************

“ Ni betul ke kau nak belanja ni Lisa?” Shafiq tanya aku sebaik sahaja kami sampai di Medan Ikan Bakar Umbai. Kalau nak makan seafood dekat Melaka ni, kat sini memang the best. Seafood kat sini memang fresh dan terbaik dari ladang.
“ ye lah. Kenapa? Kau tak nak ke? Kalau kau tak nak nanti kau bayar sendiri.”
“ kau ni Fiq, biar la dia nak belanja. Dia tengah banyak duit tu.” Mia pula menyampuk. Memang aku rasa macam tengah banyak duit sekarang ni. Macam nak juling jugak la biji mata aku bila tengok ada ekstra RM1000 dalam akaun aku tengahari tadi. Maksudnya, ayah aku masukkan RM1000. Biar betul. Selalunya setiap bulan dia masukkan RM700 je. Tak pe lah. Ayah aku dah tak tau nak guna duit dia buat apa la tu kot.
“ untung betul jadi anak orang kaya kan. Dah kau belanja, aku nak order banyak-banyak la Lisa.” Faiz bersuara sambil tersengih-sengih.
“ aku no hal. Tapi kalau aku tak cukup duit nanti, korang basuh pinggan kat sini eh.” Aku sengaja mengusik mereka.
“ selamat datang.” Sapa pelayan yang bekerja di situ sambil tersenyum manis. Kami berempat membalas senyuman dan memilih tempat duduk. Kami duduk di meja makan di atas bot. Bes gila restoran ni. Boleh makan atas bot lagi. Kena ambik gambar upload kat facebook ni.
“ jom pilih lauk.” Ujar Faiz tak sabar-sabar. Sesuai betul dengan perut dia yang boroi tu. Kami pilih udang galah, ketam, ikan siakap, sotong, kepah dan lala. Sementara menunggu lauk yang kita orang order sampai, kita orang bergambar di sekitar bot.
“fiq, kau suruh akak tu tolong ambikkan gambar kita berempat. Nanti aku nak masukkan dalam facebook.” Ujar Mia excited.
“akak baju biru tu? Jap aku pergi tanya dia.” lantas Shafiq berlalu ke meja kakak berbaju biru tersebut. Lepas dia cakap-cakap dengan akak tu, akak tu pun bangun menuju ke arah kami. Akak memang sporting la!
“ tolong eh akak.” Aku cakap kat akak tu sambil tersenyum manis. Ye la kan, nak mintak tolong dari orang, kena la memaniskan muka sikit.
“ boleh je.” akak tu membalas. aduh, sedapnya suara akak ni.
Kita orang pun apa lagi. Sakan la berposing. Macam-macam gaya kita orang buat. Berdiri, duduk, tunggang terbalik semua ada. Aku nampak akak tu pun dah buat muka semacam. Kesian pulak dekat akak tu.
“ okey la akak, dah cukup dah ni.” aku terus mendekati akak tu dan ambil kamera dari tangan dia.
“ dah sudah? Kalau nak posing lagi dua puluh kali pun boleh ni.” akak tu membalas. Amboi, perli nampak akak ni.
“ eh, takpe. Dah cukup. Thanks eh akak.” Aku tengok muka akak tu dah masam mencuka.
“ akak, jap.”
“ nak apa lagi?” amboi, garangnya akak ni. Suara dia yang sedap tadi pun dah jadi tak sedap.
“ nak ambik gambar dengan akak.” Aku sengih kat dia.
Lantas aku bagi kamera tu kat Faiz dan suruh dia ambil gambar kami berdua. Aku tengok muka kakak tu. Ha, senyum pun. Patutla masam je tadi, dia pun nak bergambar jugak rupanya.hehe. Lepas ambil gambar dengan kakak berbaju biru tu, kami kembali ke meja makan.

******************************************************************************

“ sedapnya wei makanan kat sini. Next time boleh datang lagi ni. next time kita datang satu kelas, baru meriah.” Kata Syafiq dengan mulutnya yang penuh.
“ memang sedap weh, rasa macam nak tambah lagi.” Kata Mia yang kemudiannya memanggil pelayan di situ.
“ bang, nak nasi putih satu lagi eh.”
“ saya pun nak satu lagi bang.” Faiz pulak tambah order. Faiz kalau tak tambah tak sah.
Berselera sungguh aku tengok kawan-kawan aku ni makan. Tapi memang makanan kat sini terbaik la. Lauk yang kami order, udang butter, ikan siakap tiga rasa, ketam black pepper, sotong goreng tepung, kepah goreng cili dan lala masak lemak teramatlah sedap. Memang sehingga menjilat sudu lah dia punya sedap.
“ mid sem ni kita buat ekspedisi daki gunung Kinabalu nak?” usul Shafiq. Kalau bab-bab aktiviti lasak, memang bagi kat dia la.
“ ala, aku tak nak daki gunung, kita pergi scuba diving la. Dekat Sipadan. Hiking mana best.” Mia pula member cadangan.
“ hiking pun best, scuba diving pun best. Mana-mana pun aku tak kisah. Kita tanya budak-budak lain jugak la. Kita ikut majoriti.” Boleh pakai jugak idea si Faiz ni.
“ aku prefer hiking. Tahun lepas kan kita dah pergi scuba diving. Try la something new pulak.” Teringat lagi memori kita orang scuba diving dekat Pulau Pangkor tahun lepas. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan la.
“ tu dekat Pangkor, ni dekat Sipadan. Lain tau feel dia.” Mia dah bentak-bentak bila aku lagi prefer hiking daripada pergi scuba diving.
Baru je aku nak buka mulut membalas kata-kata dari Mia, tiba-tiba…
“Assalamua’laikum.” Kami berempat menoleh ke arah suara itu.
Terasa berbahang mukaku apabila melihat tuan empunya suara itu. Encik Hakim!
“amboi, makan besar you all hari ni. boleh saya join?”
“ boleh, boleh. Join la.” Mia bersuara girang.
Aku menjeling Mia. Lantas Encik Hakim menarik kerusi di sebelah ku. Alamak mamat ni,banyak-banyak tempat, kenapa la dia duduk kat sini. Berpeluh habis dahi aku walaupun dekat sini sejuk gila.
“ Encik sorang ke?” Mia dah mula nak menggatal la tu.
“ sorang je. macam ni la nasib, dah tua tak kahwin-kahwin lagi. Ke mana-mana pun sorang je la.” Ramah la pulak Encik Hakim ni malam ni.
“ dah makan ke belum? Kalau belum makan, makan la sekali. Hari ni Lisa belanja.” Amboi si Faiz ni, pandai-pandai betul la. Aku nak belanja korang, bukan nak belanja mamat ni.
“oh, really. Baiknya you Lisa.” Tersedak aku bila dia menekankan perkataan ‘baik’ tu.
“ kau ni kenapa Lisa? Okey tak?” ujar Shafiq sambil menyuakan air kepada ku.
“ Pedas.” Aku terus minum air yang dihulurkan oleh Shafiq.
Lepas je kami makan, aku memanggil pelayan yang berdiri berhampiran untuk mendapatkan bil.
“ Eh, bos. Dah lama sampai?” ujar pelayan tersebut. Kami berpandangan sesama sendiri. Siapa bos?
“ dah lama dah. Meet my students, Mia, Lisa, Shafiq and Faiz.” Kata Encik Hakim kepada abang pelayan tadi. Kami hanya tersenyum kepada abang tu.
“ Encik owner restoran ni ke?” Mia tanya inginkan kepastian.
Encik Hakim hanya tersenyum mengiakan.
“ kalau macam tu boleh dapat diskaun la Encik.” Kata Faiz. Entah kenapa, malam ni aku rasa Faiz sangat bijak.
“ no discount, discount.” Serius je Encik Hakim jawab. Amboi, kedekut gila. Aku boleh bayar la kalau kau tak bagi diskaun pun.
“ I belanja malam ni. Tak payah bayar.” What? Aku salah dengar ke?
“ seriously?” aku soal dia.
“ ye Lisa, my treat.” Dia balas selamba. Aku rasa macam nak peluk dia sekarang jugak. Selamat duit aku. kalau tengok dari gaya kita orang makan tadi, ada la jugak RM200 duit aku nak kena keluar ni.
“thanks ye, Encik.” Kami cakap serentak. Kemudian, bila kami hendak beredar dari situ,
“ Lisa, wait!” Encik Hakim panggil aku.
Aku tersentak. Alamak, apa dia nak ni. rakan-rakan lain dah berjalan meninggalkan aku. dia menghampiri aku. aku dah mula gabra. Dia mengajak aku ke kereta nya.
“ ni, you yang buat kan?” dia menunjukkan ke arah kesan calar di pintu kereta nya. Mati la aku.
“ you yang buat kan?” dia ulang sekali lagi sambil cekak pinggang.
Aku dah tak tau nak cakap apa. Takut! Masa kau buat kau tak takut eh Lisa.
“ ye, memang saya yang buat. Encik jangan tanya saya kenapa, sebab saya sendiri pun tak tahu kenapa saya berani sangat time tu. Okeylah cik. Saya nak balik ni. Kesian kawan-kawan saya tunggu saya kat sana tu.” Cepat-cepat aku berlalu. Berani betul aku confess.
“ Lisa, I haven’t finished yet.” Dia sedikit menjerit. Tapi aku terus jalan buat tak tahu. Cabut Lisa, jangan toleh belakang lagi.


thanks for reading! :D

No comments:

Post a Comment