BAB 16
terkejut beruk aku bila sampai rumah encik hakim, punya la
ramai orang. Dah tu, yang perempuannya, semua pakai baju kurung dan seangkatan
dengannya pulak tu. Yang lelaki tu, tak kisah la. Pakai apa pun tak apa. Aku
pulak, pakai skinny jeans, kemeja yang
loose sikit je dengan shawl ala-ala hana tajima selalu pakai tu. Memang nampak
sangat la kan aku seorang je yang lain dekat situ. Yang menghairankannya,
kenapa la diorang semua pakai pakaian kebangsaan pulak ni. Bukan birthday party
ke? Ke tema birthday party ni pakaian kebangsaan?
Masa kitorang sampai, dah nak
dekat pukul 8. Macam ribut jugak la encik hakim drive tadi. Lepas je solat
maghrib, semua tetamu tadi berkumpul kat ruang tamu. Rupa-rupanya, ada bacaan
doa kesyukuran. Wahh, malunya. Rasa macam aku ni apa je kat sini. Dah la pakai
seluar ketat-ketat macam ni. hwaa. Encik hakim ni memang nak kena tau. Kenapa
la tak cakap birthday adik dia buat kenduri kesyukuran. Aku ingatkan ada
birthday party macam orang lain selalu buat tu. Malu, malu, malu! Rasa macam
semua orang kat sini pandang aku lain macam je. Mana aku nak letak muka ni. dah
la duduk sorang-sorang je dekat tepi tangga ni dari tadi. Encik hakim pulak
langsung dah tak nampak muka. Nasib baik la adik encik hakim yang bongsu tu
macam baik je dengan aku. Dok senyum-senyum je dari tadi. Tapi sebab dia dengan
kawan-kawan dia, aku pun malas la nak join diorang. Aku memang tak pandai nak
berkawan dengan orang! Huu.
Lepas habis bacaan doa
kesyukuran, dah boleh start makan. Time ni, aku memang salute la dengan family
diorang ni. sebab siap jemput anak yatim lagi and then, siap bagi hamper lagi
dekat anak-anak yatim tu. Ada la dekat 50 orang jugak anak-anak yatim yang
dijemput. Bagus betul la diorang ni. ingat jugak nak bersedekah dekat orang-orang
yang memerlukan.
“ lisa, tak makan ke?” emak encik
hakim tanya aku ramah. Tapi aku perasan jugak la yang mata dia pandang aku atas
bawah. Mesti dia rasa aku ni tak senonoh. Pakai macam ni je pergi kenduri
kesyukuran.
“ kejap lagi la makcik. Ramai
lagi orang tu.” Aku pun bangun salam dengan dia. Tadi tak sempat nak salam
sebab dia busy je layan tetamu dia.
“ la, pergi la makan. Karang
habis pulak. Ni ha hakim, temankan lisa ni makan.” Emak encik hakim panggil
encik hakim yang kebetulan lalu kat situ.
“ tak makan lagi ke?” aku rasa
nak tumbuk je mamat ni bila dia tanya soalan bodoh macam tu. Kalau rumah ni
rumah aku, memang pandai la aku nak cari makanan sendiri. ni seorang pun aku
tak kenal. Yang aku betul-betul kenal, encik hakim, mak dia dan ayah dia. Adik-adik
dia yang tiga orang tu, setakat aku tau nama and kenal muka je la. tapi diorang
semua memang busy la nak melayan tetamu kan. Takkan la nak menempek dengan aku
pulak.
“ belum.” Jawab aku pendek.
“ jom la.”
Masa kitorang tengah makan,
tiba-tiba adik encik hakim yang bongsu and the gang datang duduk dekat
kitorang. Takut jugak aku tengok diorang ni datang ramai-ramai. Macam nak cari
gaduh dengan aku je.
“ kak lisa, kak lisa ni model
ke?” terkebil-kebil aku dengar soalan adik dia yang bernama hana tu.
“ yang ni kak lisa kan?” dia
tanya lagi sambil tunjuk gambar di dalam majalah. Memang gambar aku la yang dia
tunjuk tu. Masa tu aku photoshoot untuk fashion muslimah.
“ hmm. Ye la kot.” Aku tak tahu
nak jawab apa.
“ tu la aku cakap. Ni la akak
yang aku selalu tengok dekat blog tu.” Kawan si hana tu dah bising-bising dekat
geng dia.
“ akak, akak ni cantik la. macam
anak patung. saya suka tengok muka akak. Saya selalu bukak blog-blog yang ada
muka akak.” Seorang lagi kawan hana cakap kat aku. Bukan main excited lagi dia.
“ oh, ye ke? Thanks.” Merah muka
aku layan diorang ni. malu! Aku sampai dah tak tahu nak cakap apa lagi dah.
“ akak, nak ambik gambar boleh?”
“ hah? Nak buat apa?”
“ saja. Nak tunjuk kat
kawan-kawan. Kitorang memang suka tengok akak. Kitorang selalu tengok akak jadi
model dekat blog-blog yang jual pakaian ni. cantik gila akak. Tengok
depan-depan macam ni lagi nampak cantik.” Ya ALLAH. Budak ni kan. Panjang lebar
dia cakap. Dah la kuat. Orang-orang sekeliling semua dah pandang.
“ boleh akak eh?” dia tanya lagi
sambil disokong oleh kawan-kawan dia dan hana.
“ okay.”
Aku tiba-tiba rasa macam artis
pulak hari ni. punya la banyak gambar diorang ambik. Gambar beramai-ramai, and
then, gambar dengan setiap orang lagi. Gambar aku berdua dengan encik hakim pun
diorang ambik. Adoi, macam paparazzi pulak. Tak pernah lagi la before ni orang
luar tahu aku ni model. Siap nak ambik-ambik gambar lagi. Ceh, bajet model la
sangat kan. Part time model je pun.
“ hana, dah la. nanti-nanti boleh
jumpa lagi kak lisa ni. bagi la chance abang nak dating dengan kak lisa kejap.”
Mesti encik hakim pun dah rasa rimas dengan adik dia and the gang, sebab tu dia
cakap macam tu.
“ ala, abang bila-bila pun boleh
dating.” Hana dah tarik muncung empat belas.
“ hana..” suara encik hakim dah
mula serius.
“ okay.” Hana pun terus ajak
kawan-kawan blah dari situ.
“ saya tak tahu pun awak model.”
Encik hakim tanya sambil pandang tepat ke mata aku.
“ ala, model part time je pun.
Bukannya super model.”
“ tak bagi tau pun.”
“ kena bagi tau ke?”
“ yes. Lepas ni, semua benda awak
kena bagi tau.” Bukan main lagi serius lagi dia. Takut aku.
“untuk apa?”
“ saya nak tahu semua pasal
awak.” Apahal pulak dia ni. sawan ke apa.
****************************
“ lisa tak nak tidur sini ke?”
“ tak pe la makcik. Lagi pun,
lisa dah janji dengan ayah nak balik. Lain kali je la eh.” Aku terpaksa tipu
sunat. Ayah pun tak tau aku nak balik. Tak nak la aku tidur rumah diorang.
Awkward gila kot.
“ ala akak, tidur la sini. Banyak
yang hana nak borak dengan akak.” Hana dah merayu-rayu sambil pegang tangan
aku.
“ betul tu lisa. Tidur je la kat
sini.” Mimi, si birthday girl pulak menyokong.
“ esok je la lisa balik. Ni pun
dah lewat dah ni.” farah, adik encik hakim yang seorang lagi menyampuk. Umur
farah dengan mimi lebih tua dari aku. Farah tu umur dia 26 tahun, mimi 23
tahun, hana 19 tahun, aku pulak sweet 21. Hehe. Encik hakim tu aku tak tau.
Tapi aku rasa, mesti dia dah tua.
“ lain kali kot. Hari ni tak
boleh la. mesti ayah lisa tengah tunggu tu. Kesian pulak kat dia.” Aku bagi
isyarat mata dekat encik hakim mintak pertolongan dari dia. Aku memang tak nak
tidur sini. Dah la tak biasa dengan diorang.
“ jom la lisa. Saya hantar awak
balik.” Fuhh, nasib baik encik hakim faham.
“ ala,abang ni. hana nak kak lisa
tidur sini.” hana membentak-bentak. Takut la aku dengan adik bongsu dia ni.
mesra semacam je dengan aku.
*************************
“ encik..”
“ i’ve told you..”
“ what?” tiba-tiba je dia cakap
i’ve told you. Hairan aku.
“ jangan panggil encik.”
“ dah saya nak panggil encik,
biarla.” Tak ada sebab untuk aku tak panggil dia encik.
“ encik, kenapa hana tu macam nak
dekat saya?”
“ what do you mean by that?”
“ tak la. dia macam nak
rapat-rapat dengan saya. Ala, macam mana eh. tak reti la nak cakap. Tak kan encik
tak faham kot.”
“ala. Biasa la tu. Dia suka dekat
awak la tu.”
“ kenapa dia nak suka pulak?”
“ dia tu suka sangat nak
berfashion. Tapi dia tak reti. Bila dia jumpa awak yang cantik jelita ni,
fashionista pulak tu, mestila dia suka.”
“oo, macam tu eh?”
“ dah lama ke modelling?”
“ tak lama pun. Baru setahun
lebih. Suka-suka je. Isi masa lapang. Bukannya serius pun.”
“ banyak ke masa lapang awak?”
“ banyak la. kawan-kawan saya
asyik pergi dating je, saya bosan tinggal sorang-sorang. Baik saya buat
modelling, duit pun dapat.”
“ awak nak dating macam kawan
awak jugak ke?”
“ dating dengan siapa? Boyfriend
pun tak de.”
“ tak pe, lepas ni kita dating.”
Encik hakim ni kan, suka keluarkan ayat yang membuatkan aku terkedu. Tapi dalam
hati aku ni, memang happy gila la. rasa macam dia pun ada hati aku jugak. Hee.
Kalau dia nak kat aku, sejuta kali aku nak. Dah la handsome, badan tough. Suka,
suka!
No comments:
Post a Comment