Monday 31 October 2011

this is so true!!


i'm pretty sure that most of us are like this. right peeps?


thanks for reading! :D

Wednesday 26 October 2011

Tuesday 25 October 2011

here they come.. :D

hehe. finally. benda yang paling eva tunggu dah sampai hari ni. eva ada stok beg2 yang sangat cantik and sangat cute. korang boleh lah usha-usha eh. kalau berkenan, let me know. eva dengan berbesar hati nya nak jual kat korang. kalau berkenan boleh emel eva kat evalicious00@yahoo.com




kod BG1 (black)
harga RM 54(free postage)
SOLD

kod BG2 (grey)
harga RM50(free postage)
SOLD


eva jual kaler light blue :)


kod BG3
RM50(free postage)
SOLD



eva jual kaler hitam menawan :)


kod BG4
harga RM50(free postage)


code BG5
harge RM50(free postage)


kalau korang suka, korang boleh emel kan order kat eva eh. emel eva dekat evalicious00@yahoo.com details dekat bawah;

code :
nama : 
alamat :
phone no :

lepas tu, tunggu eva reply n confirmkan order ye. :) happy shopping!


thanks for reading! :D

Sunday 23 October 2011

betul ke cinta? 16

BAB 16
terkejut beruk aku bila sampai rumah encik hakim, punya la ramai orang. Dah tu, yang perempuannya, semua pakai baju kurung dan seangkatan dengannya pulak tu. Yang lelaki tu, tak kisah la. Pakai apa pun tak apa. Aku pulak, pakai skinny jeans, kemeja  yang loose sikit je dengan shawl ala-ala hana tajima selalu pakai tu. Memang nampak sangat la kan aku seorang je yang lain dekat situ. Yang menghairankannya, kenapa la diorang semua pakai pakaian kebangsaan pulak ni. Bukan birthday party ke? Ke tema birthday party ni pakaian kebangsaan?
Masa kitorang sampai, dah nak dekat pukul 8. Macam ribut jugak la encik hakim drive tadi. Lepas je solat maghrib, semua tetamu tadi berkumpul kat ruang tamu. Rupa-rupanya, ada bacaan doa kesyukuran. Wahh, malunya. Rasa macam aku ni apa je kat sini. Dah la pakai seluar ketat-ketat macam ni. hwaa. Encik hakim ni memang nak kena tau. Kenapa la tak cakap birthday adik dia buat kenduri kesyukuran. Aku ingatkan ada birthday party macam orang lain selalu buat tu. Malu, malu, malu! Rasa macam semua orang kat sini pandang aku lain macam je. Mana aku nak letak muka ni. dah la duduk sorang-sorang je dekat tepi tangga ni dari tadi. Encik hakim pulak langsung dah tak nampak muka. Nasib baik la adik encik hakim yang bongsu tu macam baik je dengan aku. Dok senyum-senyum je dari tadi. Tapi sebab dia dengan kawan-kawan dia, aku pun malas la nak join diorang. Aku memang tak pandai nak berkawan dengan orang! Huu.
Lepas habis bacaan doa kesyukuran, dah boleh start makan. Time ni, aku memang salute la dengan family diorang ni. sebab siap jemput anak yatim lagi and then, siap bagi hamper lagi dekat anak-anak yatim tu. Ada la dekat 50 orang jugak anak-anak yatim yang dijemput. Bagus betul la diorang ni. ingat jugak nak bersedekah dekat orang-orang yang memerlukan.
“ lisa, tak makan ke?” emak encik hakim tanya aku ramah. Tapi aku perasan jugak la yang mata dia pandang aku atas bawah. Mesti dia rasa aku ni tak senonoh. Pakai macam ni je pergi kenduri kesyukuran.
“ kejap lagi la makcik. Ramai lagi orang tu.” Aku pun bangun salam dengan dia. Tadi tak sempat nak salam sebab dia busy je layan tetamu dia.
“ la, pergi la makan. Karang habis pulak. Ni ha hakim, temankan lisa ni makan.” Emak encik hakim panggil encik hakim yang kebetulan lalu kat situ.
“ tak makan lagi ke?” aku rasa nak tumbuk je mamat ni bila dia tanya soalan bodoh macam tu. Kalau rumah ni rumah aku, memang pandai la aku nak cari makanan sendiri. ni seorang pun aku tak kenal. Yang aku betul-betul kenal, encik hakim, mak dia dan ayah dia. Adik-adik dia yang tiga orang tu, setakat aku tau nama and kenal muka je la. tapi diorang semua memang busy la nak melayan tetamu kan. Takkan la nak menempek dengan aku pulak.
“ belum.” Jawab aku pendek.
“ jom la.”
Masa kitorang tengah makan, tiba-tiba adik encik hakim yang bongsu and the gang datang duduk dekat kitorang. Takut jugak aku tengok diorang ni datang ramai-ramai. Macam nak cari gaduh dengan aku je.
“ kak lisa, kak lisa ni model ke?” terkebil-kebil aku dengar soalan adik dia yang bernama hana tu.
“ yang ni kak lisa kan?” dia tanya lagi sambil tunjuk gambar di dalam majalah. Memang gambar aku la yang dia tunjuk tu. Masa tu aku photoshoot untuk fashion muslimah.
“ hmm. Ye la kot.” Aku tak tahu nak jawab apa.
“ tu la aku cakap. Ni la akak yang aku selalu tengok dekat blog tu.” Kawan si hana tu dah bising-bising dekat geng dia.
“ akak, akak ni cantik la. macam anak patung. saya suka tengok muka akak. Saya selalu bukak blog-blog yang ada muka akak.” Seorang lagi kawan hana cakap kat aku. Bukan main excited lagi dia.
“ oh, ye ke? Thanks.” Merah muka aku layan diorang ni. malu! Aku sampai dah tak tahu nak cakap apa lagi dah.
“ akak, nak ambik gambar boleh?”
“ hah? Nak buat apa?”
“ saja. Nak tunjuk kat kawan-kawan. Kitorang memang suka tengok akak. Kitorang selalu tengok akak jadi model dekat blog-blog yang jual pakaian ni. cantik gila akak. Tengok depan-depan macam ni lagi nampak cantik.” Ya ALLAH. Budak ni kan. Panjang lebar dia cakap. Dah la kuat. Orang-orang sekeliling semua dah pandang.
“ boleh akak eh?” dia tanya lagi sambil disokong oleh kawan-kawan dia dan hana.
“ okay.”
Aku tiba-tiba rasa macam artis pulak hari ni. punya la banyak gambar diorang ambik. Gambar beramai-ramai, and then, gambar dengan setiap orang lagi. Gambar aku berdua dengan encik hakim pun diorang ambik. Adoi, macam paparazzi pulak. Tak pernah lagi la before ni orang luar tahu aku ni model. Siap nak ambik-ambik gambar lagi. Ceh, bajet model la sangat kan. Part time model je pun.
“ hana, dah la. nanti-nanti boleh jumpa lagi kak lisa ni. bagi la chance abang nak dating dengan kak lisa kejap.” Mesti encik hakim pun dah rasa rimas dengan adik dia and the gang, sebab tu dia cakap macam tu.
“ ala, abang bila-bila pun boleh dating.” Hana dah tarik muncung empat belas.
“ hana..” suara encik hakim dah mula serius.
“ okay.” Hana pun terus ajak kawan-kawan blah dari situ.
“ saya tak tahu pun awak model.” Encik hakim tanya sambil pandang tepat ke mata aku.
“ ala, model part time je pun. Bukannya super model.”
“ tak bagi tau pun.”
“ kena bagi tau ke?”
“ yes. Lepas ni, semua benda awak kena bagi tau.” Bukan main lagi serius lagi dia. Takut aku.
“untuk apa?”
“ saya nak tahu semua pasal awak.” Apahal pulak dia ni. sawan ke apa.
****************************
“ lisa tak nak tidur sini ke?”
“ tak pe la makcik. Lagi pun, lisa dah janji dengan ayah nak balik. Lain kali je la eh.” Aku terpaksa tipu sunat. Ayah pun tak tau aku nak balik. Tak nak la aku tidur rumah diorang. Awkward gila kot.
“ ala akak, tidur la sini. Banyak yang hana nak borak dengan akak.” Hana dah merayu-rayu sambil pegang tangan aku.
“ betul tu lisa. Tidur je la kat sini.” Mimi, si birthday girl pulak menyokong.
“ esok je la lisa balik. Ni pun dah lewat dah ni.” farah, adik encik hakim yang seorang lagi menyampuk. Umur farah dengan mimi lebih tua dari aku. Farah tu umur dia 26 tahun, mimi 23 tahun, hana 19 tahun, aku pulak sweet 21. Hehe. Encik hakim tu aku tak tau. Tapi aku rasa, mesti dia dah tua.
“ lain kali kot. Hari ni tak boleh la. mesti ayah lisa tengah tunggu tu. Kesian pulak kat dia.” Aku bagi isyarat mata dekat encik hakim mintak pertolongan dari dia. Aku memang tak nak tidur sini. Dah la tak biasa dengan diorang.
“ jom la lisa. Saya hantar awak balik.” Fuhh, nasib baik encik hakim faham.
“ ala,abang ni. hana nak kak lisa tidur sini.” hana membentak-bentak. Takut la aku dengan adik bongsu dia ni. mesra semacam je dengan aku.
*************************
“ encik..”
“ i’ve told you..”
“ what?” tiba-tiba je dia cakap i’ve told you. Hairan aku.
“ jangan panggil encik.”
“ dah saya nak panggil encik, biarla.” Tak ada sebab untuk aku tak panggil dia encik.
“ encik, kenapa hana tu macam nak dekat saya?”
“ what do you mean by that?”
“ tak la. dia macam nak rapat-rapat dengan saya. Ala, macam mana eh. tak reti la nak cakap. Tak kan encik tak faham kot.”
“ala. Biasa la tu. Dia suka dekat awak la tu.”
“ kenapa dia nak suka pulak?”
“ dia tu suka sangat nak berfashion. Tapi dia tak reti. Bila dia jumpa awak yang cantik jelita ni, fashionista pulak tu, mestila dia suka.”
“oo, macam tu eh?”
“ dah lama ke modelling?”
“ tak lama pun. Baru setahun lebih. Suka-suka je. Isi masa lapang. Bukannya serius pun.”
“ banyak ke masa lapang awak?”
“ banyak la. kawan-kawan saya asyik pergi dating je, saya bosan tinggal sorang-sorang. Baik saya buat modelling, duit pun dapat.”
“ awak nak dating macam kawan awak jugak ke?”
“ dating dengan siapa? Boyfriend pun tak de.”
“ tak pe, lepas ni kita dating.” Encik hakim ni kan, suka keluarkan ayat yang membuatkan aku terkedu. Tapi dalam hati aku ni, memang happy gila la. rasa macam dia pun ada hati aku jugak. Hee. Kalau dia nak kat aku, sejuta kali aku nak. Dah la handsome, badan tough. Suka, suka!



 thanks for reading! :D

Thursday 20 October 2011

betul ke cinta? 15

BAB 15

Finally, sampai jugak aku ke PD. elok sampai je kat teluk kemang tu, benda first yang aku buat adalah pergi main air dengan mia. Padahal budak-budak lain busy pasang khemah and sediakan barang-barang untuk bbq. Time kitorang sampai tu, dah lewat petang and kitorang memang dah plan nak bermalam kat situ. Tapi kalau tidur chalet ke, resort ke, macam tak best la kan. Baik tidur kat rumah je.
“ hoi makcik -makcik, tak reti-reti nak datang tolong ke?” faiz dah bercekak pinggang kat kitorang. Dengan perut dia yang boroi tu, macam warden asrama dah lagaknya.
“hahahha. Faiz, boroi nya perut kau. Kau cekak pinggang macam tu, lagi nampak clear yang perut kau tu boroi tau.” Mia ni tak boleh blah betul la. Ada ke patut dia cakap macam tu.
“ kurang asam kau mia. Tunggu kau.” Lalu bermula lah aksi kejar mengejar antara faiz dengan mia.
“ fiq, bila boleh start bbq ni.” Aku menghampiri syafiq yang sedang menghidupkan api.
“ tunggu bara banyak sikit. Lagi 5 ke 10 minit, dah boleh start bakar dah ni.” dalam banyak-banyak lelaki dalam kelas, aku memang rapat dengan syafiq.
*************************
“jom main game nak?” mia mengusulkan cadangan masa kitorang tengah sedap melantak.
“ game apa?” sampuk wan.
“ truth or dare?” zana pulak bagi cadangan.
“ okey jugak tu.” Mia yang merupakan mastermind bersetuju.
Kitorang pun apa lagi, terus la buat bulatan and start main game ni. wan pusing botol pepsi yang dah kosong dan orang yang first kena ialah wawa. Dia pilih dare. Budak-budak ni suruh dia pergi cakap i love you dan mintak nombor telefon dekat abang boroi sebelah site kitorang.
Orang yang second kena, faiz. Dia pun pilih dare. Dah tu diorang suruh dia break dance sambil bukak baju. Memang kelakar gila. Nampak habis lemak-lemak kat badan dia.
Lepas tu, boleh pulak turn aku yang kena. Aku pilih truth.
“ kenapa kau macam tak suka aku?” fikri tanya aku tiba-tiba. Game kitorang yang memang fun gila tadi, tiba-tiba je bertukar senyap dengan soalan serius dari fikri.
“ ini personal matter. Bukan kat sini kita nak bercakap pasal ni.” aku jawab keras.
“ kenapa kau tak suka aku lisa?” fikri tanya lagi.
“ kau tak faham ke apa aku cakap tadi?” aku balas kasar.
“ dah, dah. Enough. Fikri, lisa, sudah. Kita datang sini nak have fun together. Bukan nak bergaduh.” Nasib baik shafiq campur tangan. Kalau tak, memang boleh bawak gaduh tadi. Tapi lepas tu, aku memang dah tak de mood nak berseronok lagi. Spoiler betul la fikri ni.
**************************
“ lisa, kenapa fikri tu macam tu eh? Terkejut aku bila dia tanya kau macam tu tadi. Tapi nasib baik fiq cepat kan lisa. Kalau tak, boleh jadi tragedi berdarah tadi tu.” Mia mula buat mukadimah untuk bergosip.
“ amende la kau merepek ni. tragedi berdarah bagai.”
“ betul la. Kalau fiq tak masuk campur tadi, aku rasa, memang teruk la fikri tu kena balik tadi. Macam aku tak tau je baran kau tu macam mana.” Ye, aku memang jenis yang baran pun.
“ ala, dah la. Malas la aku nak fikir. Tidur la jom.”
“ tapi kan lisa, sakit hati betul aku dekat dia. Ada ke patut dia buat kau macam tu.”
“ biar aku sorang dah la sakit hati dengan dia. Kau tak payahla. Dah la mia. Banyak pulak kau ni bercakap. Jom la tidur.” Aku pun terus peluk mia sebab sejuk sangat. Ye la, pukul 4 pagi kot. Tepi pantai pulak tu. Dia punya sejuk tu memang sampai tak boleh nak describe la macam mana.
*****************************
‘ lisa, petang ni ikut saya balik KL’. Celik je mata pagi tu, aku terus dapat mesej macam ni daripada encik hakim.
Biar betul? Aku ni mimpi ke apa? Takkan la asyik dok ingat encik hakim sampai mimpi dia ajak aku balik KL kot? Aku tengok lagi sekali screen handphone aku. Betul, ada mesej dari encik hakim. Pukul 5.30 pagi dia mesej. Biar betul orang tua ni. pukul 5.30 pagi dah mesej orang. Dia bangun buat qiamullail ke apa. Kalau dia buat qiamullail, bagus la. Memang boleh jadi calon suami. Yang tak bagusnya, aku ni ha. Pukul 6.45 pagi pun tak solat subuh lagi.
“ hoi mia, bangun la. Dah pukul berapa ni. bangun solat subuh.” Entah kenapa hari ni aku yang kejut mia. May be sebab berubah tempat tidur kot, maka perangai aku pun berubah. Kalau tak, memang memanjang je mia yang kejut aku. Sampai dah 10 minit dia bagi syarahan kat aku, baru aku bangun.
“ mia, bangun la.” Aku piat telinga mia.
“ aku tak boleh solat la.” Ujar mia dengan suaranya yang ala-ala ella tu. Ceh, ella la sangat.
“ ea? Tak tau pun.” Mia pun sambung balik tidur dan aku pun bukak zip khemah sebab nak keluar pergi solat. Mak ai, sejuk gila kot bila kena angin laut pagi-pagi macam ni.
“ hoi, bangun-bangun!” aku jerit dekat setiap khemah rakan-rakanku yang lain.
*************************************
Alhamdulillah, selamat jugak aku sampai ke hostel. Tengah drive tadi memang penat plus mengantuk gila. Buatnya aku terlelap masa drive tadi, mati sia-sia je. Dah la pahala pun tak berapa nak cukup lagi ni. memang best gila lah main air tadi. Berendam dekat pantai dari pagi sampai tengah hari. Naik banana boat pun sampai lapan kali. Memang terbongkang tidur la lepas ni.
Elok lepas aku sudah mandi, Maroon Five pulak sibuk nak nyanyi lagu moves like jagger. Hisy, time ni la sibuk nak nyanyi pun.
“ hello.” Aku cakap lembut je sebab encik hakim yang call. Padahal dalam hati memang dah menyirap gila sebab kacau aku time aku tengah penat macam ni.
“ lisa, nanti pukul 6.30 saya jemput awak eh?”
“ ha? Jemput? Nak pergi mana?”huu, dah la aku baru je sampai. Sekarang pun dah nak dekat pukul 5.
“ tak dapat sms saya ke?”
“ encik ajak betul-betul ke?” memang soalan bodoh. Encik hakim tu, kalau dia cakap apa-apa memang semuanya betul-betul belaka. Tak pernah ada tipu-tipu. Tapi aku tak expect la pulak dia memang nak aku ikut dia balik KL. Lagi pun, aku memang je sms dia tadi.
“ tak. Tipu-tipu je.”
“ fuhh, lega. Ingatkan betul-betul tadi.”
“ betul-betul la. Kenapa? Awak tak nak ikut saya balik KL ke?”
“nak buat apa balik KL? Nanti kalau saya nak balik rumah saya, saya balik je la sendiri. Buat apa saya nak balik dengan encik. Before ni, boleh je saya drive sendiri.”
“ bukan balik rumah awak.”
“ dah tu?”
“ pergi rumah saya.”
“ buat apa?”
“ hari ni kan birthday adik saya.”
“ dah tu?” birthday adik dia. Bukan adik aku pun. Adik dia pun aku tak kenal. Setakat jumpa sekali dulu. Aku ni bukannya kisah sangat pasal orang-orang yang tak berkaitan dengan aku ni.
“ nak ajak awak pergi sekali la.”
“ buat apa? Saya bukan kenal dia pun.”
“ sebab tak kenal la, nak kenal-kenalkan.”
“ tak nak la.”
“ please lisa.” Aduh, hati aku yang keras macam batu tadi terus cair bila encik hakim merayu macam tu. Bukan main lembut lagi suara dia.
“ hmm, okay lah.”
******************************
“ kenapa burn sangat muka ni? awak pergi main panas kat mana?”
“ teruk ke?” aku tanya risau.
“ tak de la sangat. Tapi nampak la muka awak tu sunburn.”
“ ala, dah tu, macam mana ni? encik, tak nak la pergi rumah encik. Nak pergi spa la buat facial treatment.”
“ eh, awak ni. ada pulak macam tu.”
“ ye la, muka dah teruk macam ni. siapa suruh encik tegur. Lain kali diam sudah la.”
“ kita pergi rumah saya dulu. Nanti-nati baru pergi spa, okay?” tapi aku dah tarik muncung lapan belas sebab dok memikirkan kulit muka ku yang dah macam apa ni.

thanks for reading! :D

Friday 14 October 2011

Tuesday 11 October 2011

betul ke cinta? 14

BAB 14

Aku makan satay celup dengan penuh kenikmatan. Ye la, dari pagi aku tak makan. Memang aku langsung tak de selera nak makan. Tekak pun rasa pahit je. Tapi bila encik hakim ada kat sebelah, terus sakit hilang macam tu je. Perghh, hebat betul penangan encik hakim ni.
Encik hakim pulak terkebil-kebil tengok aku makan. Mana tak nya, habis semua satay celup dia aku balun. Ada la jugak 10 cucuk. masa dia nak belikan untuk aku tadi, aku dengan ego nya taknak. Ye lah kan, nak tunjuk protes. Tapi bila tengok dia makan, tergugat nafsu aku. Dengan muka tak malu nya, aku ambik je satay dia tanpa meminta pun dari dia. Sudahnya, satu  cucuk setengah  je yang dia makan. Yang lain, aku jugak yang tibai. Balance lagi setengah cucuk dekat tangan dia pun, aku tibai. Memang tak senonoh kan? Terus encik hakim cancel nak buat bini agaknya.
“ lapar betul awak.”
“ satu hari saya tak makan hari ni tau.”
“ kenapa tak makan?”
“saja?”
“ kenapa tak makan?” dia tanya lagi dengan nada yang serius.
“ siang tadi rasa macam nak demam. Tak de selera.”
“ sekarang ok tak lagi ni?” serta merta nada suara dia berubah menjadi lembut semula. Tapak tangannya dilekapkan ke dahi ku. “panas lagi dahi ni. dah pergi klinik ke belum? Kalau belum, jom kita pergi sekarang.”
Belum sempat dia nak angkat punggung, aku memintas, “ dah pergi dah klinik pagi tadi. Ubat pun dah makan.” Aku bohong sunat. Bukannya aku takut nak pergi klinik. Tapi, demam aku ni tak de la teruk mana pun. Baru rasa nak demam je. Belum demam betul-betul pun. Tengok muka dia pun, aku dah tak rasa nak demam.
“ betul ni?”
“betul.”
“ jom la masuk dalam kereta balik. Tak elok awak kena angin laut macam ni. karang sakit pulak.” Encik hakim bingkas bangun dan menghulurkan tangannya pada ku. Nak sambut ke tak nak eh?
Akhirnya aku bangun sendiri tanpa menyambut huluran tangan dia. Masa tengah meniti batu-batu untuk ke kereta, aku hampir tergelincir. Nasib baik la encik hakim cepat menahan aku dari jatuh dengan tangan dia yang sasa tu. Kalau tak, memang jadi nangka busuk la aku jawabnya.
“ saya bukan nak ambik kesempatan. Tapi saya risau awak jatuh.” Kata dia sambil berjalan meniti batu dan menggenggam tanganku erat. Aku terima je apa yang dia cakap.
Masa dah nak sampai kat kereta, sempat lagi aku merengek kat encik hakim.
“ encik, saya nak satay tu lagi. Lapar. Boleh la eh, please.” Tiba-tiba aku rasa yang aku ni la manusia paling gedik kat dunia. Boleh menang award perempuan paling gedik ni.
“ okay, tapi awak masuk dalam kereta dulu. Tunggu kat dalam. Tak elok kena angin laut ni lama-lama. Kang demam balik pulak.” Caring nya dia. Terharu gila aku. Dia ni betul-betul buat aku perasan la.

*******************************

“ karang jangan tak makan tau bubur tu.”
“ye encik, saya mesti makan punya.” Dah empat belas kali encik hakim pesan kat aku suruh makan bubur ayam mcd yang dia beli. On the way nak hantar aku balik hostel, sempat pulak dia drive thru sebab dia tahu yang aku suka mcd. Tapi, oleh sebab aku demam, dia belikan la bubur ayam. Sweet kan encik hakim ni. sangat sweet.
“okeylah encik. Saya naik dulu lah eh.”
“ lisa, kejap.” Belum sempat aku nak buka pintu, dia bersuara.
“ ada apa?”
“ lepas ni, tak payah panggil saya encik la.”
“hah? Kenapa pulak?”
“saja.”
“ mana boleh.”
“ kenapa tak boleh pulak?”
“encik kan lecturer saya, kena la panggil encik.”
“ tapi saya taknak jadi lecturer awak.” Dia bersuara perlahan.
“ kenapa? Encik tak suka kelas saya eh? Kelas saya naughty sangat ke?”
“ bukan macam tu.”
“ dah tu, macam mana?”
“ tak kisah la macam mana pun. Tapi lepas ni, kalau kita berdua je, awak tak payah panggil saya encik lagi.”
“ dah tu nak panggil apa?”
“ apa-apa je la. Tapi bukan encik.”
“pakcik? Encik kan dah tua. Hee”
“ jangan la pakcik. Panggil la apa-apa yang sedap didengar.”
“ mana boleh encik. Encik kan lecturer saya. Mestila saya kena panggil encik.”
“ tapi saya taknak jadi lecturer awak je. Saya nak lebih dari tu.” Terdiam terus aku mendengar kata-kata dia. Dia ni memang betul-betul bermain dengan hati dan perasaan aku betul la.
“ tak pe lah encik. Next time la kita borak pasal ni. dah lewat dah ni. saya naik dulu.”
“ okey, take care. Thanks for today. I had a great time with you and i’m looking forward to see you again.”
“ thanks for the treat.” Aku goyang-goyangkan plastik mcd sambil tersenyum. Aku melambai-lambaikan tangan sambil menyaksikan keretanya berlalu pergi.

***************************

“ amboi kau, kata tak kenal la, bukan pakwe kau la, tapi berjam-jam jugak kau keluar kan. Siap bawak balik mcd lagi tu.” Bila aku masuk je dalam rumah, itu lah ayat yang mula-mula aku dengar dari mulut nurul.
“ tu kawan aku la.” Nasib baik la nurul ni lain fakulti dengan aku. So, dia tak kenal encik hakim. Kalau tak, masak aku kena dengan dia ni.
“ kawan kau dah berpunya ke belum weh? Kenalkan dengan aku.” Nurul mula nak menggatal.
“ hoi makcik. Kawan aku pun kau nak sapu eh.”
“ handsome sangat la lisa. Hee.”
“ mia dah balik ke belum?”
“ entah. Rasanya macam belum je.” Lama betul minah ni dating. Siapa la pakwe baru dia ni. berahsia betul.
“ emm, tak pe la nurul. Aku masuk bilik dulu la.”


thanks for reading! :D

betul ke cinta? 13

BAB 13

“ hoi, kau buat apa tu? skodeng siapa?” mak ai, terkejut betul aku bila disergah mia.
“ eh, xde..xde ada buat apa la.” jawab ku teragak-agak.
“ kau datang sini buat apa?” aku cuba mengalihkan topik.
“ cari kau la. cakap nak jumpa prof. Adnan kejap je. ni punya la lama. berjanggut dah aku tunggu kau kat sana.” Mia terjenguk-jenguk untuk memastikan apa yang aku skodeng tadi.
Aku pulak cepat-cepat tarik mia ke tempat lain. Takut kantoi yang aku skodeng encik hakim tadi. Masa nak pergi bilik prof. adnan tadi, aku ternampak encik hakim berborak dengan siapa entah. Aku pun apa lagi, menyorok la belakang dinding semata-mata nak skodeng dia. nasib baik tak kantoi dengan mia.
“kau dah jumpa Prof. adnan ke?”
“ dia tak de pun kat bilik dia.” Aku terpaksa tipu sunat. Padahal, bilik Prof. adnan pun aku tak sampai lagi.
***************************
“ kira on la ni eh.” Soal shafiq.
“ mesti la on.” Kami jawab beramai-ramai. Macam budak tadika dah gayanya.
“ wan, kau ada bbq grill tu kan? Nanti bawak la. boleh kita bbq sekali.” aku suruh wan.
“ ada kat rumah. Tak pe, nanti aku balik ambik.” Ceh, mentang-mentang la rumah dia dekat batu berendam, sekangkang kera je dari sini.
“ tak sabar gila aku wei!” mia tiba-tiba melompat kegembiraan. Kena sawan apa la pulak minah ni. tapi aku pun dah tak sabar gila nak pergi PD weekend ni. kalau boleh, celik mata je esok, dah terus weekend.
**************************
“ betul kau tak nak kirim apa-apa ni?tak pe ke kau tinggal sorang ni?”
“ betul la. dah tiga kali kau tanya tau tak?macam la kau tak pernah tinggal aku sorang selama ni.”
“ ye la, kau tu kan tak sihat. Dah tu, dari siang tadi tak makan apa-apa pun. Nanti mati kebulur pulak.”
“ mulut kau kan, macam nak kena cili je. ” aku terus baling bantal kat Mia.
Kenapa entah hari ni aku rasa tak sedap badan. Selera makan pun tak de. Nak kata ada masalah, memang tak de. Hukhuk. Tapi yang aku tau, memang aku rasa lonely sangat. Boyfriend pun tak de. Jealous pulak tengok Mia. Asyik-asyik keluar je. dah tu, bila balik bawak hadiah. kenapa aku tak de? Benci!
“ Lisa!” tersentak aku bila nurul, housemate aku tiba-tiba muncul kat depan pintu bilik.
“ uish kau ni, kalau aku ada sakit jantung, dah lama pergi dah ni. Kau nak apa?” jarang sangat la nurul ni nak dating bilik aku. Boleh kira la berapa kali je dia melepak kat bilik aku. Selalunya, dia terperuk je dalam bilik.
“ pandai kau eh lisa. Ada boyfriend tapi tak bagi tau kat aku pun.” Nurul dah sengih-sengih dan datang kat aku.
“ hah?kau merepek apa ni?”
“ eleh, buat-buat tak faham pulak.”
“ memang aku tak faham pun. Kau cakap apa ni? sepanjang 21 tahun aku hidup, tak pernah lagi la aku berboybriend.”
“ dah tu, kalau bukan boyfriend, lelaki kat bawah tu siapa?” nurul kerutkan dahi. Macam masalah besar je lagaknya.
“lelaki mana pulak ni?” sungguh aku bingung.
“ tu dekat bawah tu. masa aku lalu kat bawah tadi, ada sorang lelaki ni tanya aku kenal kau ke tak. Memang aku kenal sangat la kan. And then, dia suruh aku panggil kau.”
“ kau biar betul?” aku still blur. Lelaki mana pulak dah ni. mau nye perompak ke, progol ke, mati aku.
“ betul la. kau ingat aku buat cerita ke?”
“ handsome tak?” aku tanya nurul.
“ handsome sangat! Pergi la jumpa dia kat bawah. Mana tau, secret admire kau ke.”
Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Nak pergi ke tak eh? Kalau pergi, takut pulak benda tak elok jadi. Tapi kalau tak pergi, rugi tu. nurul cakap lelaki tu handsome.
“ yang kau dok tergaru-garu apa lagi lisa? Pergi la cepat.”
Aku pun bersiap ala kadar dan terus turun bawah. Aku terpacak macam tunggul kat depan pagar asrama. Aku pun tak tau nak jumpa siapa. Siapa lelaki yang cari aku pun, aku tak tau. Baru aku berkira-kira nak cabut naik atas balik, sebuah Honda crv hitam berhenti betul-betul depan aku. Gulp! Encik hakim! Encik hakim ke lelaki yang cari aku tadi? Kalau betul, memang boleh buat aku tak tidur malam ni.
“ naik la.” Tersembul kepala encik hakim dari cermin tingkap. Senyuman dia, fuhh! Tak tau nak describe macam mana. Macho gila.
Aku pun apa lagi, terus masuk dalam kereta dia. Tak de masa nak malu-malu.
“ encik cari saya ke?” dia senyum je bila aku tanya macam tu. Dah tu, dia terus drive kereta dia.
“ eh, kita nak pergi mana ni?” aku dah panic. Buatnya dia jual aku kat bapak ayam, tak pasal je. Mana la tau kan, kot-kot la dia ni banyak hutang dengan along. Dah tu, tak de duit nak bayar hutang, dijualnya aku kat along tu.
“ fikir bukan-bukan pasal saya la tu.” Dikerlingnya aku. Mana tak nya, muka aku ni memang tunjuk sangat yang aku tengah risau.
“ ye la, mana la tau encik nak jual saya ke. Saya ni, dah la IC pun tak bawak ni. Karang orang ingat PATI pulak.” Dia tergelak halus.
“ ada pulak fikir macam tu. Takkan la saya nak jual awak pulak.”
“ dah tu, encik nak bawak saya pergi mana ni?”
“ saja, pusing-pusing.” Dia senyum lagi. Dia ni memang murah dengan senyuman betul la.
“ tak nampak awak pun kat kampus siang tadi.” Aku senyap je. Tak bagi apa-apa reaction.
“ Lisa, kenapa saya tak nampak awak pun kat kampus tadi?”
“ saja, ponteng.” Slumber je aku cakap macam ni kan kat lecturer.
“ ingatkan awak sakit ke apa.” Dia kerling aku. Memang aku tak sihat pun tadi. Tapi tadi la kan. Sekarang dah jumpa encik hakim, aku dah sihat wala’fiat dah. Kalau nak suruh aku merentas desa pun boleh ni.
“ kenapa encik cari saya ni? Ada hal apa?”
“ saja. Tiba-tiba rasa nak tengok muka awak pulak.” Jawapan dia ni memang betul-betul buat aku tak keruan la.
“ encik rindu saya eh?” aku bergurau untuk menghilangkan rasa nervous dalam hati aku ni.
“ rindu.” Dia jawab pendek. Hampeh betul. Bukannnya hilangkan nervous. Bertambah nervous ada la. Sampai sejuk habis tangan aku. Bukannya sejuk sebab kena  aircond. Tapi sejuk sebab nervous.
Aku sesekali mengerling ke arah encik hakim yang tenang memandu.
“ saya handsome eh?”
“ ha?”
“ saya handsome ke?”
“ apa punya soalan la encik ni.”
“ dari tadi awak asyik curi-curi pandang muka saya. Handsome sangat eh? Nah, pandangla puas-puas.” Dia mengalihkan mukanya kepada ku.
“ encik, pandang depan la. Kan tengah drive. Accident karang. Saya dah la belum kahwin lagi ni. Kalau ye pun nak mati, biar la saya kahwin dulu.” Aku dengan pantasnya menampar kuat tangan encik hakim. Mana taknya, terkejut aku bila dia pusing muka macam tu. Buatnya terlanggar kereta orang kat depan tu, nahas je.
“ dah bagi awak tengok, tak nak tengok pulak.” Dia sengih tayang gigi.
Tak lama kemudian, encik hakim memberhentikan keretanya dekat pantai berdekatan dengan tapak eye on malaysia. Apa nama pantai ni, aku pun tak tahu. Aku ni, walaupun dah dua tahun duduk kat melaka, tapi memang aku tak pernah nak ambik tahu nama-nama tempat ni. Buang masa je aku nak hafal. Formula add math pun aku tak hafal, inikan pulak nama tempat. Bukan masuk exam pun.
Ramai betul orang melepak dekat pantai ni. Tambah-tambah lagi budak-budak muda yang suka menghabiskan masa melepak. Macam aku ni orang tua la pulak.
“ jom, turun.”
“ ha, turun?”
“ ye la.”
“ taknak la.”
“ la, kenapa?”
Aku tengok pakaian yang aku pakai. Seluar track, t-shirt lengan panjang, tudung express, selipar jepun. Selekeh gila. Aku ni jenis yang agak menjaga penampilan. Aku tak suka selekeh-selekeh dekat public.
“ awak dah cukup cantik lisa. You don’t have to worry about that.” Encik hakim ni macam dapat baca je fikiran aku.
“ tapi saya tak biasa la encik.” Betul, aku memang tak biasa selekeh macam ni. macam mana la tadi aku boleh pakai macam ni je. Huu.
“ tak pakai cantik-cantik, doesn’t mean that you are not beautiful.”
“ dah-dah, jom.” Dia turun dari kereta dan buka kan pintu untuk aku. Tapi aku tetap berdegil taknak keluar. Tapi bila dia dah pegang lengan aku, aku pun terpaksa la keluar. Malu sebab ramai orang tengok. Huhu, benci!

thanks for reading! :D

sorry..


to readers, sorry for being silent for a long time. i'll be writing again. thanks for your support. much love.

thanks for reading! :D