“ sayang, kan I dah cakap, tak payah la hantar bunga
hari-hari macam ni. kat bilik I ni, sampai dah takde ruang nak letak lagi dah.
Kat rumah lagi la. ibu pun dah asyik peril-perli I je.” zahlia membebel panjang
di hujung telefon.
“ tak salah kan I bagi bunga dekat orang yang I sayang?” suara
Ikmal pula bergema di hujung sebelah sana.
“ memangla tak salah. Tapi tiap-tiap hari u bagi. Tiap-tiap
hari lain-lain pulak tu. dah colourful dah bilik i.”
“ tak pe la sayang. Baru la u ingatkan i bila u tengok
bunga-bunga tu. u kan asyik busy dengan kerja aje. Bukannya ingat kat i pun.”
Ikmal bersuara lirih.
“ tengok tu. mula la nak bermelodrama. U tau, budak-budak
kat office ni cakap u romantik.”
“ i memang romantik apa. U je yang tak tau. Hee.”
“ dah mula lah tu nak ketawa macam lelaki tua gatal. Jangan
ketawa macam tu la. i tak suka.”
“ mana ada macam lelaki gatal. Macho je i ketawa. Kalau i
gatal sekali pun, dengan u je.”
“ ada. I yang dengar. I tau la.”
“ sayang, i rindu la. lunch sama jom nanti. Kejap lagi i
ambil u eh sayang.” Ikmal bersuara mengharap.
“ tak boleh la u. i ada lunch dengan client hari ni. next
time ye sayang.”
“ ye lah, dengan i semua tak boleh. Nak buat macam mana, i
ni tak penting.”
“ jangan la merajuk sayang. I memang tengah busy sekarang
ni. lagi pun, projek yang dekat Johor tu, i yang kena handle. Lepas settle
projek ni, I spend masa untuk u cukup-cukup eh.” Zahlia mula memujuk Ikmal
sebelum rajuknya berpanjangan.
“ ye la tu. dah banyak kali u cakap macam ni, tapi tak de
jugak. Sayang, next week jangan lupa...” belum sempat Ikmal menyambung
kata-kata, Zahlia terlebih dahulu memotong.
“ u, ada orang ketuk pintu bilik i la. zamri kot. Tadi dia
cakap nak discuss pasal projek dekat Johor tu. nanti i call u balik eh.”
“ hmm, ok.” Ikmal hanya mampu mengeluh dengan perangai
Zahlia yang sangat mementingkan kerja berbanding perkara lain.
“ masuk!”
“ Zahlia, nanti masuk bilik i ye. Bawak fail projek Mutiara
Damai tu sekali.”
“ la, bos! i ingatkan zamri tadi. Kenapa bos tak guna interkom
je?” zahlia pantas berdiri apabila mendapati Encik Taufik muncul di hadapan
pintu biliknya.
“ alang-alang i dah lalu depan bilik u ni, cakap je la
terus.”
“ sekarang ke bos nak tengok fail tu?”
“ nope, lagi setengah jap. I nak pergi jumpa daddy kejap.”
“ ok bos.”
“ macam kedai bunga dah bilik u ni.” Encik Taufik jungkit kening sebelum berlalu
meninggalkan Zahlia yang tersenyum malu.
“ fuh, nasib baik dia tak nampak aku curi tulang tadi.” Kata
zahlia sambil mengurut dada. Encik Taufik tu memang seorang bos yang baik. Tak
pernah nak marah-marah pekerja tak tentu pasal. Tapi sekali dia naik angin,
mahu bergegar office ni di buatnya.
******************************************************
“ yaya memang tak kesiankan ibu kan?” kedengaran seakan-akan
merajuk nada suara puan mariam.
“ kenapa pulak ni
ibu?” zahlia yang baring di riba ibunya mendongak memandang wajah ibunya.
“ ye la. hari-hari biarkan ibu tunggu yaya. Tiap-tiap hari
balik lambat. Yaya tak kesiankan ibu ke? Dah lama tau ibu tak makan sama-sama
dengan yaya.”
“ ala, sorry la ibu. Yaya memang busy sangat sekarang ni.”
zahlia lantas bingkas bangun dan memeluk leher ibunya. “ lagi pun, ayah kan
ada, yaya saja je nak bagi chance ibu manja-manja dengan ayah.”
“ orang lain pun kerja jugak. Tapi tak de pun busy macam
yaya. Yaya kerja kuat sangat pun, bukannya dapat jadi CEO dekat company tu
pun.”
“ ibu ni, memangla. Sape nak jadi CEO. Yaya just suka
bekerja. Rasa puas bila dapat tengok hasil daripada kerja yang yaya buat. Lagi
pun, yaya kerja ni untuk ibu jugak. Nanti duit yaya banyak, boleh bagi ibu
pergi shopping.”
“ tak ade maknanya shopping. Ibu nak kamu tu lekat kat
rumah, bukannya nak duit kamu.”
“ ye la ibu, nanti dah settle projek ni, yaya janji, yaya
tak kerja kuat lagi, okey.” Serasa Zahlia menghadiahkan ciuman di pipi ibunya.
“ ok la ibu, yaya nak naik dulu, masam dah ni.” zahlia
menghalakan ketiaknya ke hidung puan mariam dan kemudiannya berlari menaiki
tangga.
“ bertuah punya budak!”
*************************************
“ dapat jugak i dinner dengan u eh. Susah betul nak dapat
jumpa kekasih hati sendiri. Dah kalah menteri dah u punya busy ni.”
“ hee.” Zahlia hanya sengih sambil buat muka comel.
Ikmal yang baru berura-ura hendak merajuk, tidak jadi
merajuk bila melihatkan muka comel zahlia. Terpaku dia sebentar.
“ asal tenung i pulak ni. tadi bukan main lagi membebel.”
“ u tu cute sangat. Geram. Rasa macam nak kiss je.”
“ hisy u ni. tak malu betul.” Wajah zahlia mula bertukar
rona.
“ nak malu buat apa. Bukannya baru semalam kita kenal
sayang. Dah empat tahun dah.”
“ sayang, nak sikit air u. air i ni tak sedap la. manis
betul.” Zahlia lantas menolak gelas berisi jus tembikainya ke tepi. Lantas
gelas di tangan Ikmal bertukar tangan.
“ bila lah agaknya kita ni nak kahwin kan sayang. Tak sabar
nak ada family dengan u.” ikmal kenyit mata kepada Zahlia.
“ u nak ke kahwin dengan i?”
“ mestila i nak. Buat apa 4 tahun kita bericnta kalau i
taknak kahwin dengan u.” zahlia dan Ikmal bercinta sejak dari bangku universiti
lagi. Zahlia merupakan junior Ikmal.
“duit u dah cukup ke nak kahwin?”
“ duit i dah lama cukup tau. Kalau u nak, sekarang jugak
kita kahwin. Umur i pun bukannya muda lagi. Mama pun dah bising dah suruh i
kahwin.”
“ u memang la dah tua, tapi i ni muda lagi. Belum banyak
lagi benda yang i belum buat untuk diri i.” ikmal berumur 29 tahun, manakala
zahlia pula berumur 25 tahun.
“ sayang, kalau kita kahwin nanti, u still boleh buat apa
yang u nak kan? I takkan halang la.”
“ betul ni? janji u takkan halang?” zahlia menagih janji
dari ikmal.
“ selagi benda-benda yang u buat tu tak salah and tak
mencabar i sebagai suami u.” zahlia tersenyum kegirangan bila ikmal cakap macam
tu.
“ kiranya, kira u on la ni nak kahwin dengan i?” soal ikmal
tidak sabar.
“ i takde cakap pun. Nanti la u. i tak ready lagi la.” ikmal
yang gembira dari tadi mula mencuka mendengarkan jawapan zahlia.
*********************************************
“ zahlia, projek kita kat johor tu ada problem. Encik Taufik
nak kita turun site hari ni jugak.” Zamri yang tiba-tiba muncul di muka pintu
bilik zahlia kelihatan cemas.
“ hah? Problem apa zam? Macam mana boleh ada problem pulak
ni?” zahlia mula dibaluti perasaan kalut apabila mendengar perkataan problem
dari mulut Zamri.
“ tu nanti aku cerita. Sekarang ni, kau pergi balik kemas
baju. Maybe kita pergi sana empat atau lima hari.”
*********************************************
Zahlia mengangkat handphonenya yang menjerit-jerit lagu Like
A G6.
“ sayang, u dah siap?”
“ hah? Siap?”
“ la, kan i dah bagi tau i nak bawak u pergi dating malam
ni. lupa la tu. pergi siap cepat. Pakai cantik-cantik tau. And jangan lupa
wangi-wangi. I dah on the way pergi rumah u dah ni.” kedengaran suara ikmal
begitu ceria.
“ sayang, sorry. I betul-betul tak boleh keluar dengan u. i
on the way pergi johor ni dengan zam. Projek yang kitorang handle tu ada
problem. Sorry sayang.”
“ kenapa sekarang baru bagi tau i?” suara ikmal bertukar
nada.
“ i betul-betul lupa. Sorry sayang. U faham kan?” zahlia
mengharapkan pengertian dari Ikmal.
“ ye lah. U mana pernah ingatkan i.”
“ u jangan la marah. I bukannya sengaja nak cancel dating
kita tu.”
“ i tak marah sebab terpaksa cancel dating. Tapi i kecewa
sebab u tak pernah ingatkan i walaupun sesaat. Tak pe la sayang, i tau i tak
penting. Okay lah, take care.” Ikmal kemudiannya mematikan talian. Zahlia hanya
mampu mengeluh.
Tidak lama kemudian, satu SMS masuk ke handphone zahlia.
‘ sayang, hari ni genap empat tahun hubungan kita. I
betul-betul berharap dapat spend time dengan u hari ni. tapi tak pe lah. I
sentiasa sayangkan u. i hope u pun sayangkan i seperti mana i sayangkan u.’
Terharu zahlia apabila membaca SMS yang dihantar Ikmal. Rasa
bersalah menguasai diri. Lantas zahlia menekan keypad handphone untuk membalas
SMS ikmal.
‘ i love u too. I’m really sorry’
***************************************
Hubungan di antara zahlia dan ikmal mula berjalan seperti
biasa selepas kejadian tersebut. Ikmal tidak lagi merajuk dengan zahlia. Ini
kerana, selepas sahaja pulang dari johor, zahlia terus mengajak ikmal pergi ke
genting highland dan menghabiskan masa sehari suntuk berseronok di sana. Ikmal
pulak, pantang zahlia pujuk sikit, mula la cair. Perasaan cintanya terhadap
zahlia terlalu dalam.
“ lepas ni i dah tak busy macam dulu la. projek dekat johor
tu dah settle.”
“ really? Boleh la kita dating selalu.” Ikmal menggenggam
jari-jemari Zahlia yang duduk di sisinya. Zahlia pula hanya tersenyum bahagia.
“ sayang, tutup mata sekejap.” Ikmal mengarah kekasih
hatinya.
“ kenapa?”
“ dah i suruh tutup tu, tutup je la.”
“ ye la, ye la. u nak bagi hadiah eh?” zahlia menuruti
kehendak ikmal. Ikmal pula, begitu asyik memandang wajah zahlia yang
dirasakannya begitu cantik. Hidungnya mancung, kulitnya putih bersih, bibirnya
munggil.
“ u, dh ke belum?”
“ u, kenapa lama sangat ni?” tingkah zahlia lagi apabila
ikmal tidak memberi respon.
Zahlia kemudiannya membuka mata.
“Mana hadiah i? i ingatkan u nak bagi hadiah.”
“ u cantik. Tak sabar betul la i nak kahwin dengan u. nak
cium-cium pipi u ni.” kata ikmal sambil mencubit-cubit pipi zahlia.
“ u ni kan, mengada!” giliran zahlia pula mencubit pinggang
ikmal.
*******************************************************
Terkejut zahlia apabila sebaik sahaja pulang dari kerja, dia
mendapati ada tetamu di rumahnya. Tetamu tersebut pula sangatla dia kenal.
Parents ikmal. Si ikmal pun ada sekali. Elok je dia tayang gigi kat zahlia
apabila zahlia masuk ke dalam rumah.
Zahlia dengan penuh hormat menyalami kedua ibu bapa ikmal.
Ikmal tak payah salam. Buang karan aje.
“ makcik, pakcik, kenapa tak cakap nak datang?” zahlia
bersuara ramah.
“ ikmal saja tak nak bagi tau. Nak bagi zahlia surprise
katanya.” Mama ikmal menjawab sambil tersenyum lebar.
“ ada apa ni sampai nak buat surprise ni?”
“ ada la.” ikmal pula mencelah.
“ makcik, pakcik, saya naik atas dulu eh.” Zahlia meminta
diri. Malu pula dirasakan untuk duduk bersama mereka semua. Dengan badannya yang
terasa melekit. Baru balik kerja la katakan.
“ duduk dulu yaya. Ada hal sikit yang hendak kami bincankan
dengan zahlia.” Encik harun, ayah zahlia pula bersuara dan menghentikan langkah
zahlia.
“ ada apa ni ayah?”
“ duduk dulu.” Ibu zahlia pula bersuara.
“ macam ni la zahlia. Kami datang ni, sebenarnya ada hajat.
kami datang ni nak merisik zahlia. Kami semua dah berbincang tadi. Kalau zahlia
setuju, minggu depan kita buat majlis pertunangan. Nikah dalam masa satu tahun
dari sekarang. Itu pun kalau zahlia setuju la.” papa ikmal memulakan kata.
“ lagi pun, kamu berdua ni dah berkawan lama kan. Dah empat
tahun dah. Tak elok berkawan lama-lama ni yaya.” Ayah zahlia pula mencelah.
“ lagi pun, kamu berdu ni nak tunggu apa lagi. Kerja pun
sudah. Duit pun dah cukup. Kahwin aje la ye. Lagi pun, benda baik macam ni,
elok dicepatkan.” Giliran ibu zahlia pula menyambung.
“ zahlia rasa macam mana? Setuju tak?” pertanyaan mama ikmal
membuatkan zahlia tersentak. Macam-macam perkara bermain di fikirannya
sekarang. Dipandangnya muka ikmal yang duduk bertentangan dengannya. Ikmal
tersenyum bahagia.
“ yaya? Macam mana? Setuju tak?”
“ yaya bincang dengan ikmal dulu boleh?” pertanyaan zahlia
dibalas dengan anggukan oleh semua yang berada di situ.
Lantas, ikmal mengikut zahlia yang menarik tangannya ke luar
rumah.
“ u tak suka ke?” ikmal bertanya zahlia apabila melihatkan
reaksi zahlia yang nampak terkejut.
“ u tak nak kahwin dengan i?” soal ikmal lagi.
“ nak, tapi..”
“tapi apa sayang?” ikmal mengelus-ngelus pipi zahlia dan
mendongakkan wajah zahlia agar memandang wajahnya.
“ tadi i dapat offer ganti tempat encik zul dekat mumbai.
Encik zul kena balik malaysia. Ayah dia sakit. Tak de siapa yang ketuai projek
dekat sana sekarang.” Tutur zahlia lemah.
“ tak pe, u boleh tolak kan?” suara ikmal betul-betul
mengharap.
“ i dah accept pun offer tu.” zahlia menggenggam tangan
ikmal erat.
“ tak pe la, kalau u pergi sana pun, kita still boleh kahwin
kan. Next week kita bertunang, and then dalam masa setahun, kita kahwin. Kalau
u dah balik sini cepat, lagi cepat la kita kahwin. Okey, sayang?” ada getaran
pada suara ikmal. Namun dia masih mengharap agar zahlia bersetuju untuk
berkahwin dengannya.
“ i pergi 3 tahun. Projek tu baru di peringkat permulaan. U
faham kan?” mendengarkan kata-kata dari zahlia, ikmal terus menarik tangannya
dari genggaman zahlia dan masuk ke dalam rumah.
“ mama, papa, jom kita balik.”
“ kenapa ni ikmal?” tanya ibu zahlia. Namun ikmal hanya
terdiam tanpa kata.
“yaya? Kenapa ni?”
***************************************************
“ ibu, yaya rindukan ibu.” Zahlia menangis bagaikan anak
kecil apabila mendengar suara ibunya di hujung telefon.
“ ibu pun rindukan yaya. Yaya taknak balik ke?”
“ busy la ibu. Banyak yang yaya kena buat kat sini.”
“ye lah. Kamu ni, kerja je yang penting. Kerja tu kerja
jugak. Makan minum jangan lupa. Sembahyang jangan tinggal.” Bebel ibunya sambil
berlinangan air mata.
“ kalau yaya ada masa, yaya balik la ye nak. Ibu rindu
sangat kat yaya ni.” maka, mulalah air mata mengalir laju dari kedua-dua beranak
itu. Almaklumla, zahlia merupakan anak tunggal dan tidak pernah berpisah lama
dari keluarganya sejak kecil.
Sudah enam bulan zahlia berada di mumbai. Serba-serbi
dirasakannya tidak kena. Suasana di mumbai dan di malaysia sangat lain. Amat
sukar baginya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Sudah la dia jenis
yang memilih makanan. Tetapi, yang paling penting, dia amat rindukan malaysia.
Rindukan familynya. Yang paling zahlia pendamkan di dalam hati adalah, dia
merindui ikmal.
Semenjak kejadian di rumah zahlia tempoh hari, ikmal tidak
lagi menghubungi zahlia. SMS zahlia tidak dibalas, call zahlia tidak diangkat.
Remuk benar hatinya barangkali. Dan pada hari zahlia berangkat ke mumbai,
kelibat ikmal langsung tidak kelihatan di KLIA. Sungguh zahlia terasa, namun
dia sedar, semua itu berpunca dari dirinya sendiri.
Termasuk malam ini, ini kali ketiga wajah ikmal hadir di
dalam mimpinya. Sungguh zahlia rindu pada ikmal. Jejaka yang berkulit sawo
matang itu terlalu istimewa tempatnya di dalam hati zahlia. Dia terlalu sabar
melayani kerenah zahlia selama ini. Segala kemahuan zahlia dituruti. Sungguh
zahlia terlalu rindu terhadap ikmal.
“sayang, i rindu u.” Air mata mula bergenang di kedua belah
matanya. Rindunya pada ikmal terlalu kuat pada saat ini. zahlia bertekad, dia
akan pulang ke malaysia esok. Dia akan menyelesaikan segala urusannya dengan
ikmal apabila tiba di malaysia nanti.
**************************************
“ kerja senang macam ni pun boleh salah ke? i nak u buat
semula document ni, and bagi dekat i petang ni jugak!” ikmal menjerkah
pekerjanya dan mencampakkan file ke atas meja. Seketika kemudian, keluar
seorang lelaki dari bilik ikmal dengan wajah yang masam mencuka.
“ assalamua’laikum.”
“waa’laikumussalam. La, zahlia. Bila balik sini?” safina,
secretary ikmal memeluk dan mencium kedua-dua belah pipi zahlia. Mereka memang
sudah kenal rapat dari dulu lagi.
“ baru semalam kak. Tu kenapa tu ka? Kenapa dia marah-marah
tu?” soal zahlia kepada safina.
“entahla. Mood dia tak ok la tu.”
“ selalu ke dia macam tu kak?”
“ sorry ye kalau akak cakap, zahlia jangan marah ye. Dia
macam ni sejak zahlia tinggalkan malaysia dulu.”
“sebab saya la ni. tak pe la akak, biar saya je ubatkan
dia.” lalu zahlia mengetuk pintu bilik ikmal.
“ masuk!”
Ikmal yang asyik dengan kerjanya terkedu apabila mendapati
zahlia berdiri di muka pintu. Pada ketika ini, masing-masing terpaku tanpa
sebarang kata. Lama mereka berkelakuan
seperti itu.
Kemudian, berbekalkan tekad di hati zahlia, dia berjalan
merapati ikmal. Dia kemudiannya menarik tangan ikmal agar berdiri menghadapnya.
Ikmal pula, hanya menurut sambil matanya tajam memerhati zahlia.
Mereka saling bertentangan mata. Zahlia kemudian tiba-tiba
memeluk ikmal dan menyembamkan mukanya di dada ikmal.
“ sayang, i’m sorry. I janji tak buat lagi.” Teresak-esak
zahlia menangis di dada ikmal.
Ikmal kemudiannya membalas pelukan zahlia dan membelai-belai
rambut zahlia yang lurus itu. Air mata jantan ikmal turut gugur dari kelopak
matanya. Zahlia lega apabila ikmal memperlakukan begitu. Dia yakin bahawa ikmal
masih sayangkannya dan masih menerimanya.
“ janji jangan tinggal i lagi.”
“ i janji. I akan berada di sisi u selagi u perlukan i.”
zahlia menguatkan lagi pelukannya ke badan ikmal.
Lama mereka berpelukan begitu sehingga apabila papa ikmal
membuka pintu bilik pun, mereka tidak perasan.
“ zahlia?” suara papa ikmal mengejutkan mereka dan lantas
zahlia dan ikmal meleraikan pelukan.
“bila balik malaysia?”
“semalam.” Jawab zahlia sepatah sambil mengelap air matanya.
“ tak pe lah, papa bagi chance korang lepaskan rindu dulu.”
Papa ikmal ketawa besar dan keluar dari bilik pejabat ikmal.
Ikmal pula hanya sengih-sengih dan memerhati zahlia tajam.
“ u, tengok ni. habis mascara i terkena baju u.”
“ tak pe, tak penting.” Ikmal senyum lagi. Senyuman ikmal
betul-betul membuatkan hati zahlia tidak keruan.
“ kenapa?”
“kejap.” Lantas ikmal menuju ke pintu dan mengunci pintu
bilik pejabatnya.
“kenapa u ni?” tanya zahlia cuak bila ikmal asyik senyum tak
berhenti. Jangan dia buat bukan-bukan kat aku sudah.
“ sayang, nak peluk lagi.”
“gatal la u.”
“ala, u gatal tadi boleh. Tadi u yang peluk i dulu.”
Zahlia kemudiannya menarik tangan ikmal dan mengajaknya
duduk di sofa.
“ sayang, masa i kat mumbai kan, i betul-betul rindukan u.
kenapa u langsung tak reply SMS i? i call kenapa u tak jawab?”
“ sebab i sakit hati. I marah dengan u.”
“ sorry. I salah. Tapi i janji tak buat lagi. I betul-betul
sayangkan u.” zahlia memeluk lengan ikmal yang duduk di sebelahnya.
“ sudah la, tak payah cerita lagi pasal tu. yang penting
sekarang ni, u dah ada kat sini.”
“ cuba u teka i balik sini berapa hari?”
“tak nak la teka-teka.”
“ala, teka la. please.” Zahlia mengkerdipkan mata nya kepada
ikmal.
“ tengok tu, kan i dah cakap jangan buat muka macam tu. i
kiss kang, nak?” ikmal sengaja mendekatkan bibirnya ke muka zahlia untuk
mengusik buah hatinya itu.
“ u ni, jangan la.” zahlia menolak muka ikmal perlahan.
“ cepat la teka.”
“ tiga hari?”
“nope.”
“seminggu?”
“nope.”
“dah tu takkan sebulan kot. U kan orang penting company. Mana
boleh cuti lama-lama.”
“ u perli i eh?” zahlia cubit pipi ikmal geram.
“ betul apa. U memang orang penting company pun kan.” Zahlia
memusingkan badannya membelakangkan ikmal. Dia merajuk apabila ikmal cakap
macam tu.
“ i cuti forever.” Tutur zahlia perlahan.
“ apa? I salah dengar ke?”
“ betul la tu. i dah bagi notis perletakan jawatan 24 jam
pagi tadi.”
“ betul ni sayang?” ikmal memusingkan badan zahlia
menghadapnya.
Senyuman zahlia cukup menggembirakan hati ikmal. Lantas tubuh
zahlia dipeluknya erat.
“ dah tu, u nak kerja apa lepas ni?”
“ i nak kerja dengan u.”
“ company papa full la sekarang sayang. Tak de kosong.”
“i bukan nak kerja dengan papa u, i nak kerja dengan u.”
“meanings?”
“lembab la u ni. i nak kerja dengan u la. nak jadi full time
wife u.”
“ betul ni sayang?”
“ tak lah. I tipu je. i kena balik mumbai esok. I balik
kejap je ni. mana boleh i berhenti kerja. kerja tu hidup i tau.”
Serta merta wajah ikmal bertukar kecewa dan pelukan nya
terhadap zahlia dilepaskan.
“sampai hati u.” belum sempat ikmal bangun dari sofa, zahlia
terlebih dahulu menarik tangannya.
“ hey, i main-main je la. i memang dah berhenti dah pun. Sekarang
ni i nak kerja dengan u pulak.”
“ betul?”
“betul.sumpah. “
“dah tu, nanti u tak de life macam mana? Kerja kan life u.”
“ i kena ubah life i la lepas ni. lepas ni, i nak jadi kaki
shopping. U kena kerja keras sikit la ye.” Zahlia mengenyitkan matanya kepada
ikmal.
“ anything for u sayang.” Kemudian ikmal mencium pipi zahlia
lembut.
“ tengok tu. gatal.”
“ sayang, jom kita kahwin.” Tanpa perasaan malu, zahlia
mengajak ikmal berkahwin.
“ bila?”
“ sekarang pun boleh.”
“ dah tak sabar nak kena kiss lagi eh? U tunggu la nanti
kita kahwin, i tak bagi u keluar bilik.” Ikmal tersenyum gatal.
“tengok tu, gatal. Suka sengih macam orang tua gatal.”
“ i gatal dengan u je.” zahlia pantas mencapai lengan ikmal
dan memeluknya erat. Dia sangat bahagia di kala ini. Dia berharap agar dia dan
ikmal dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.