Monday, 1 August 2011

betul ke cinta? 4

BAB 4
“ Mia, kau tau, tadi aku jumpa Encik Hakim kat 7E.” cerita ku kepada Mia.
“Bila pulak kau pergi 7E?  kenapa pergi tak cakap? Kalau tak aku nak kirimkan topup.”
“eh kau ni. Enam belas kali aku bagitau kau tadi, tapi kau buat bodoh je.” geram betul aku. ada la tiga kali jugak aku tanya dia nak kirim apa tadi.
“Over la kau ni. Takkan sampai enam belas kali kot. Tapi aku memang tak dengar pun kau cakap apa-apa. Kau keluar pun aku tak tau. Tau-tau aje dah balik.” Kata Mia yang langsung tidak mmelihat ke arahku.
“ tu la, khusyuk sangat chatting kat facebook sampai.aku tanya pun tak sedar. agaknya, kalau aku yang cun ni kena kidnap pun kau tak tahu. Kau chatting dengan siapa? Bukan main lagi tersenyum-senyum.” Aku lantas duduk sebelah Mia dan melihat screen laptop untuk memastikan dengan siapa dia berchatting dari tadi.
Tapi dia tiba-tiba menolakku dan menutup screen laptop nya dengan tangan. Nervous gila muka dia. “ala Lisa, tak payah tengok la. Bukan ada siapa-siapa pun. Tak penting pun.”
“oh, boyfriend baru eh? Sampai hati nak sorok-sorok dari aku.” aku pura-pura merajuk.
“ala Lisa, betul tak de siapa-siapa. Kalau ada, kau la orang yang first aku bagi tau. Kau kan BFF aku.” Mia dah memujukku.
“tadi kau jumpa Encik Hakim, kau tegur dia tak? Dia buat apa pergi 7E?” ceh, nak tukar topik la tu.
“ dia tengah beratur nak beli slurpee. Masa tu, aku tengah isi slurpee kat dalam cup tu. Elok je dah penuh, aku pun nak pergi bayar la. Bila aku pusing je belakang nak pergi kaunter, tiba-tiba aku ternampak dia betul-betul belakang aku. Apa lagi, terkejut beruk la aku. And then, boleh pulak terjatuh cup tu. Tumpah habis semua slurpee tu kat lantai weh. Yang lagi malangnya, boleh pulak slurpee tu kena kasut dia. Bila aku mintak maaf, dia jeling je kat aku. siot betul. Bukannnya aku sengaja pun.” Bersungguh-sungguh aku cerita kat Mia.
Teringat lagi aku macam mana muka Encik Hakim masa aku tertumpahkan slurpee kat kasut dia tadi. Kerek bukan main. Rasa macam nak tenyeh-tenyeh je slurpee yang tumpah tu kat muka dia.
“ yang kau nak terkejut bagai tu kenapa? Encik Hakim je pun. Ke kau terkejut tengok kemachoan dia tu?”
“Mana aku tak terkejut weh. Tiba-tiba je ada kat belakang aku. Masa aku pusing belakang tu, aku tengok dia pandang aku macam nak makan orang. Aku rasa la kan, mesti dia tak suka aku. Ye la kan, aku asyik dok melawan cakap dia je.” Itu la Lisa, kuat melawan sangat. Aku ingat lagi hari Isnin lepas, lepas lab session dah habis, dia tak bagi aku balik sebab katanya, aku kena buat tools checking. Tak aci betul. Orang lain tak payah buat pun, kenapa aku sorang je kena. Tapi aku balik je walaupun dia tak bagi. Tak dengar cakap betul kan aku ni?
 “ Habis la kita Lisa, nanti makin bertambah tak suka la dia kat kita. Nanti kalau dia tak bagi kita dapat A macam mana?” Mia bersuara resah.
“ la, apasal kita pulak? Aku je la yang dia tak bagi A. Aku je yang asyik dok tercari pasal dengan dia. Kenapa kau pun nak kena sekali pulak?” aku dah mula tak senang hati bila Mia cakap macam tu.
“ aku kan selalu dengan kau, mestila dia aim aku sekali.”
“ kalau macam tu, kau tak payah la kawan dengan aku.” lantas aku bingkas bangun dan menuju ke katilku.
“ kau ni kan, aku gurau je la. Gurau sikit pun tak boleh. Nak period la tu. Demi persahabatan kita Lisa, pergi terjun bangunan pun aku sanggup tau.” Mia terus berlari ke katil ku dan menggeletekku.
“ Woih, geli la!” kemudian aku pula menggeletek Mia. Gelak ketawa kami memenuhi segenap ruang bilik.
“ Woi, diam la! Memekak je. Orang nak tidur pun tak boleh.” Tiba-tiba kami mendengar orang menjerit. Jiran atas rumah aku la tu. Aku dan Mia serentak diam dan menekup mulut masing-masing. Kan dah kena marah. Tu la, siapa suruh pukul satu pagi dok terpekik terlolong macam orang kena histeria. Eh, over tau! Mana ada terpekik terlolong. Gelak kuat-kuat je.
******************************************************************************

Lepas je habis lecture, aku terus ke café bersama Mia. Ada lagi satu jam lagi sebelum lecture Mechatronic bermula. Lepas ambik makanan, aku ternampak Ain dan Wani di meja berdekatan. Aku pun terus ajak Mia join mereka.
“ Hey darlings, lamanya tak nampak. Sihat ke?” aku bertanya mesra. Ain dengan Wani ni satu rumah dengan aku dan Mia masa sem satu dulu. Tapi diorang course lain. Itu yang jarang jumpa.
“ wei, rindunya kat korang.” Ujar Ain yang kelihatan agak excited melihat kami berdua.
“ Ala kau, cakap je rindu, tapi tak datang cari kita orang pun.” Mia pula berkata.
“ Eleh Mia, kau pun sama je. Dah tak nampak dah kita orang berdua ni. Asyik berkepit dengan Lisa tu je.” Wani pula menyampuk.
“ Dah-dah, jangan nak gaduh. Kita semua sama je.” Aku menghentikan sesi tuduh menuduh dia orang. Kalau dibiarkan, mahu meletus perang dunia ketiga ni. mereka bertiga pula hanya ketawa bila menyedari kelakuan mereka yang macam budak-budak tu.
“ Lisa, Mia, korang datang lambat sangat la. Aku dengan Ain nak pergi jumpa PA ni. Nak mintak approval tambah credit hour.” Ujar Wani.
“ Mak ai. Nak tambah credit hour? Rajin gila. Korang ambik berapa credit hour sem ni?” aku dengan penuh minat bertanya.
“ Sekarang dua puluh. Tapi nak tambah lagi dua. Nak ambil bahasa ketiga. Nanti tahun depan dapatla relax sikit untuk buat PSM.” Ain menambah.
Rajin gila dia orang ni. Aku yang baru lapan belas ni pun dah rasa macam nak drop subject. Dia orang pulak terlebih rajin nak tambah.
“ kita orang pergi dulu lah ye. Nanti ada apa-apa calling-calling la ye.” kata Ain sebelum dia dan Wani berlalu.
“ rajin nya ex-housemates kita tu Lisa. Haih, kita ni, bila nak jadi macam dia orang tu?” Mia menjungkitkan kening kepadaku.
“ aku tak sampai seru lagi la Mia. Hehe.” Aku sengih je kat Mia.
Lepas makan, masa kita orang nak keluar dari café, boleh pulak terserempak dengan Encik Hakim. Aku pun buat-buat baik tegur dia.
“ hai Encik, dah makan?” aku menghadiahkan senyuman yang paling manis walaupun sebenarnya, semua tu plastic belaka. Aku kena berbaik-baik balik dengan dia ni. Aku kena jadi student yang baik, dengar cakap, beriman, solehah, pandai masak,pandai kemas rumah. Aiseh, ni dah macam calon isteri la pulak. Kalau aku teruskan melawan cakap dia, mahu aku kena bar dari final exam ni. So, aku telah bertekad untuk menjadi seorang pelajar yang paling berdedikasi untuk sem ni. Itu pun kalau boleh la.
“  Assalamua’laikum.” Ucapnya lantas berlalu.
Terkebil-kebil aku dengan Mia bila diperlakukan begitu.
“ kau tengok tu Mia. Ee, geramnya aku!”
“ Kereknya dia.” Cebik Mia.
******************************************************************************

Telefon bimbit ku menjerit-jerit minta di angkat. Hisy, siapa pulak yang call time macam ni. Orang nak tidur pun tak boleh.
“ Hello.” Aku menjawab kasar.
“ Lisa, kau buat apa? Aku ganggu kau tak?” aku menganalisa suara yang kedengaran di telingaku. Siapa ye? Lepas tu aku tengok screen handphone. Uhh, Fikri rupanya. Apa la mamat perasan bagus ni nak.
“ Memangla ganggu. Kau nak apa? Penting sangat ke sampai kau nak call aku ni? tak boleh tunggu cakap esok kat kelas ke?” bertubi-tubi soalan aku tanya kat Fikri.
“ Macam mana nak cakap, kau dekat kelas nak pandang muka aku pun tak nak. Ni ha, mak aku ajak kau datang rumah minggu depan. Ada kenduri sikit. Fiza dapat sambung study kat oversea. Kau jangan tak datang pulak tau.” Kedengaran tegas suara Fikri.
“ Tengokla dulu.” Terus mematikan talian. Fikri ni sebenarnya anak saudara ibu tiri aku. Macam mana aku tak suka dekat ibu tiri aku, macam tu jugak la aku tak suka dekat Fikri ni. Menyibuk hal orang je tau.

 thanks for reading! :D

No comments:

Post a Comment