Thursday, 20 October 2011

betul ke cinta? 15

BAB 15

Finally, sampai jugak aku ke PD. elok sampai je kat teluk kemang tu, benda first yang aku buat adalah pergi main air dengan mia. Padahal budak-budak lain busy pasang khemah and sediakan barang-barang untuk bbq. Time kitorang sampai tu, dah lewat petang and kitorang memang dah plan nak bermalam kat situ. Tapi kalau tidur chalet ke, resort ke, macam tak best la kan. Baik tidur kat rumah je.
“ hoi makcik -makcik, tak reti-reti nak datang tolong ke?” faiz dah bercekak pinggang kat kitorang. Dengan perut dia yang boroi tu, macam warden asrama dah lagaknya.
“hahahha. Faiz, boroi nya perut kau. Kau cekak pinggang macam tu, lagi nampak clear yang perut kau tu boroi tau.” Mia ni tak boleh blah betul la. Ada ke patut dia cakap macam tu.
“ kurang asam kau mia. Tunggu kau.” Lalu bermula lah aksi kejar mengejar antara faiz dengan mia.
“ fiq, bila boleh start bbq ni.” Aku menghampiri syafiq yang sedang menghidupkan api.
“ tunggu bara banyak sikit. Lagi 5 ke 10 minit, dah boleh start bakar dah ni.” dalam banyak-banyak lelaki dalam kelas, aku memang rapat dengan syafiq.
*************************
“jom main game nak?” mia mengusulkan cadangan masa kitorang tengah sedap melantak.
“ game apa?” sampuk wan.
“ truth or dare?” zana pulak bagi cadangan.
“ okey jugak tu.” Mia yang merupakan mastermind bersetuju.
Kitorang pun apa lagi, terus la buat bulatan and start main game ni. wan pusing botol pepsi yang dah kosong dan orang yang first kena ialah wawa. Dia pilih dare. Budak-budak ni suruh dia pergi cakap i love you dan mintak nombor telefon dekat abang boroi sebelah site kitorang.
Orang yang second kena, faiz. Dia pun pilih dare. Dah tu diorang suruh dia break dance sambil bukak baju. Memang kelakar gila. Nampak habis lemak-lemak kat badan dia.
Lepas tu, boleh pulak turn aku yang kena. Aku pilih truth.
“ kenapa kau macam tak suka aku?” fikri tanya aku tiba-tiba. Game kitorang yang memang fun gila tadi, tiba-tiba je bertukar senyap dengan soalan serius dari fikri.
“ ini personal matter. Bukan kat sini kita nak bercakap pasal ni.” aku jawab keras.
“ kenapa kau tak suka aku lisa?” fikri tanya lagi.
“ kau tak faham ke apa aku cakap tadi?” aku balas kasar.
“ dah, dah. Enough. Fikri, lisa, sudah. Kita datang sini nak have fun together. Bukan nak bergaduh.” Nasib baik shafiq campur tangan. Kalau tak, memang boleh bawak gaduh tadi. Tapi lepas tu, aku memang dah tak de mood nak berseronok lagi. Spoiler betul la fikri ni.
**************************
“ lisa, kenapa fikri tu macam tu eh? Terkejut aku bila dia tanya kau macam tu tadi. Tapi nasib baik fiq cepat kan lisa. Kalau tak, boleh jadi tragedi berdarah tadi tu.” Mia mula buat mukadimah untuk bergosip.
“ amende la kau merepek ni. tragedi berdarah bagai.”
“ betul la. Kalau fiq tak masuk campur tadi, aku rasa, memang teruk la fikri tu kena balik tadi. Macam aku tak tau je baran kau tu macam mana.” Ye, aku memang jenis yang baran pun.
“ ala, dah la. Malas la aku nak fikir. Tidur la jom.”
“ tapi kan lisa, sakit hati betul aku dekat dia. Ada ke patut dia buat kau macam tu.”
“ biar aku sorang dah la sakit hati dengan dia. Kau tak payahla. Dah la mia. Banyak pulak kau ni bercakap. Jom la tidur.” Aku pun terus peluk mia sebab sejuk sangat. Ye la, pukul 4 pagi kot. Tepi pantai pulak tu. Dia punya sejuk tu memang sampai tak boleh nak describe la macam mana.
*****************************
‘ lisa, petang ni ikut saya balik KL’. Celik je mata pagi tu, aku terus dapat mesej macam ni daripada encik hakim.
Biar betul? Aku ni mimpi ke apa? Takkan la asyik dok ingat encik hakim sampai mimpi dia ajak aku balik KL kot? Aku tengok lagi sekali screen handphone aku. Betul, ada mesej dari encik hakim. Pukul 5.30 pagi dia mesej. Biar betul orang tua ni. pukul 5.30 pagi dah mesej orang. Dia bangun buat qiamullail ke apa. Kalau dia buat qiamullail, bagus la. Memang boleh jadi calon suami. Yang tak bagusnya, aku ni ha. Pukul 6.45 pagi pun tak solat subuh lagi.
“ hoi mia, bangun la. Dah pukul berapa ni. bangun solat subuh.” Entah kenapa hari ni aku yang kejut mia. May be sebab berubah tempat tidur kot, maka perangai aku pun berubah. Kalau tak, memang memanjang je mia yang kejut aku. Sampai dah 10 minit dia bagi syarahan kat aku, baru aku bangun.
“ mia, bangun la.” Aku piat telinga mia.
“ aku tak boleh solat la.” Ujar mia dengan suaranya yang ala-ala ella tu. Ceh, ella la sangat.
“ ea? Tak tau pun.” Mia pun sambung balik tidur dan aku pun bukak zip khemah sebab nak keluar pergi solat. Mak ai, sejuk gila kot bila kena angin laut pagi-pagi macam ni.
“ hoi, bangun-bangun!” aku jerit dekat setiap khemah rakan-rakanku yang lain.
*************************************
Alhamdulillah, selamat jugak aku sampai ke hostel. Tengah drive tadi memang penat plus mengantuk gila. Buatnya aku terlelap masa drive tadi, mati sia-sia je. Dah la pahala pun tak berapa nak cukup lagi ni. memang best gila lah main air tadi. Berendam dekat pantai dari pagi sampai tengah hari. Naik banana boat pun sampai lapan kali. Memang terbongkang tidur la lepas ni.
Elok lepas aku sudah mandi, Maroon Five pulak sibuk nak nyanyi lagu moves like jagger. Hisy, time ni la sibuk nak nyanyi pun.
“ hello.” Aku cakap lembut je sebab encik hakim yang call. Padahal dalam hati memang dah menyirap gila sebab kacau aku time aku tengah penat macam ni.
“ lisa, nanti pukul 6.30 saya jemput awak eh?”
“ ha? Jemput? Nak pergi mana?”huu, dah la aku baru je sampai. Sekarang pun dah nak dekat pukul 5.
“ tak dapat sms saya ke?”
“ encik ajak betul-betul ke?” memang soalan bodoh. Encik hakim tu, kalau dia cakap apa-apa memang semuanya betul-betul belaka. Tak pernah ada tipu-tipu. Tapi aku tak expect la pulak dia memang nak aku ikut dia balik KL. Lagi pun, aku memang je sms dia tadi.
“ tak. Tipu-tipu je.”
“ fuhh, lega. Ingatkan betul-betul tadi.”
“ betul-betul la. Kenapa? Awak tak nak ikut saya balik KL ke?”
“nak buat apa balik KL? Nanti kalau saya nak balik rumah saya, saya balik je la sendiri. Buat apa saya nak balik dengan encik. Before ni, boleh je saya drive sendiri.”
“ bukan balik rumah awak.”
“ dah tu?”
“ pergi rumah saya.”
“ buat apa?”
“ hari ni kan birthday adik saya.”
“ dah tu?” birthday adik dia. Bukan adik aku pun. Adik dia pun aku tak kenal. Setakat jumpa sekali dulu. Aku ni bukannya kisah sangat pasal orang-orang yang tak berkaitan dengan aku ni.
“ nak ajak awak pergi sekali la.”
“ buat apa? Saya bukan kenal dia pun.”
“ sebab tak kenal la, nak kenal-kenalkan.”
“ tak nak la.”
“ please lisa.” Aduh, hati aku yang keras macam batu tadi terus cair bila encik hakim merayu macam tu. Bukan main lembut lagi suara dia.
“ hmm, okay lah.”
******************************
“ kenapa burn sangat muka ni? awak pergi main panas kat mana?”
“ teruk ke?” aku tanya risau.
“ tak de la sangat. Tapi nampak la muka awak tu sunburn.”
“ ala, dah tu, macam mana ni? encik, tak nak la pergi rumah encik. Nak pergi spa la buat facial treatment.”
“ eh, awak ni. ada pulak macam tu.”
“ ye la, muka dah teruk macam ni. siapa suruh encik tegur. Lain kali diam sudah la.”
“ kita pergi rumah saya dulu. Nanti-nati baru pergi spa, okay?” tapi aku dah tarik muncung lapan belas sebab dok memikirkan kulit muka ku yang dah macam apa ni.

thanks for reading! :D

No comments:

Post a Comment