Friday, 5 August 2011

betul ke cinta? 10 (edited)

BAB 10
“ kau memang kena story kat aku. kau ada skandal dengan Encik Hakim kan? Baik kau mengaku Lisa.” Terjah Mia bila aku buka pintu bilik.
“ kau ni kan, aku belum lagi masuk bilik. Kalau ye pun, biar la aku masuk dulu.”
“ Lisa, kau ada skandal dengan dia ke?” Mia dah tarik tangan aku ke katil.
“ tak de lah. Kau ni kan, pandai-pandai je tau. Nak geng dengan si Zana tu ke?” aku tolak Mia geram.
“ ala Lisa, aku tau. Mesti korang ada apa-apa kan? Story la dengan aku.”
“ aku cakap tak de, tak de lah. Aku memang bengang gila dengan kau ni. kenapa kau tinggal aku tadi? Kau memang nak kena kan.” Aku cubit-cubit pinggang Mia. Geram betul.
“ wei, sakitla.”
“ padan muka kau. Hati aku lagi sakit kau tau tak?”
“ hati kau nak sakit apa nya. Dapat keluar dengan orang handsome. Patutnya happy la.”
“ ish, geram la aku dengan kau ni. aku tak puas hati lagi ni sebab kau tinggal aku tadi.” Aku cubit lagi tangan Mia. Biar lebam, baru puas hati.
“ wei, sudahla! Sakit tau.”
“ kenapa kau tinggal aku? mana kau punya cousin yang datang siang tadi tu?” Mia sengih je bila aku masih lagi tak puas hati.
“ hee. Dah Encik Hakim tu berharap sangat aku tengok. Lagi pun, tak salah kan? Aku just merapatkan lagi hubungan silaturrahim korang berdua. Hee.”
“ merapatkan silaturrahim tengkorak kau.” Hisy, memang aku rasa macam nak sekeh je Mia ni. nasib baik anak orang.
“ tapi apa hal dia macam beria je nak temankan kau eh? Dia syok kat kau kot.” Mia sengaja menambahkan panas di hati aku.
“ korang pergi mana lagi tadi? Lama betul pergi ambik kereta.” Mia tanya lagi.
“ dia suruh aku belanja dia tengok wayang sebab tolong aku tadi.”
“ see, kan aku dah cakap. Dia memang syok kat kau la tu. saja je guna alasan nk suruh kau belanja. Padahal sebab dia nak spend time dengan kau.”
“ tak de nye lah dia nak syok kat aku. dia bosan la tu. tu la, tua-tua tak kahwin lagi. Kalau dah kahwin boleh balik peluk bini kat rumah.” Aku lantas mencapai tuala di hujung katil dan berlalu meninggalkan Mia terkulat-kulat di situ.
******************************************************************************
Ish, degil betul la mata aku ni. Dah macam-macam gaya dah aku buat atas katil ni. Kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya katak nak beranak pun dah buat dah, tapi tak nak jugak mata ni lelap. Mengantuk oi. Jam dah pukul 4 pagi dah ni. kalau macam ni la gayanya, memang ponteng la aku esok.
Nak berangan kahwin dengan anak raja la, kot-kot cepat sikit tido. Anak raja mana aku nak berangan ni eh? Anak raja Gopal ke anak raja Kapoor?
Mata Encik Hakim tu betul-betul memikat aku lah. Mata yang kuyu dan renungan yang tajam. Kalau pandang mata dia je, rasa tak tentu arah. Boleh jatuh cinta terus kalau tengok mata dia lama-lama. Bak kata pepatah la kan, dari mata turun ke hati. Memang betul sangat dah ni.
Cop! Encik Hakim tu kan tak termasuk dalam mana-mana list anak raja pun. Macam mana boleh teringatkan dia pulak ni? Tapikan, senyuman dia memang boleh buat aku cair betul lah. Cukup manis dan menawan.Kenapa la dia lecturer aku. Kalau dia bukan lecturer aku, kan dah boleh kahwin. Hihi, dah melalut sampai kahwin la pulak. Dah, dah tido!
****************************************************************************
“ assalamua’laikum Lisa.”
“ waa’laikumussalam kak nas. Kenapa kak? Nak panggil lisa pergi photoshoot ke?” sengaja aku menduga.
“macam mana tau ni?”
“ lisa kan ahli nujum. Mestila lisa tau.”
“ main-main pulak. Cepuk kang.”
“ jangan la marah kak. Kang cepat tua.”
“ ni lisa, lisa free tak weekend ni?”
“ weekend ni? lusa la eh? Ke tulat?”
“ amboi, lusa, tulat, tulin semua keluar. Sabtu ni. free tak?”
“ setakat ni free la. ada apa kak? Ada stok baju baru ke?”
“ eh, bukan untuk akak. Ni ada kawan akak ni ha. Photographer. Dia nak buat open photoshoot dekat Bandar Hilir. Lisa nak tak?” open photoshoot? Best jugak ni. tak pernah lagi aku pergi open photoshoot before ni. alang-alang dah ada offer ni, sapu je la.
“nak la akak. Macam best je. tak de experience lagi pergi open photoshoot.”
“ kira jadi la ni eh. Jangan cancel last minute tau.”
“ akak ni, pernah pulak kan lisa cancel kalau dah janji. Ni lisa dah siap mark dekat kalendar dah pun.” Saja je aku nak over. Padahal, kalendar pun tak de.
“ amboi, semangat betul kau dik.”
“hee.”
*****************************************
“ hai, boleh join?”
Ya ALLAH. Kenapa la mamat ni lagi?
“ assalamua’laikum.” Aku memulangkan paku buah keras kepada nya. Ingat lagi insiden aku buat-buat baik dengan dia dulu. Macam ni la aku kena. Sekarang ni, biar aku kenakan dia balik.
“ boleh join?” adoi, nak join plak dah. Aku dah la tengah nak makan paha ayam ni. kang nampak sangat pulak aku ni gelojoh.
“ kalau tak malu join la.” boleh pulak aku cakap macam tu kat lecturer kan. Hisy, teruk betul.
“ you tak de kelas ke? kenapa sorang je? mana mia?” banyak tanya la pulak encik hakim ni kan.
“ saja. Nak privacy.” Privacy la konon. Padahal Mia elok je tercongok dalam kelas Encik Ismail. Oleh kerana suara encik ismail adalah sangat slow dan aku merasa sangat bosan, maka aku pun terpaksa la keluar. Terpaksa tau. Bukan saja-saja. Lagi-lagi perut aku ni dah menyanyi lagu rock dah.
“ i kacau u la ni.” encik hakim pun mengangkat pinggan dan ingin bangun dari meja yang kami duduk.
tapi sebelum dia angkat punggung, aku terlebih dahulu menegah.
“ encik, saya pernah dengar la orang cakap, time makan, jangan tukar-tukar tempat. Nanti kahwin ramai.” Sengaja aku bagi ayat tu nak cover line. Padahal dalam hati dah rasa bersalah gila. Ada ke patut aku layan lecturer macam tu kan.
“ i nak kahwin dengan u je.” walaupun encik hakim cakap slow, tapi aku still boleh mendengar sebutir-sebutir apa yang dia cakap.
Pandai betul dah kan mamat ni bergurau. Kalau dalam kelas tu, serius je memanjang. Sampai student pun takut nak approach dia.
Tapi gurauan dia tu betul-betul meninggalkan kesan kat dalam hati aku. terus control ayu masa makan. Selalunya bukan main pelahap lagi. Sampaikan paha ayam favourite aku pun, aku makan ala kadar je. kalau tak, sampai tak de rupa tulang lagi dah aku kerjakan. Punya la control ayu kan.
“ temankan i cari birthday present this week.” Slamber je muka dia cakap dengan aku.
“ ha? Kenapa saya? Ajak la orang lain.” Pelik betul aku dia ni. asal cari birthday present je, ajak aku.
“ siapa lagi yang saya nak ajak?” eh, tanya aku pulak. Mana la aku tau.
“ encik ni tak de kawan ke? ajak la kawan encik. Buat apa nak ajak saya pulak.”
“ saja la. tak boleh ke? kawan i semua lelaki. I nak cari present untuk adik perempuan i, mestila kena ajak perempuan. Sebab tu la nak ajak u. jom la.”
“ tak nak la saya. Nanti kena jalan sampai tercabut urat kaki saya macam hari tu.” encik hakim tergelak bila aku cakap macam tu.
“ hahah, u ni kelakar la. janji tak jalan macam hari tu. jom la. kalau u temankan i, u nak apa semua i belikan. Janji.”
“ betul ni?” aku punya happy sampai tak tau nak cakap la macam mana. Kalau boleh menjerit guling-guling kat sini dah lama aku buat. Tapi nanti tak pasal-pasal orang cakap aku gila pulak. Tunggu la encik hakim. nanti aku nak bodek duit kau cukup-cukup.

 thanks for reading! :D

No comments:

Post a Comment