Monday, 1 August 2011

betul ke cinta? 3

BAB 3
Malang betul nasib kita orang satu kelas hari ni. Dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ni semua si Fikri punya pasal la ni. Dah tau Prof. Adnan tu strict, berani pulak datang lambat. Aku yang memang dah empat sem memegang takhta ratu masuk kelas lambat pun tak berani dengan Prof. Adnan ni. Prof. Adnan ni mood dia unexpected. Masa mood dia ok, ok lah. Tapi kalau masa hormone androgen dia tak stabil, nak angkat kepala dalam lecture dia pun takut. Tak pasal-pasal hari ni kita orang kena buat assignment pasal Engineering Metrology. Kenapa entah mood Prof. tak betul hari ni. Perempuan pregnant pun kalah. Gaduh dengan bini kot. Ada ke patut, dia nak suruh kita orang submit petang ni jugak.
Aku ingat lagi masa Prof. cakap, “the assignment should be exactly 10 pages in handwriting form. For those who submit after 5 o’clock, I will give zero.”
“what?!” kami semua terjerit. Prof. Adnan hanya membuat muka tak de perasaan dia. Aku pun terus pusing belakang dan menghadiahkan jelingan maut kat Fikri. Gila lah. Handwriting tu. Kalau typing tu, 5 minit pun boleh siap. Tanya je Mr. Google, copy and paste masuk Words, and then, siap! Aku kalau pasal copy ni memang terer. Plagiarist tegar.
“hoi pakcik, lain kali kalau nak datang lambat, lebih baik tak payah datang terus. Kalau kau sorang je yang kena tak pe, ni tak pasal-asal kita orang pun kena. Sampai setengah jam kau lambat. Agak-agak la.” Si Bob dah bagi ceramah kat Fikri.
“sorry la beb, aku tak sengaja la.”
“Banyak la kau punya tak sengaja. Ni assignment ni siapa nak buat? Dah la handwriting, mampus keras tangan aku nak menulis.” Jenal pulak menyampuk.
Fikri hanya tersengih macam kerang busuk dan pandang ke arah aku. Aku terus mendengus dan cepat-cepat keluar dari kelas. Menyampah betul aku, dah la menyusahkan semua orang. boleh lagi dia tersengih-sengih macam tu. tak de rasa bersalah langsung.


“ Lisa, nak pergi tak kelas petang ni?” mia ni dah mula la nak ajak aku ponteng kelas ni.
“Pergi la. Kan last week pun kita dah tak pergi.”
“ dah tu, sempat ke kita nak siapkan assignment ni?” Mia tanya aku sambil buat muka pelik. Maybe dia pelik sebab aku tiba-tiba rajin nak pergi kelas. Selalunya, kalau dia ajak skip, aku on je.
“ Jom pergi library jom. Kita pinjam buku Engineering Metrology. Nanti boleh buat assignment dalam kelas.” Aku tiba-tiba mengeluarkan idea yang agak ilmiah hari ni.
“ tapi petang ni lab la Lisa, macam mana nak buat?” mia ni lembab jugak kadang-kadang.
“ish kau ni. Pergi je la buat kat lobi tu. Tak de orang perasan la kau tak de sekejap. Sempat je nak siapkan before pukul 5.” Aku jawab soalan Mia dan terus jalan laju-laju. Tak kuasa aku nak berborak kat tengah-tengah panas macam ni.
“hoi makcik, cepat la! Panas ni. Kang hitam aku kang.” Aku melaung kearah Mia yang jauh ketinggalan kat belakang. Mia pun apa lagi, terledek-kedek lari. Comel je. Dah la pendek, macam anak ayam lari.
“Kejap la, kaki aku sakit la. Melecet.” Mia buat muka kesian kat aku.
“ pilih kasut sampai berjam-jam pun melecet lagi?”
“ tu la. Kecik la pulak kasut ni. Semalam masa try, aku rasa dah ok.”
“ kau memang, selalu macam tu. Masa pilih barang, bukan main. Tapi bila dah bawak balik rumah, macam-macam hal pulak.” Malas aku nak layan si Mia ni. Dah selalu sangat dah jadi macam ni.
******************************************************************************

“Mia, jap lagi la kita sambung buat assignment ni. Jom gi café. Perut aku dah nyanyi lagu rock ni.” Aku buat muka sehabis comel kat Mia.
“kau dah buat berapa page dah?”
“ Dah 7 pages. Nanti kita smbung la. Sekarang baru pukul 12.30. nanti petang kita sambung la. Sempat je siap.” Aku bersungguh-sungguh meyakinkan Mia.
“ ok la, jom.” Mia terus mengemas barang-barangnya.
“ mak ai Lisa, hodohnya handwriting kau.” Mia menegur tulisan ku dan kemudian disusuli oleh tawa yang kuat.
“ lantak la. Malas aku nak tulis cantik-cantik.” Aku perasan dua tiga orang students dekat situ memandang tajam ke arah kami. Apahal dia orang ni? Nak cari gaduh la tu. Aku cepat-cepat kemas barang dan bergegas keluar dari library. Lapar wei!
“ Kita pergi café FKP terus la. Nanti dekat sikit nak pergi lab.” Mia memberi cadangan.
Aku hanya mengangguk dan menyerahkan kunci kereta ku kepada Mia. “ Kau drive la Mia.. aku tak larat nak drive. Lapar sangat ni.”
******************************************************************************

“ kenapa last week you all tak datang?” tersentap aku dengar soalan macam ni. Sepanjang dua tahun hidup aku dekat UTeM ni, tak pernah lagi ada lecturer tanya aku kenapa tak datang kelas. Selalunya, aku memang lucky gila lah. Ponteng la macam mana pun, tak pernah kena dengan lecturer.
“ kita orang sakit perut.” Selamba aku menjawab. Mia di sebelah aku hanya menganggukkan kepala.
“ dua- dua sakit perut? ” dia tanya lagi.
“ yup!” aku dan Mia jawab serentak.
“ kalau nak tipu pun, bagi la alasan yang logik sikit. Pagi tu elok je I tengok both of you tergelak-gelak tak ingat dunia dekat lobi. Suara bukan main kuat lagi hari tu. I yang tegur you all sebab cakap kuat-kuat. Takkan petang dah sakit perut?” dia pandang aku dan Mia meminta penjelasan.
“ sebab encik tegur la, kita orang boleh sakit perut.” Dengan selamba nya aku bagi alasan yang paling tak masuk akal kat dia.
“ hah?!” dia buat muka tak percaya mendengar alasan aku.
“ betul la. Kejang usus perut saya bila encik tiba-tiba approach kita orang hari tu. Saya ni memang ada penyakit usus tak normal. Saya tak boleh terkejut. Kalau terkejut je sakit perut. Mia ni pulak dah berjangkit sebab dah lama berkawan dengan saya.” Memang langsung tak logik alasan aku. Mia pulak hanya tersengih-sengih bila aku cakap macam tu. Encik Hakim still lagi dengan muka serius dia tu. Macam mana la mamat kerek ni boleh jadi lecturer aku. Aku dah bagi bad impression kat dia. Habislah aku lepas ni. Hwaaa.
“encik, ada apa-apa lagi ke nak tanya kita orang ni? Saya nak pergi bilik Prof. Adnan kejap. Nak hantar assignment.”
“kenapa tadi tak pergi hantar? Sekarang kan waktu kelas I?” geli la pulak aku dia ni nak ber ‘I, You’.
“oh, tadi kan nak makan lagi, sembahyang zohor lagi. Mana sempat. Lagi pun, lepas sembahyang, biasanya saya berzikir dulu. Ye la kan, study, study jugak. Akhirat jangan lupa.”aku kelentong lagi. Haha. Dalam hati aku, tuhan je yang tahu. Memang macam dah nak pecah perut aku menahan ketawa. Mia yang dari tadi diam dah berkerut-kerut muka menahan ketawa.
“ ok lah. Pergi cepat. I give you ten minutes only. Tapi you sorang je pergi. Mia, you masuk lab.”
“baik encik. Thanks.” Aku dan Mia tersengih-sengih meninggalkan dia.
“Lisa, handsome lah dia. Betul la cakap Zana.”
“ handsome ke? Tak pun. Tapi dia macho lah. Eh, mana assignment kau. Dah siap ke belum? Bagi kat aku. Boleh aku pergi hantar terus nanti.”
“ dah siap dah. Kalau kau nak tiru, tiru la.”
“cepatnya kau siapkan Mia.” Aku pandang Mia berkelip-kelip.
“Masa kau tidur tadi aku buat. Dah la, aku masuk lab dulu. Nanti marah pulak Encik Hakim yang handsome tu.” Mia menyerahkan assignment nya kepada ku dan berlalu pergi.
Aku pula terus menuju ke surau. Nak sambung buat assignment. Lepas je makan tadi, aku terus pergi tidur dekat surau. Orang lain pergi surau sembahyang, aku pergi surau tidur. Zohor pun aku belum sembahyang lagi. Memang lebih dari sepuluh minit la kan aku duduk kat surau siapkan assignment. Nasib baik la aku dah buat 7 pages. Kalau tak, memang masak la aku. Lepas dah siap semua, aku sembahyang.
Lepas je hantar assignment kat bilik Prof. Adnan, aku terus pergi lab balik. Encik Hakim mencerlung memandangku. Mana tak nya, sejam lebih jugak la aku hilang. Lama gila. Memang tak makan saman betul la aku ni. Buat assignment tu kejap je. Yang membuatkan lama bila dok tempek make up kat muka lepas sembahyang. Lepas tu, nak belit-belit shawl lagi. Susah betul jadi perempuan ni, nak cantik je kerja.

 thanks for reading! :D

No comments:

Post a Comment