BAB 19
“ lisa, rindu la dengan kau.” Mia
tiba-tiba peluk aku yang tengah syok menghadap laptop.
“ mende kau ni nak rindu-rindu?
Bukannya setahun tak jumpa aku. Tiap-tiap hari menghadap muka aku kot.”
“ saje nak rindu. Tak boleh?”
“ memang tak boleh.”
“ bencil la. sombong!”
“ hek eleh. Boleh blah.”
“ lisa, dah lama kita tak
borak-borak kan. dah lama kita tak exchange story macam dulu.” Masa bila entah
aku dengan dia dok ber-exchange story. Dia je yang berstory kat aku. Aku ni
tukang tadah telinga je.
“ dah kau tu asyik dating je. Ye la
kan, orang ada buah hati. Mana la nak lekat kat rumah. Aku ni lain la,
stok-stok penunggu rumah je.”
“ ala, dah kau tu yang jual mahal
sangat. Bukannya tak de orang nak. ramai je, kau tu je yang memilih.” Huuu,
kalau betul la apa yang mia cakap tu, lega la hati aku. Kira laku la jugak aku
ni kan. tapi masalahnya, memang tak de lagi orang yang approach aku setakat ni.
nak kata tak lawa, aku ni ada la jugak ala-ala J. Lo. Choii, perasan lebih.
Sila abaikan statement di atas. Hee. Maybe sebab cara aku, nampak macam aku ni
sombong kot. Ye la, muka tak nak senyum langsung. Tapi kalau dengan orang yang
aku kenal, memang aku sengih sampai ke telinga la.
Tak pe lisa, encik hakim nak kan
kau. Kira laku la jugak tu kan. nasib baik la encik hakim wujud dalam dunia ni.
kalau tak, sampai ke tua pun tak de orang yang nakkan aku ni. eh, apa motif aku
dok fikir pasal semua ni? haiyoo.
“ mia, kau dengan siapa sebenarnya
sekarang ni? aku tengok happy semacam je. Tak nak share ke?”
“ kau nak tau ke?”
“ kalau kau nak cerita, aku nak tau
la. tapi kalau kau tak nak cite, tak pe.” Ceh, aku ni bajet cool je kan.
padahal dalam hati, memang excited gila nak tau. Curious jugak aku dengan siapa
mia ni berdating sekarang.
“ kau ingat tak mamat handsome yang
kita jumpa dekat seoul garden sem lepas tu?”
“ mamat handsome mana pulak ni? tak
ingat la aku.”
“ yang datang berdua dengan kawan
dia yang tak handsome langsung tu. Yang sorang tinggi, sorang pendek tu. Yang
macam adik dengan abang tu.”
“ oh, yang handsome tu. Ingat.
Dengan dia ke? Untung nye kau. Handsome tu.”
“ kan dia ada mintak phone number
aku time tu.”
“ OMG! Kau bagi? Masa bila kau
bagi? Aku tak tau pun.”
“ masa aku pergi ambik aiskrim.”
“ tapi nasib baik la kau bagi kan.
handsome tu. Rugi kalau tak bagi.”
“ kau tau tak, actually, dia mintak
phone number aku, sebab nak kenal dengan kau. Dia nak mengorat kau melalui aku
la kiranya.”
“ really? Tipu la. tak percaya.
Pandai-pandai je eh buat cite.”
“ betul la.”
“ mana kau tau?”
“ time dia dok sms dengan aku tu,
dia asyik tanya pasal kau je. And then, ada jugak dia mintak phone number kau.
Tapi kan kau dah cakap dengan aku, kau tak suka nak kenal-kenal dengan orang
yang kau tak kenal ni. aku tak bagi la. aku cakap kau tak interested.”
“ bagus lah tu. Aku memang tak interested
pun. Dah tu macam mana dia boleh dengan kau pulak?”
“ lepas tu kitorang tiap-tiap hari
dok sms. Last-last boleh suka. And then, boleh couple pulak tu.” Bukan main
suka lagi si Mia ni bercerita. Muka pun sampai dah blushing.
“ dia propose kau ke, kau yang
propose dia dulu?”
“ oi, gila ka apa. Mestila dia
dulu. Takkan la aku pulak kot.” Mia cubit hidung aku kuat.
“ mana la tau. Kau kan pantang
nampak lelaki handsome. Boyfriend kau yang before ni pun, kau yang mengorat dia
dulu kan. padan la asyik dok tersengih-sengih je depan laptop. Dah tu, siap nak
sorok-sorok dari aku pulak tu.”
“ aku malu dengan kau. Lagi pun, si
sham tu mula-mula nak dengan kau. Kau marah aku tak lisa?”
“ oh, sham rupanya nama dia. Apa
hal aku nak marah pulak ni?” aku tanya hairan.
“ ye la, patutnya kan dia tu dengan
kau. Alih-alih dengan aku pulak. Kau marah tak?” bersungguh-sungguh mia
tanya. Nak tergelak pun ada tengok muka
dia.
“ gila ke apa nak marah. Tak de
sebab nak marah. Macam la aku tau dia tu nak kat aku. Kalau aku tau pun, aku
tak berminat la. tapi kan wei, dia tu boleh tahan jugak handsome.” Tapi
handsome-handsome dia pun, tetap tak boleh lawan my encik hakim. ‘ my encik
hakim?’. Ee, gedik betul.
Mia pun senyum bukan main lebar
lagi. Suka la tu orang puji boyfriend dia handsome.
“ mia, umur dia berapa? Dia dah
kerja ke belum? Tengok gaya hari tu macam orang dah kerja je.”
“ 24. Okay la tu kan. tua sikit je
dari aku. dia dah kerja dah. Baru je kerja. Tapi kan lisa, memang best la berkawan
dengan orang yang lagi tua dari kita ni. before ni kan aku couple dengan yang
sebaya. Tapi bila couple dengan dia ni, lain sikit.”
“ ye ke weh? Lain macam mana tu?”
aku pulak excited nak tahu. Ye la kan. encik hakim tu kan tua jugak. Aku pun
nak jugak la dengar experience mia couple dengan orang yang lagi tua.
“ dia understanding sikit. Tak
macam yang ex-boyfriends aku sebelum ni.”
“ lagi-lagi?”
“ dia cool. Relax je. Kalau ada
apa-apa pun, tak gelabah.romantik..”
“ lagi wei? Macam best je.” Aku mencelah.
“ hoi, yang kau excited sangat ni
apahal?” mia tampar bahu aku perlahan.
“ excited sebab kau dapat botfriend
la. dah la handsome, romantic pulak tu. Complete package.” Ayat nak cover je
tu. Padahal excited dok imagine encik hakim pun macam tu. Agak-agak encik hakim
tu macam mana la eh. Dia boleh tak nak tahan dengan perangai aku yang tak
semenggah ni.
***********************
Lama gila aku tak shopping. Nak
baju baru, nak kasut baru, nak beg baru! Cepat-cepat aku bukak laptop. Aku ni
memang kaki online shopping. Aku tak kisah tak dapat pegang dulu benda yang aku
nak. asal cantik je, memang aku rembat. Wah, banyak gila kot baju baru! Cantik pulak tu. Mahu nangis aku nak
keluarkan duit nanti. Hukhuk.
Tengah syok dok cuci mata,
tiba-tiba handphone aku bunyi. Ala, ayah! Aku biarkan je phone tu berbunyi.
Malas nak angkat. Benci gila aku dekat ayah dengan mak cik yati. Tapi betul ke
aku benci? Aku rasa, aku tak de la sampai nak benci diorang. Mulut je cakap
benci, tapi hati tak. Aku just marah. Aku marah sangat dengan diorang. Dan aku
rasa aku berdendam dengan ayah,tapi tak pasal-pasal mak cik yati pun terkena
tempias jugak.
Handphone aku berbunyi lagi. Aku
tengok skrin. Ayah lagi. Malas la nak angkat. Biar je la. tapi bila dah lima
enam kali handphone berbunyi, aku angkat jugak. Tapi aku diam je. Sepatah pun
aku tak cakap.
“ kenapa diam ni?” lain je suara
ni. sejak bila pulak suara ayah jadi macho semacam ni. aku pandang skrin sekali
lagi. La, encik hakim! Macam mana pulak boleh encik hakim? Tadi kan ayah yang
call.
“ lisa, are you there?”
“ yes, i am.” Bajet speaking london
la pulak kan.
“ kenapa diam je tadi? Tak nak
cakap dengan saya ke?” touching la pulak mamat ni. harap badan je besar.
“ mana ada saya diam. Saya cakap
la. puas saya do helo-helo macam orang gila kat sini. Tapi encik tu yang tak
dengar.” Aku tipu sunat. Hee. Aku memang suka kenakan encik hakim ni.
“ oh, ye ke? Saya ingatkan awak
yang diam tadi. Tak pe lah. Tengah buat apa ni?”
“ tengah teringatkan encik la.” aku
cakap slumber.
“ ye ke? Bahagianya saya. Ingatkan
saya seorang je yang ingatkan awak. Bertuahnya saya.” Lembut gila kot suara
dia.
“ tak de lah. Main-main je. Mana
ada ingatkan encik. Tak de masa la nak ingatkan encik.”
“ baru hati saya nak
berbunga-bunga, terus mati habis semua bunga tadi. Kiranya saya sorang je la
yang ingatkan awak ni?”
“ sape suruh encik ingatkan saya.
Saya tak suruh pun.”
“ tak pe la. dah orang tak ingatkan
kita, nak buat macam mana kan.” sedih je suara dia aku diam je. Tak tau nak
cakap apa. Gila apa aku tak ingat pasal dia. Aku buat apa pun semua asyik fikir
pasal dia je tau. Time tidur je tak. Tapi takkan la aku nak mengaku pulak kan.
main tarik tali la sikit.
“ dah lunch belum?” suara dia dah
bertukar macam biasa balik. Dah tak suara macam orang merajuk dah.
“ dah, baru je lepas.”
“ ingatkan nak ajak lunch sekali. Jom
la lunch sekali lagi.”
“ dah kenyang la encik. Baru sangat
lepas makan ni.”
“ kalau macam tu temankan saya je.”
“ ala, malas.” Padahal dalam hati
nak.
“ please, nanti saya belanja awak
shopping.”
“ promise?”
“ promise.”
“ saya nak shopping macam-macam.”
“anything for u lisa. I’m okay with
anything. Asalkan dapat jumpa awak, dapat tengok muka awak.” Merah muka aku
bila dia cakap macam tu. Nasib baik dalam phone.
“ saya pergi jemput awak sekarang.”
“ eh, jangan la sekarang. saya
belum siap lagi ni. give me 1 hour.” Aku ni dah la bersiap lama.
“ okay. Pakai cantik-cantik tau.
And jangan lupa wangi-wangi.” Iye je encik hakim ni. dulu dia jugak yang
condemn aku asyik pakai cantik—cantik je. Sekarang, dia pulak yang suruh.
“ eh, saya memang dah wangi apa.”
*****************************
Lepas bersiap, aku cepat-cepat
turun bawah. Encik hakim pun dah tunggu. Bagus la dia ni. sepanjang aku keluar
dengan dia, memang asyik dia je tunggu aku. Walaupun aku asyik buat dia tunggu
lama, tapi dia tak pernah marah. Baik betul. Tak tau la kalau dia baik macam ni
temporary je.
Elok aku bukak pintu kereta dia,
aku nampak sejambak bunga ros merah dekat atas seat. Terkejut gila aku.
“ this is for you.”
“ betul ke?”
“ betul la. masuk. Takkan nak
berdiri je kat situ.” Aku pun terus masuk dalam kereta.
“ thank you.” Ujar aku terharu.
Memang terharu pun. Besar gila okey jambangan bunga ni.
“ and this is also for you.” Dia
hulur sekuntum bunga ros merah kepadaku. Ini lagi la buat aku terharu. Romantik
nya dia. Betul la cakap mia.
Aku sambut bunga ros di tangan dia.
Aku pandang anak mata dia dalam. Tak tau nak cakap apa lagi dah. Rasa macam
disayangi sangat-sangat. Aku tak pernah rasa macam ni.
“ i love you.” Ini lagi la. ayat
yang keluar dari mulut dia ni memang buat aku sesak nafas terus. Rasa macam nak
kena pakai oxygen mask baru boleh bernafas balik.
“don’t you love me?” dia tanya aku
perlahan. Oh, machonya suara dia.
Of course i love him too. Tapi aku
malu nak cakap. Aku tak pernah lagi cakap i love you dekat siapa-siapa sebelum
ni. aku tak pernah langsung ada experience bercinta. Zero.
“ lisa, i’m waiting. Do you love
me?” dia tanya lagi.
“ yes, i do.” Aku cakap slow gila.
Merah gila muka aku.
“ do what?”
“ tak de apa-apa lah.” Dia ni kan,
dah tau aku malu, saja nak nak tanya-tanya lagi.
“ malu la tu.”
“ mana ada.” Lagi bertambah merah
muka aku.
“ ada. Okey lah, jom makan.” Kereta
pun mula bergerak dari kedudukan tadi. Encik hakim pulak asyik-asyik pandang
aku. Aku pulak, disebabkan malu sangat, tunduk je tengok bunga di pangkuan ku. Satu
inchi pun aku tak bergerak dari tadi. Dalam tak bergerak tu, sempat jugak aku
kira jumlah bunga di atas riba aku. 99 kuntum kesemuanya. Termasuk 1 dekat
tangan jadi 100. 100 kuntum bunga ros tu. Macam tak percaya je aku dapat 100
kuntum ros merah dari encik hakim. Harus masuk guinness world records ni. oh,
bahagianya!
thanks for reading! :D
No comments:
Post a Comment