i'm pretty sure that most of us are like this. right peeps?
Monday, 31 October 2011
Sunday, 30 October 2011
Wednesday, 26 October 2011
Tuesday, 25 October 2011
here they come.. :D
hehe. finally. benda yang paling eva tunggu dah sampai hari ni. eva ada stok beg2 yang sangat cantik and sangat cute. korang boleh lah usha-usha eh. kalau berkenan, let me know. eva dengan berbesar hati nya nak jual kat korang. kalau berkenan boleh emel eva kat evalicious00@yahoo.com
thanks for reading! :D
kod BG1 (black)
harga RM 54(free postage)
SOLD
kod BG2 (grey)
harga RM50(free postage)
SOLD
eva jual kaler light blue :)
kod BG3
RM50(free postage)
SOLD
eva jual kaler hitam menawan :)
kod BG4
harga RM50(free postage)
code BG5
harge RM50(free postage)
kalau korang suka, korang boleh emel kan order kat eva eh. emel eva dekat evalicious00@yahoo.com details dekat bawah;
code :
nama :
alamat :
phone no :
lepas tu, tunggu eva reply n confirmkan order ye. :) happy shopping!
Sunday, 23 October 2011
betul ke cinta? 16
BAB 16
terkejut beruk aku bila sampai rumah encik hakim, punya la
ramai orang. Dah tu, yang perempuannya, semua pakai baju kurung dan seangkatan
dengannya pulak tu. Yang lelaki tu, tak kisah la. Pakai apa pun tak apa. Aku
pulak, pakai skinny jeans, kemeja yang
loose sikit je dengan shawl ala-ala hana tajima selalu pakai tu. Memang nampak
sangat la kan aku seorang je yang lain dekat situ. Yang menghairankannya,
kenapa la diorang semua pakai pakaian kebangsaan pulak ni. Bukan birthday party
ke? Ke tema birthday party ni pakaian kebangsaan?
Masa kitorang sampai, dah nak
dekat pukul 8. Macam ribut jugak la encik hakim drive tadi. Lepas je solat
maghrib, semua tetamu tadi berkumpul kat ruang tamu. Rupa-rupanya, ada bacaan
doa kesyukuran. Wahh, malunya. Rasa macam aku ni apa je kat sini. Dah la pakai
seluar ketat-ketat macam ni. hwaa. Encik hakim ni memang nak kena tau. Kenapa
la tak cakap birthday adik dia buat kenduri kesyukuran. Aku ingatkan ada
birthday party macam orang lain selalu buat tu. Malu, malu, malu! Rasa macam
semua orang kat sini pandang aku lain macam je. Mana aku nak letak muka ni. dah
la duduk sorang-sorang je dekat tepi tangga ni dari tadi. Encik hakim pulak
langsung dah tak nampak muka. Nasib baik la adik encik hakim yang bongsu tu
macam baik je dengan aku. Dok senyum-senyum je dari tadi. Tapi sebab dia dengan
kawan-kawan dia, aku pun malas la nak join diorang. Aku memang tak pandai nak
berkawan dengan orang! Huu.
Lepas habis bacaan doa
kesyukuran, dah boleh start makan. Time ni, aku memang salute la dengan family
diorang ni. sebab siap jemput anak yatim lagi and then, siap bagi hamper lagi
dekat anak-anak yatim tu. Ada la dekat 50 orang jugak anak-anak yatim yang
dijemput. Bagus betul la diorang ni. ingat jugak nak bersedekah dekat orang-orang
yang memerlukan.
“ lisa, tak makan ke?” emak encik
hakim tanya aku ramah. Tapi aku perasan jugak la yang mata dia pandang aku atas
bawah. Mesti dia rasa aku ni tak senonoh. Pakai macam ni je pergi kenduri
kesyukuran.
“ kejap lagi la makcik. Ramai
lagi orang tu.” Aku pun bangun salam dengan dia. Tadi tak sempat nak salam
sebab dia busy je layan tetamu dia.
“ la, pergi la makan. Karang
habis pulak. Ni ha hakim, temankan lisa ni makan.” Emak encik hakim panggil
encik hakim yang kebetulan lalu kat situ.
“ tak makan lagi ke?” aku rasa
nak tumbuk je mamat ni bila dia tanya soalan bodoh macam tu. Kalau rumah ni
rumah aku, memang pandai la aku nak cari makanan sendiri. ni seorang pun aku
tak kenal. Yang aku betul-betul kenal, encik hakim, mak dia dan ayah dia. Adik-adik
dia yang tiga orang tu, setakat aku tau nama and kenal muka je la. tapi diorang
semua memang busy la nak melayan tetamu kan. Takkan la nak menempek dengan aku
pulak.
“ belum.” Jawab aku pendek.
“ jom la.”
Masa kitorang tengah makan,
tiba-tiba adik encik hakim yang bongsu and the gang datang duduk dekat
kitorang. Takut jugak aku tengok diorang ni datang ramai-ramai. Macam nak cari
gaduh dengan aku je.
“ kak lisa, kak lisa ni model
ke?” terkebil-kebil aku dengar soalan adik dia yang bernama hana tu.
“ yang ni kak lisa kan?” dia
tanya lagi sambil tunjuk gambar di dalam majalah. Memang gambar aku la yang dia
tunjuk tu. Masa tu aku photoshoot untuk fashion muslimah.
“ hmm. Ye la kot.” Aku tak tahu
nak jawab apa.
“ tu la aku cakap. Ni la akak
yang aku selalu tengok dekat blog tu.” Kawan si hana tu dah bising-bising dekat
geng dia.
“ akak, akak ni cantik la. macam
anak patung. saya suka tengok muka akak. Saya selalu bukak blog-blog yang ada
muka akak.” Seorang lagi kawan hana cakap kat aku. Bukan main excited lagi dia.
“ oh, ye ke? Thanks.” Merah muka
aku layan diorang ni. malu! Aku sampai dah tak tahu nak cakap apa lagi dah.
“ akak, nak ambik gambar boleh?”
“ hah? Nak buat apa?”
“ saja. Nak tunjuk kat
kawan-kawan. Kitorang memang suka tengok akak. Kitorang selalu tengok akak jadi
model dekat blog-blog yang jual pakaian ni. cantik gila akak. Tengok
depan-depan macam ni lagi nampak cantik.” Ya ALLAH. Budak ni kan. Panjang lebar
dia cakap. Dah la kuat. Orang-orang sekeliling semua dah pandang.
“ boleh akak eh?” dia tanya lagi
sambil disokong oleh kawan-kawan dia dan hana.
“ okay.”
Aku tiba-tiba rasa macam artis
pulak hari ni. punya la banyak gambar diorang ambik. Gambar beramai-ramai, and
then, gambar dengan setiap orang lagi. Gambar aku berdua dengan encik hakim pun
diorang ambik. Adoi, macam paparazzi pulak. Tak pernah lagi la before ni orang
luar tahu aku ni model. Siap nak ambik-ambik gambar lagi. Ceh, bajet model la
sangat kan. Part time model je pun.
“ hana, dah la. nanti-nanti boleh
jumpa lagi kak lisa ni. bagi la chance abang nak dating dengan kak lisa kejap.”
Mesti encik hakim pun dah rasa rimas dengan adik dia and the gang, sebab tu dia
cakap macam tu.
“ ala, abang bila-bila pun boleh
dating.” Hana dah tarik muncung empat belas.
“ hana..” suara encik hakim dah
mula serius.
“ okay.” Hana pun terus ajak
kawan-kawan blah dari situ.
“ saya tak tahu pun awak model.”
Encik hakim tanya sambil pandang tepat ke mata aku.
“ ala, model part time je pun.
Bukannya super model.”
“ tak bagi tau pun.”
“ kena bagi tau ke?”
“ yes. Lepas ni, semua benda awak
kena bagi tau.” Bukan main lagi serius lagi dia. Takut aku.
“untuk apa?”
“ saya nak tahu semua pasal
awak.” Apahal pulak dia ni. sawan ke apa.
****************************
“ lisa tak nak tidur sini ke?”
“ tak pe la makcik. Lagi pun,
lisa dah janji dengan ayah nak balik. Lain kali je la eh.” Aku terpaksa tipu
sunat. Ayah pun tak tau aku nak balik. Tak nak la aku tidur rumah diorang.
Awkward gila kot.
“ ala akak, tidur la sini. Banyak
yang hana nak borak dengan akak.” Hana dah merayu-rayu sambil pegang tangan
aku.
“ betul tu lisa. Tidur je la kat
sini.” Mimi, si birthday girl pulak menyokong.
“ esok je la lisa balik. Ni pun
dah lewat dah ni.” farah, adik encik hakim yang seorang lagi menyampuk. Umur
farah dengan mimi lebih tua dari aku. Farah tu umur dia 26 tahun, mimi 23
tahun, hana 19 tahun, aku pulak sweet 21. Hehe. Encik hakim tu aku tak tau.
Tapi aku rasa, mesti dia dah tua.
“ lain kali kot. Hari ni tak
boleh la. mesti ayah lisa tengah tunggu tu. Kesian pulak kat dia.” Aku bagi
isyarat mata dekat encik hakim mintak pertolongan dari dia. Aku memang tak nak
tidur sini. Dah la tak biasa dengan diorang.
“ jom la lisa. Saya hantar awak
balik.” Fuhh, nasib baik encik hakim faham.
“ ala,abang ni. hana nak kak lisa
tidur sini.” hana membentak-bentak. Takut la aku dengan adik bongsu dia ni.
mesra semacam je dengan aku.
*************************
“ encik..”
“ i’ve told you..”
“ what?” tiba-tiba je dia cakap
i’ve told you. Hairan aku.
“ jangan panggil encik.”
“ dah saya nak panggil encik,
biarla.” Tak ada sebab untuk aku tak panggil dia encik.
“ encik, kenapa hana tu macam nak
dekat saya?”
“ what do you mean by that?”
“ tak la. dia macam nak
rapat-rapat dengan saya. Ala, macam mana eh. tak reti la nak cakap. Tak kan encik
tak faham kot.”
“ala. Biasa la tu. Dia suka dekat
awak la tu.”
“ kenapa dia nak suka pulak?”
“ dia tu suka sangat nak
berfashion. Tapi dia tak reti. Bila dia jumpa awak yang cantik jelita ni,
fashionista pulak tu, mestila dia suka.”
“oo, macam tu eh?”
“ dah lama ke modelling?”
“ tak lama pun. Baru setahun
lebih. Suka-suka je. Isi masa lapang. Bukannya serius pun.”
“ banyak ke masa lapang awak?”
“ banyak la. kawan-kawan saya
asyik pergi dating je, saya bosan tinggal sorang-sorang. Baik saya buat
modelling, duit pun dapat.”
“ awak nak dating macam kawan
awak jugak ke?”
“ dating dengan siapa? Boyfriend
pun tak de.”
“ tak pe, lepas ni kita dating.”
Encik hakim ni kan, suka keluarkan ayat yang membuatkan aku terkedu. Tapi dalam
hati aku ni, memang happy gila la. rasa macam dia pun ada hati aku jugak. Hee.
Kalau dia nak kat aku, sejuta kali aku nak. Dah la handsome, badan tough. Suka,
suka!
Thursday, 20 October 2011
betul ke cinta? 15
BAB 15
Finally, sampai jugak aku ke PD. elok sampai je kat teluk
kemang tu, benda first yang aku buat adalah pergi main air dengan mia. Padahal
budak-budak lain busy pasang khemah and sediakan barang-barang untuk bbq. Time
kitorang sampai tu, dah lewat petang and kitorang memang dah plan nak bermalam
kat situ. Tapi kalau tidur chalet ke, resort ke, macam tak best la kan. Baik
tidur kat rumah je.
“ hoi makcik -makcik, tak reti-reti nak datang tolong ke?”
faiz dah bercekak pinggang kat kitorang. Dengan perut dia yang boroi tu, macam
warden asrama dah lagaknya.
“hahahha. Faiz, boroi nya perut kau. Kau cekak pinggang
macam tu, lagi nampak clear yang perut kau tu boroi tau.” Mia ni tak boleh blah
betul la. Ada ke patut dia cakap macam tu.
“ kurang asam kau mia. Tunggu kau.” Lalu bermula lah aksi
kejar mengejar antara faiz dengan mia.
“ fiq, bila boleh start bbq ni.” Aku menghampiri syafiq yang
sedang menghidupkan api.
“ tunggu bara banyak sikit. Lagi 5 ke 10 minit, dah boleh
start bakar dah ni.” dalam banyak-banyak lelaki dalam kelas, aku memang rapat
dengan syafiq.
*************************
“jom main game nak?” mia mengusulkan cadangan masa kitorang
tengah sedap melantak.
“ game apa?” sampuk wan.
“ truth or dare?” zana pulak bagi cadangan.
“ okey jugak tu.” Mia yang merupakan mastermind bersetuju.
Kitorang pun apa lagi, terus la buat bulatan and start main
game ni. wan pusing botol pepsi yang dah kosong dan orang yang first kena ialah
wawa. Dia pilih dare. Budak-budak ni suruh dia pergi cakap i love you dan
mintak nombor telefon dekat abang boroi sebelah site kitorang.
Orang yang second kena, faiz. Dia pun pilih dare. Dah tu
diorang suruh dia break dance sambil bukak baju. Memang kelakar gila. Nampak
habis lemak-lemak kat badan dia.
Lepas tu, boleh pulak turn aku yang kena. Aku pilih truth.
“ kenapa kau macam tak suka aku?” fikri tanya aku tiba-tiba.
Game kitorang yang memang fun gila tadi, tiba-tiba je bertukar senyap dengan
soalan serius dari fikri.
“ ini personal matter. Bukan kat sini kita nak bercakap
pasal ni.” aku jawab keras.
“ kenapa kau tak suka aku lisa?” fikri tanya lagi.
“ kau tak faham ke apa aku cakap tadi?” aku balas kasar.
“ dah, dah. Enough. Fikri, lisa, sudah. Kita datang sini nak
have fun together. Bukan nak bergaduh.” Nasib baik shafiq campur tangan. Kalau
tak, memang boleh bawak gaduh tadi. Tapi lepas tu, aku memang dah tak de mood
nak berseronok lagi. Spoiler betul la fikri ni.
**************************
“ lisa, kenapa fikri tu macam tu eh? Terkejut aku bila dia tanya
kau macam tu tadi. Tapi nasib baik fiq cepat kan lisa. Kalau tak, boleh jadi
tragedi berdarah tadi tu.” Mia mula buat mukadimah untuk bergosip.
“ amende la kau merepek ni. tragedi berdarah bagai.”
“ betul la. Kalau fiq tak masuk campur tadi, aku rasa,
memang teruk la fikri tu kena balik tadi. Macam aku tak tau je baran kau tu
macam mana.” Ye, aku memang jenis yang baran pun.
“ ala, dah la. Malas la aku nak fikir. Tidur la jom.”
“ tapi kan lisa, sakit hati betul aku dekat dia. Ada ke
patut dia buat kau macam tu.”
“ biar aku sorang dah la sakit hati dengan dia. Kau tak
payahla. Dah la mia. Banyak pulak kau ni bercakap. Jom la tidur.” Aku pun terus
peluk mia sebab sejuk sangat. Ye la, pukul 4 pagi kot. Tepi pantai pulak tu.
Dia punya sejuk tu memang sampai tak boleh nak describe la macam mana.
*****************************
‘ lisa, petang ni ikut saya balik KL’. Celik je mata pagi
tu, aku terus dapat mesej macam ni daripada encik hakim.
Biar betul? Aku ni mimpi ke apa? Takkan la asyik dok ingat
encik hakim sampai mimpi dia ajak aku balik KL kot? Aku tengok lagi sekali
screen handphone aku. Betul, ada mesej dari encik hakim. Pukul 5.30 pagi dia
mesej. Biar betul orang tua ni. pukul 5.30 pagi dah mesej orang. Dia bangun
buat qiamullail ke apa. Kalau dia buat qiamullail, bagus la. Memang boleh jadi
calon suami. Yang tak bagusnya, aku ni ha. Pukul 6.45 pagi pun tak solat subuh
lagi.
“ hoi mia, bangun la. Dah pukul berapa ni. bangun solat subuh.”
Entah kenapa hari ni aku yang kejut mia. May be sebab berubah tempat tidur kot,
maka perangai aku pun berubah. Kalau tak, memang memanjang je mia yang kejut
aku. Sampai dah 10 minit dia bagi syarahan kat aku, baru aku bangun.
“ mia, bangun la.” Aku piat telinga mia.
“ aku tak boleh solat la.” Ujar mia dengan suaranya yang
ala-ala ella tu. Ceh, ella la sangat.
“ ea? Tak tau pun.” Mia pun sambung balik tidur dan aku pun
bukak zip khemah sebab nak keluar pergi solat. Mak ai, sejuk gila kot bila kena
angin laut pagi-pagi macam ni.
“ hoi, bangun-bangun!” aku jerit dekat setiap khemah
rakan-rakanku yang lain.
*************************************
Alhamdulillah, selamat jugak aku sampai ke hostel. Tengah drive
tadi memang penat plus mengantuk gila. Buatnya aku terlelap masa drive tadi,
mati sia-sia je. Dah la pahala pun tak berapa nak cukup lagi ni. memang best
gila lah main air tadi. Berendam dekat pantai dari pagi sampai tengah hari. Naik
banana boat pun sampai lapan kali. Memang terbongkang tidur la lepas ni.
Elok lepas aku sudah mandi, Maroon Five pulak sibuk nak
nyanyi lagu moves like jagger. Hisy, time ni la sibuk nak nyanyi pun.
“ hello.” Aku cakap lembut je sebab encik hakim yang call. Padahal
dalam hati memang dah menyirap gila sebab kacau aku time aku tengah penat macam
ni.
“ lisa, nanti pukul 6.30 saya jemput awak eh?”
“ ha? Jemput? Nak pergi mana?”huu,
dah la aku baru je sampai. Sekarang pun dah nak dekat pukul 5.
“ tak dapat sms saya ke?”
“ encik ajak betul-betul ke?” memang soalan bodoh. Encik hakim
tu, kalau dia cakap apa-apa memang semuanya betul-betul belaka. Tak pernah ada
tipu-tipu. Tapi aku tak expect la pulak dia memang nak aku ikut dia balik KL. Lagi
pun, aku memang je sms dia tadi.
“ tak. Tipu-tipu je.”
“ fuhh, lega. Ingatkan betul-betul tadi.”
“ betul-betul la. Kenapa? Awak tak nak ikut saya balik KL
ke?”
“nak buat apa balik KL? Nanti kalau saya nak balik rumah
saya, saya balik je la sendiri. Buat apa saya nak balik dengan encik. Before ni,
boleh je saya drive sendiri.”
“ bukan balik rumah awak.”
“ dah tu?”
“ pergi rumah saya.”
“ buat apa?”
“ hari ni kan birthday adik saya.”
“ dah tu?” birthday adik dia. Bukan adik aku pun. Adik dia
pun aku tak kenal. Setakat jumpa sekali dulu. Aku ni bukannya kisah sangat
pasal orang-orang yang tak berkaitan dengan aku ni.
“ nak ajak awak pergi sekali la.”
“ buat apa? Saya bukan kenal dia pun.”
“ sebab tak kenal la, nak kenal-kenalkan.”
“ tak nak la.”
“ please lisa.” Aduh, hati aku yang keras macam batu tadi
terus cair bila encik hakim merayu macam tu. Bukan main lembut lagi suara dia.
“ hmm, okay lah.”
******************************
“ kenapa burn sangat muka ni? awak pergi main panas kat
mana?”
“ teruk ke?” aku tanya risau.
“ tak de la sangat. Tapi nampak la muka awak tu sunburn.”
“ ala, dah tu, macam mana ni? encik, tak nak la pergi rumah
encik. Nak pergi spa la buat facial treatment.”
“ eh, awak ni. ada pulak macam tu.”
“ ye la, muka dah teruk macam ni. siapa suruh encik tegur. Lain
kali diam sudah la.”
“ kita pergi rumah saya dulu. Nanti-nati baru pergi spa,
okay?” tapi aku dah tarik muncung lapan belas sebab dok memikirkan kulit muka
ku yang dah macam apa ni.
thanks for reading! :D
Friday, 14 October 2011
Tuesday, 11 October 2011
betul ke cinta? 14
BAB 14
Aku makan satay celup dengan penuh kenikmatan. Ye la, dari
pagi aku tak makan. Memang aku langsung tak de selera nak makan. Tekak pun rasa
pahit je. Tapi bila encik hakim ada kat sebelah, terus sakit hilang macam tu
je. Perghh, hebat betul penangan encik hakim ni.
Encik hakim pulak terkebil-kebil tengok aku makan. Mana tak
nya, habis semua satay celup dia aku balun. Ada la jugak 10 cucuk. masa dia nak
belikan untuk aku tadi, aku dengan ego nya taknak. Ye lah kan, nak tunjuk
protes. Tapi bila tengok dia makan, tergugat nafsu aku. Dengan muka tak malu
nya, aku ambik je satay dia tanpa meminta pun dari dia. Sudahnya, satu cucuk setengah je yang dia makan. Yang lain, aku jugak yang
tibai. Balance lagi setengah cucuk dekat tangan dia pun, aku tibai. Memang tak
senonoh kan? Terus encik hakim cancel nak buat bini agaknya.
“ lapar betul awak.”
“ satu hari saya tak makan hari ni tau.”
“ kenapa tak makan?”
“saja?”
“ kenapa tak makan?” dia tanya lagi dengan nada yang serius.
“ siang tadi rasa macam nak demam. Tak de selera.”
“ sekarang ok tak lagi ni?” serta merta nada suara dia
berubah menjadi lembut semula. Tapak tangannya dilekapkan ke dahi ku. “panas
lagi dahi ni. dah pergi klinik ke belum? Kalau belum, jom kita pergi sekarang.”
Belum sempat dia nak angkat punggung, aku memintas, “ dah
pergi dah klinik pagi tadi. Ubat pun dah makan.” Aku bohong sunat. Bukannya aku
takut nak pergi klinik. Tapi, demam aku ni tak de la teruk mana pun. Baru rasa
nak demam je. Belum demam betul-betul pun. Tengok muka dia pun, aku dah tak
rasa nak demam.
“ betul ni?”
“betul.”
“ jom la masuk dalam kereta balik. Tak elok awak kena angin
laut macam ni. karang sakit pulak.” Encik hakim bingkas bangun dan menghulurkan
tangannya pada ku. Nak sambut ke tak nak eh?
Akhirnya aku bangun sendiri tanpa menyambut huluran tangan
dia. Masa tengah meniti batu-batu untuk ke kereta, aku hampir tergelincir. Nasib
baik la encik hakim cepat menahan aku dari jatuh dengan tangan dia yang sasa
tu. Kalau tak, memang jadi nangka busuk la aku jawabnya.
“ saya bukan nak ambik kesempatan. Tapi saya risau awak
jatuh.” Kata dia sambil berjalan meniti batu dan menggenggam tanganku erat. Aku
terima je apa yang dia cakap.
Masa dah nak sampai kat kereta, sempat lagi aku merengek kat
encik hakim.
“ encik, saya nak satay tu lagi. Lapar. Boleh la eh, please.”
Tiba-tiba aku rasa yang aku ni la manusia paling gedik kat dunia. Boleh menang
award perempuan paling gedik ni.
“ okay, tapi awak masuk dalam kereta dulu. Tunggu kat dalam.
Tak elok kena angin laut ni lama-lama. Kang demam balik pulak.” Caring nya dia.
Terharu gila aku. Dia ni betul-betul buat aku perasan la.
*******************************
“ karang jangan tak makan tau bubur tu.”
“ye encik, saya mesti makan punya.” Dah empat belas kali
encik hakim pesan kat aku suruh makan bubur ayam mcd yang dia beli. On the way
nak hantar aku balik hostel, sempat pulak dia drive thru sebab dia tahu yang
aku suka mcd. Tapi, oleh sebab aku demam, dia belikan la bubur ayam. Sweet kan
encik hakim ni. sangat sweet.
“okeylah encik. Saya naik dulu lah eh.”
“ lisa, kejap.” Belum sempat aku nak buka pintu, dia
bersuara.
“ ada apa?”
“ lepas ni, tak payah panggil saya encik la.”
“hah? Kenapa pulak?”
“saja.”
“ mana boleh.”
“ kenapa tak boleh pulak?”
“encik kan lecturer saya, kena la panggil encik.”
“ tapi saya taknak jadi lecturer awak.” Dia bersuara
perlahan.
“ kenapa? Encik tak suka kelas saya eh? Kelas saya naughty
sangat ke?”
“ bukan macam tu.”
“ dah tu, macam mana?”
“ tak kisah la macam mana pun. Tapi lepas ni, kalau kita
berdua je, awak tak payah panggil saya encik lagi.”
“ dah tu nak panggil apa?”
“ apa-apa je la. Tapi bukan encik.”
“pakcik? Encik kan dah tua. Hee”
“ jangan la pakcik. Panggil la apa-apa yang sedap didengar.”
“ mana boleh encik. Encik kan lecturer saya. Mestila saya
kena panggil encik.”
“ tapi saya taknak jadi lecturer awak je. Saya nak lebih
dari tu.” Terdiam terus aku mendengar kata-kata dia. Dia ni memang betul-betul
bermain dengan hati dan perasaan aku betul la.
“ tak pe lah encik. Next time la kita borak pasal ni. dah
lewat dah ni. saya naik dulu.”
“ okey, take care. Thanks for today. I had a great time with
you and i’m looking forward to see you again.”
“ thanks for the treat.” Aku goyang-goyangkan plastik mcd
sambil tersenyum. Aku melambai-lambaikan tangan sambil menyaksikan keretanya
berlalu pergi.
***************************
“ amboi kau, kata tak kenal la, bukan pakwe kau la, tapi
berjam-jam jugak kau keluar kan. Siap bawak balik mcd lagi tu.” Bila aku masuk
je dalam rumah, itu lah ayat yang mula-mula aku dengar dari mulut nurul.
“ tu kawan aku la.” Nasib baik la nurul ni lain fakulti
dengan aku. So, dia tak kenal encik hakim. Kalau tak, masak aku kena dengan dia
ni.
“ kawan kau dah berpunya ke belum weh? Kenalkan dengan aku.”
Nurul mula nak menggatal.
“ hoi makcik. Kawan aku pun kau nak sapu eh.”
“ handsome sangat la lisa. Hee.”
“ mia dah balik ke belum?”
“ entah. Rasanya macam belum je.” Lama betul minah ni
dating. Siapa la pakwe baru dia ni. berahsia betul.
“ emm, tak pe la nurul. Aku masuk bilik dulu la.”
thanks for reading! :D
betul ke cinta? 13
BAB 13
“ hoi, kau buat apa tu? skodeng siapa?” mak ai, terkejut betul aku bila disergah mia.
“ eh, xde..xde ada buat apa la.” jawab ku teragak-agak.
“ kau datang sini buat apa?” aku cuba mengalihkan topik.
“ cari kau la. cakap nak jumpa prof. Adnan kejap je. ni punya la lama. berjanggut dah aku tunggu kau kat sana.” Mia terjenguk-jenguk untuk memastikan apa yang aku skodeng tadi.
Aku pulak cepat-cepat tarik mia ke tempat lain. Takut kantoi yang aku skodeng encik hakim tadi. Masa nak pergi bilik prof. adnan tadi, aku ternampak encik hakim berborak dengan siapa entah. Aku pun apa lagi, menyorok la belakang dinding semata-mata nak skodeng dia. nasib baik tak kantoi dengan mia.
“kau dah jumpa Prof. adnan ke?”
“ dia tak de pun kat bilik dia.” Aku terpaksa tipu sunat. Padahal, bilik Prof. adnan pun aku tak sampai lagi.
***************************
“ kira on la ni eh.” Soal shafiq.
“ mesti la on.” Kami jawab beramai-ramai. Macam budak tadika dah gayanya.
“ wan, kau ada bbq grill tu kan? Nanti bawak la. boleh kita bbq sekali.” aku suruh wan.
“ ada kat rumah. Tak pe, nanti aku balik ambik.” Ceh, mentang-mentang la rumah dia dekat batu berendam, sekangkang kera je dari sini.
“ tak sabar gila aku wei!” mia tiba-tiba melompat kegembiraan. Kena sawan apa la pulak minah ni. tapi aku pun dah tak sabar gila nak pergi PD weekend ni. kalau boleh, celik mata je esok, dah terus weekend.
**************************
“ betul kau tak nak kirim apa-apa ni?tak pe ke kau tinggal sorang ni?”
“ betul la. dah tiga kali kau tanya tau tak?macam la kau tak pernah tinggal aku sorang selama ni.”
“ ye la, kau tu kan tak sihat. Dah tu, dari siang tadi tak makan apa-apa pun. Nanti mati kebulur pulak.”
“ mulut kau kan, macam nak kena cili je. ” aku terus baling bantal kat Mia.
Kenapa entah hari ni aku rasa tak sedap badan. Selera makan pun tak de. Nak kata ada masalah, memang tak de. Hukhuk. Tapi yang aku tau, memang aku rasa lonely sangat. Boyfriend pun tak de. Jealous pulak tengok Mia. Asyik-asyik keluar je. dah tu, bila balik bawak hadiah. kenapa aku tak de? Benci!
“ Lisa!” tersentak aku bila nurul, housemate aku tiba-tiba muncul kat depan pintu bilik.
“ uish kau ni, kalau aku ada sakit jantung, dah lama pergi dah ni. Kau nak apa?” jarang sangat la nurul ni nak dating bilik aku. Boleh kira la berapa kali je dia melepak kat bilik aku. Selalunya, dia terperuk je dalam bilik.
“ pandai kau eh lisa. Ada boyfriend tapi tak bagi tau kat aku pun.” Nurul dah sengih-sengih dan datang kat aku.
“ hah?kau merepek apa ni?”
“ eleh, buat-buat tak faham pulak.”
“ memang aku tak faham pun. Kau cakap apa ni? sepanjang 21 tahun aku hidup, tak pernah lagi la aku berboybriend.”
“ dah tu, kalau bukan boyfriend, lelaki kat bawah tu siapa?” nurul kerutkan dahi. Macam masalah besar je lagaknya.
“lelaki mana pulak ni?” sungguh aku bingung.
“ tu dekat bawah tu. masa aku lalu kat bawah tadi, ada sorang lelaki ni tanya aku kenal kau ke tak. Memang aku kenal sangat la kan. And then, dia suruh aku panggil kau.”
“ kau biar betul?” aku still blur. Lelaki mana pulak dah ni. mau nye perompak ke, progol ke, mati aku.
“ betul la. kau ingat aku buat cerita ke?”
“ handsome tak?” aku tanya nurul.
“ handsome sangat! Pergi la jumpa dia kat bawah. Mana tau, secret admire kau ke.”
Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Nak pergi ke tak eh? Kalau pergi, takut pulak benda tak elok jadi. Tapi kalau tak pergi, rugi tu. nurul cakap lelaki tu handsome.
“ yang kau dok tergaru-garu apa lagi lisa? Pergi la cepat.”
Aku pun bersiap ala kadar dan terus turun bawah. Aku terpacak macam tunggul kat depan pagar asrama. Aku pun tak tau nak jumpa siapa. Siapa lelaki yang cari aku pun, aku tak tau. Baru aku berkira-kira nak cabut naik atas balik, sebuah Honda crv hitam berhenti betul-betul depan aku. Gulp! Encik hakim! Encik hakim ke lelaki yang cari aku tadi? Kalau betul, memang boleh buat aku tak tidur malam ni.
“ naik la.” Tersembul kepala encik hakim dari cermin tingkap. Senyuman dia, fuhh! Tak tau nak describe macam mana. Macho gila.
Aku pun apa lagi, terus masuk dalam kereta dia. Tak de masa nak malu-malu.
“ encik cari saya ke?” dia senyum je bila aku tanya macam tu. Dah tu, dia terus drive kereta dia.
“ eh, kita nak pergi mana ni?” aku dah panic. Buatnya dia jual aku kat bapak ayam, tak pasal je. Mana la tau kan, kot-kot la dia ni banyak hutang dengan along. Dah tu, tak de duit nak bayar hutang, dijualnya aku kat along tu.
“ fikir bukan-bukan pasal saya la tu.” Dikerlingnya aku. Mana tak nya, muka aku ni memang tunjuk sangat yang aku tengah risau.
“ ye la, mana la tau encik nak jual saya ke. Saya ni, dah la IC pun tak bawak ni. Karang orang ingat PATI pulak.” Dia tergelak halus.
“ ada pulak fikir macam tu. Takkan la saya nak jual awak pulak.”
“ dah tu, encik nak bawak saya pergi mana ni?”
“ saja, pusing-pusing.” Dia senyum lagi. Dia ni memang murah dengan senyuman betul la.
“ tak nampak awak pun kat kampus siang tadi.” Aku senyap je. Tak bagi apa-apa reaction.
“ Lisa, kenapa saya tak nampak awak pun kat kampus tadi?”
“ saja, ponteng.” Slumber je aku cakap macam ni kan kat lecturer.
“ ingatkan awak sakit ke apa.” Dia kerling aku. Memang aku tak sihat pun tadi. Tapi tadi la kan. Sekarang dah jumpa encik hakim, aku dah sihat wala’fiat dah. Kalau nak suruh aku merentas desa pun boleh ni.
“ kenapa encik cari saya ni? Ada hal apa?”
“ saja. Tiba-tiba rasa nak tengok muka awak pulak.” Jawapan dia ni memang betul-betul buat aku tak keruan la.
“ encik rindu saya eh?” aku bergurau untuk menghilangkan rasa nervous dalam hati aku ni.
“ rindu.” Dia jawab pendek. Hampeh betul. Bukannnya hilangkan nervous. Bertambah nervous ada la. Sampai sejuk habis tangan aku. Bukannya sejuk sebab kena aircond. Tapi sejuk sebab nervous.
Aku sesekali mengerling ke arah encik hakim yang tenang memandu.
“ saya handsome eh?”
“ ha?”
“ saya handsome ke?”
“ apa punya soalan la encik ni.”
“ dari tadi awak asyik curi-curi pandang muka saya. Handsome sangat eh? Nah, pandangla puas-puas.” Dia mengalihkan mukanya kepada ku.
“ encik, pandang depan la. Kan tengah drive. Accident karang. Saya dah la belum kahwin lagi ni. Kalau ye pun nak mati, biar la saya kahwin dulu.” Aku dengan pantasnya menampar kuat tangan encik hakim. Mana taknya, terkejut aku bila dia pusing muka macam tu. Buatnya terlanggar kereta orang kat depan tu, nahas je.
“ dah bagi awak tengok, tak nak tengok pulak.” Dia sengih tayang gigi.
Tak lama kemudian, encik hakim memberhentikan keretanya dekat pantai berdekatan dengan tapak eye on malaysia. Apa nama pantai ni, aku pun tak tahu. Aku ni, walaupun dah dua tahun duduk kat melaka, tapi memang aku tak pernah nak ambik tahu nama-nama tempat ni. Buang masa je aku nak hafal. Formula add math pun aku tak hafal, inikan pulak nama tempat. Bukan masuk exam pun.
Ramai betul orang melepak dekat pantai ni. Tambah-tambah lagi budak-budak muda yang suka menghabiskan masa melepak. Macam aku ni orang tua la pulak.
“ jom, turun.”
“ ha, turun?”
“ ye la.”
“ taknak la.”
“ la, kenapa?”
Aku tengok pakaian yang aku pakai. Seluar track, t-shirt lengan panjang, tudung express, selipar jepun. Selekeh gila. Aku ni jenis yang agak menjaga penampilan. Aku tak suka selekeh-selekeh dekat public.
“ awak dah cukup cantik lisa. You don’t have to worry about that.” Encik hakim ni macam dapat baca je fikiran aku.
“ tapi saya tak biasa la encik.” Betul, aku memang tak biasa selekeh macam ni. macam mana la tadi aku boleh pakai macam ni je. Huu.
“ tak pakai cantik-cantik, doesn’t mean that you are not beautiful.”
“ dah-dah, jom.” Dia turun dari kereta dan buka kan pintu untuk aku. Tapi aku tetap berdegil taknak keluar. Tapi bila dia dah pegang lengan aku, aku pun terpaksa la keluar. Malu sebab ramai orang tengok. Huhu, benci!
sorry..
to readers, sorry for being silent for a long time. i'll be writing again. thanks for your support. much love.
thanks for reading! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)