Monday, 1 August 2011

betul ke cinta? 1

Bab 1
"alamak.ni yang aku sentap ni.time ni la jerawat gatal ni nak keluar.dekat hidung pulak tu.huh, tension!"
"apa yang kau bebelkan sorang-sorang tu lisa?kau ni, kalau tak cakap sorang-sorang tak sah." mia yang merupakan roommate yang juga merangkap classmate aku menegur.
"ni haa..kau tangok la muka aku ni. semalam elok je dia licin. tiba-tiba hari ni gatal pulak jerawat ni naik. mana la aku tak sentap."
"yang kau dok picit-picit jerawat tu kenapa. nanti hilang jerawat, parut pulak yang timbul."
"arghh.macam mana  ni wei.tension nya aku."
"ala kau ni. relax la.seketul je pun jerawat tu."
"tak boleh mia.hari ni kan first day sem baru kita.mana la tau dapat lecturer handsome.nanti rosak la imej aku kalau dia nampak muka aku ni banyak jerawat.jerawat oo jerawat, kenapa la kau hidup kat dunia ni. sebab kau la orang yang cantik macam aku ni dah jadi tak cantik."
" woi..nak termuntah aku dengar. cepatla siap. kau tu kalau pakai tudung dah la lama. belit sana, belit sini. kang lambat pulak kita nanti. nanti rosak pulak imej kau kalau sampai lambat kat kelas."
"oo.perli ye. Tak pe kau." lantas aku membaling pin tudung tepat ke dahi mia.
"oi..main kasar nampak." mia mencubit hidung ku kuat.
"sakit!". aku menjerit nyaring. nasib baik cermin kat dalam bilik ni tak pecah dek jeritan soprano aku tu. kalau tak, melayang duit aku beli cermin baru.
*****************************************************************************

" eh lisa, apahal dengan hidung kau tu? macam badut je aku tengok." fikri mengusik ku. apa lagi, si bob dan jenal pun bantai gelak bila fikri tanya aku macam tu. kurang asam betul la diorang ni. boleh pakat gelakkan aku.
"jangan busy body la. yang kau tu, sibuk kan hal aku, rambut kau tu kenapa? air kat rumah kau berkarat ke?" giliran dia pula yang diketawakan oleh bob dan jenal. padan muka dia. ada hati nak kenakan aku. dia ingat cantik rambut blonde dia tu. dah la kulit hitam, ada hati nak blonde rambut.
terus aku beredar dari situ. mia yang berjalan di sebelah ku dok terkekeh gelak dari tadi. jelingan tajam ku hadiahkan untuk mia.
"mangkok ayun kau mia. ni kau punya pasal la hidung aku jadi macam ni."
"dah kau main kasar dengan aku, aku main la kasar balik." mia menjawab sambil ketawa.
“kelas kita kat mana pagi ni?”. Aku tanya mia sambil buat muka ketat.
“Entah.  Aku pun tak tengok jadual lagi. Jom tengok jadual kat fakulti jom. Boleh skodeng Encik Ismail tu sekali.” Mia membalas sambil tersenyum lebar.
“jom!. rindu dah aku nak tengok muka dia yang handsome tu.hihi.” semangat aku bila dengar nama Encik Ismail tu. Encik Ismail tu lecturer yang paling handsome kat alam semesta ni. Ok, aku tipu. Tak la sampai kat alam semesta. Tapi paling handsome la dekat UTeM ni. Muka macam artis. Dia ajar aku Polymer semester lepas. Memang aku tak ponteng langsung la kelas dia. Tutorial yang dia bagi pun, cepat je aku siapkan. Kalau subjek lain, jangan harap la. Aku yang tak suka hafal-hafal ni pun boleh dapat A tau Polymer. Aku rasa, sepatutnya, UTeM ni kena bagi lecturer yang muda-muda dan handsome je yang mengajar. Baru la student semangat nak datang kelas.
Sebaik sahaja sampai di bangunan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, aku dan Mia terus menuju ke lobi fakulti. “mak ai Lisa, bes gila schedule kita sem ni. Jumaat tak ada kelas. Selasa and Khamis je pack. Best gila lah!.” Mia menjerit.
Aku pun apa lagi, terlompat-lompat macam orang gila. Dah tak ingat dunia lagi dah.
“memang every week la aku balik kampung macam ni.sukanya!”aku bercakap dengan suara yang kuat. Aku kalau dah keluar suara high pitch aku ni, memang satu fakulti la boleh dengar.
“mia, nanti boleh kita pergi holiday. Kan yang kita planning nak pergi Sabah sem lepas tu tak jadi.” Semester lepas memang aku dan rakan-rakan sekelas yang lain ada planning nak pergi holiday. Tapi sebab semester lepas bukan main busy lagi, niat kami tu terkubur macam tu je.
“ye la kan.kalau macam tu, kita pergi Indon je la. Kita pergi Khamis sampai Isnin. Isnin tu ponteng la. Ada dua kelas je pun.”
“betul jugak tu kan. Ala, kita bukan tak biasa ponteng-ponteng ni.” Aku dan Mia mula lah berborak dengan suara yang kuat tak sedar diri. Memang dah tak hiraukan orang sekeliling lagi dah.
“ehem.” Tiba-tiba ada orang berdehem.
Aku dan Mia buat bodoh. Kami masih lagi berborak tak ingat dunia.
“ehemm!” kali ni orang tu menguatkan sedikit suaranya.
Aku terus berpusing ke belakang melihat orang yang berdehem tadi. Aku buat muka tak puas hati.
“kat sini bukan tempat berborak eh. Lain kali kalau nak berborak pergi kedai kopi.” Kata lelaki yang berdehem tadi.
“eh, biarla. Dah ada mulut, cakap la. Kalau tak boleh cakap baik jadi bisu.” Sakit betul hati aku. Suka hati aku la nak berborak kat mana-mana pun. Bukannya guna mulut dia.
“memang la mulut untuk bercakap. Tapi bercakap tu, tengok la tempat jugak. Bercakap terpekik terlolong macam orang gila dekat sini sampai dah tak pedulikan orang lain.” Lelaki tadi tidak mengalah.
Baru aku nak membalas kata-kata lelaki tu, Mia dah menarik tangan ku berlalu dari situ.
“sorry ye encik, lain kali kami tak buat lagi.” Sempat Mia mintak maaf kepada lelaki tu.
“eh, kenapa kau tarik aku tadi? Aku tak habis lagi bercakap dengan mamat tak betul tu.”
“bercakap apa nya. Gaya kau tu macam nak bergaduh je tadi. Tambah lagi dengan muka kau yang kerek tu. Kalau aku tak tarik kau tadi, confirm kau cari gaduh punya la. I know you well, Lisa.” Balas Mia.
Aku hanya tersengih. Memang pun aku ni pantang silap sikit, mesti nak cari gaduh. And then, mula lah buat muka perasan bagus aku tu.
“tapi kan Mia, memang kita berborak macam orang pekak pun tadi kan. Dah la betul-betul dekat tepi administration.  Mesti semua orang kat dalam tu dengar apa yang kita cakap tadi kan. Kantoi la kita ponteng kelas. Tu la kau Mia, suara kuat sangat.”
“eh, apahal aku pulak. Kau tu yang cakap kuat. Dah la high pitch. Kalau dekan dekat dalam office tu dengar apa yang kita borakkan tadi, terus dia cancel nak ambik kita jadi menantu. Aku baru berangan nak jadi menantu dekan. Anak dia handsome tau.” Mia tersengih-sengih.
“Pigidah kau. Nak jadi menantu dekan konon. Eh, hari ni kita just ada kelas Advanced Manufacturing Processes dengan Production Tool Design je kan. Aku sure memang cancel la kelas kita hari ni sebab aku tengok tadi, kelas kita dekat lab. Lab memang takkan start lagi la first week ni.” Ceria aku bersuara.
“Aku pun rasa macam tu la. Jom pergi Jusco nak? Aku nak pergi beli kasut baru la.” Mia buat muka mengharap kat aku.
“ Kau tak payah la nak buat muka macam tu kat aku. Jom je la pergi. Aku pun lapar sangat ni. Nak makan McDonalds Big Breakfast.” Memang favourite aku la McD ni. Kalau boleh, tiap-tiap hari nak makan. Aku dah mula terbayang-bayang Big Breakfast yang sedapnya hingga menjilat jari tu. Eh, itu kan tagline KFC. Ala, bedal je la.
“Lisa! Kalau ye pun tak sabar nak makan McD, tak payah la tercongok kat tengah jalan tu.” Mia yang sudah berada dalam keretanya menjerit kepadaku.
Aku yang baru tersedar terus berlari masuk ke dalam kereta Mia. Tak sabarnya nak makan McD!

 thanks for reading! :D

No comments:

Post a Comment