BAB 8
“kenapa Lisa tak bagi tau Lisa nak balik? Kalau tak boleh ibu beli lauk banyak sikit semalam.” Sapa Mak Cik Yati yang terkejut sebab tiba-tiba je dia nampak aku kat dapur.
‘ibu? Bila masa dia ni jadi ibu aku?’ aku mengutuk di dalam hati. Masa aku sampai semalam, ayah dan Mak Cik Yati tak ada di rumah. Mesti mereka pergi kenduri kesyukuran si Fiza tu. Ye lah, Fiza tu kan anak saudar Mak Cik Yati.
“Lisa dah breakfast? Ibu ada masak nasi lemak sambal sotong tadi. Ibu ambilkan untuk Lisa ye?” ujar Mak Cik Yati lagi bila aku langsung tak respon pada soalan dia yang mula-mula tadi.
Kecur liur aku membayangkan nasi lemak sambal sotong. “ tak payah. nanti Lisa nak makan tahu la Lisa ambik sendiri.” Aku terus berlalu bersama segelas jus oren di tangan.
Ahh, macam mana ni? aku nak pergi ziarah kubur ibu. Kalau aku buat baik-baik sikit dengan Mak Cik Yati, mesti dia bagi aku pinjam kereta dia. tapi aku bukan jenis yang berbaik dengan orang lain hanya disebabkan ada agenda tersembunyi. Aku tak suka jadi hipokrit.
Tiba-tiba, pintu bilikku diketuk dan dikuak. “ Lisa, ada kawan Lisa datang.” Mak Cik Yati senyum memberitahuku.
Kawan? Masa bila pulak aku ada kawan kat sini? Aku pun cepat-cepat turun ke bawah untuk melihat siapa kawan aku yang Mak Cik Yati maksudkan. Encik Hakim! Apa dia buat datang rumah aku ni? nak mintak duit minyak sebab aku tumpang dia semalam ke?
“ Encik datang sini nak apa?” aku tanya dia selepas duduk di sofa berhadapan dengannya.
“ tak boleh ke?” aku tak tahu nak jawab apa. Bukannya tak boleh. Tapi macam pelik la pulak bila dia tiba-tiba datang rumah aku.
“ I nak ajak you keluar.” Straightforward je dia cakap.
Biar betul Encik Hakim ni. Suka sangat ke dapat naik kereta dengan aku semalam sampai nak ajak aku keluar.
“ nak pergi mana?” aku buat muka pelik.
“ jalan-jalan.” Dia jawab pendek.
Buat tabiat ke apa dia ni? Teringat pula akan niatku yang hendak menziarahi kubur ibu. Boleh la minta tolong dengan Encik Hakim ni nanti. Aku lebih rela pergi kubur ibu dengan Encik Hakim daripada pinjam kereta ayah ataupun Mak Cik Yati.
“ Jemputla minum. Lisa, ajak kawan tu minum. Siapa nama kawan Lisa ni?” tutur Mak Cik Yati ramah sambil menghidangkan minuman.
“ ni lecturer Lisa, Encik Hakim.” Aku cakap tanpa sedikit pun memandang Mak Cik Yati.
“ apa khabar makcik?” sapa Encik Hakim ramah.
“ makcik, saya nak minta izin bawa Lisa keluar sekejap.” Aku terkejut bila Encik Hakim cakap macam tu. Dia betul-betul serius nampaknya.
“ Lisa nak keluar tak?” tanya Mak Cik Yati yang asyik tersenyum simpul dari tadi.
“Lisa pergi tukar baju kejap la.” Lalu aku terus bingkas bangun dan berlari ke bilikku. Tak kuasa aku nak bermesra-mesra dengan Mak Cik Yati.
Lama juga aku bersiap. Nasib kau lah Hakim. Siapa suruh datang tak diundang. Aku memang kalau tak sejam bersiap, tak sah.
Sedang aku menuruni tangga, aku terdengar suara Encik Hakim dan ayah sedang berbual. Ayah ada rupanya. Ingatkan dia keluar.
“ terima kasih la Hakim sebab sudi tumpangkan anak pak cik tu. Lisa tu susah sikit. Dia kalau ada apa-apa, memang tak pernah nak bagi tahu pak cik.” Amboi ayah, mengumpat aku nampak.
“ hal kecik je pak cik. Rumah saya pun dekat je dengan sini. Alang-alang kan saya nak balik, tu yang saya tumpangkan tu.” Oh, kalau rumah kau jauh, kau biarkan je la aku sorang-sorang dekat highway semalam?
“ pakcik nak mintak tolong Hakim tengok-tengokkan Lisa ni kat sana. Kalau dia ada problem apa-apa ke, Hakim bagi tahu pakcik, ye. Lisa tu berat mulut sikit, apa-apa masalah tak pernah nak bagi tau pakcik.” Semua benda ayah nak cakap dekat Encik Hakim, geramnya. Mesti Encik Hakim pelik bila ayah cakap macam tu, sebab dengan dia, bukan main lagi aku menjawab.
“ ehemm.” Aku berdehem sambil berjalan mendekati mereka. Encik Hakim pandang aku atas bawah. Aku tau la aku cantik, tapi tak payah la nak pandang macam tu. Ee, perasan betul kau ni Lisa.
“ ha, Lisa. Kenapa tak bagi tau ayah Lisa nak balik? Kereta rosak kenapa tak call ayah?” ayah soal aku bertubi-tubi. Kalau aku call dia nak pergi jemput aku ke semalam?
“ entah, tiba-tiba je rasa nak balik. Kenapa, Lisa tak boleh balik ke?” ayah mengeluh bila aku cakap macam tu.
“ ke situ pulak budak ni fikir. Tak de la, kalau Lisa inform, sekurang-kurangnya, ayah tahu apa yang Lisa buat. Tengok macam semalam tu, kan kereta dah rosak. Nasib baik ada Encik Hakim ni, kalau tak entah apa jadi.”
“pasal kereta tu jangan risau la, dah settle. Encik Hakim tadi cakap nak cepat kan. Jom la pergi sekarang.” Aku segera mematikan perbualan di antara kami.
“ saya pergi dulu ya, pakcik. Nanti petang saya hantar Lisa balik ye.” Lantas Encik Hakim menyalam tangan ayah dan menghadiahkan senyuman kepada Mak Cik Yati yang dari tadi hanya menjadi pemerhati.
******************************************************************************
Naik lenguh kaki aku ikut dia berjalan. Memang jalan-jalan betul la dia ni. Dia suruh aku tolong dia pilih hadiah untuk birthday adik dia yang lagi dua minggu, tapi apa yang aku suggest semua dia tak suka.
“ ni tinggi sangat la.” Dia cakap bila aku pegang wedges empat inci.
“colour tak cantik.” Dia komen lagi bila aku tunjuk sehelai dress berwarna aqua.
No comments:
Post a Comment