BAB 18
Lamanya. Apa la yang encik hakim tengah borakkan dengan ayah
aku ni. aku 300 percent sure yang ayah takkan bagi aku kahwin. Aku ni muda lagi
kot. Baru 21 tahun. Takkan dah nak kahwin kot. Manage diri sendiri pun tak
betul lagi, macam mana nak uruskan suami nanti. Lagi pun, aku sendiri pun tak
pernah terfikir nak khwin dalam usia yang semuda ni. macam mana la aku boleh
setuju pulak bila encik hakim ajak kahwin tadi.
Tak lama kemudian, kelibat encik hakim dan ayah menghampiri
gate rumah. Aku cepat-cepat menundukkan kepala untuk sembunyikan diri. Bila
encik hakim dah masuk dalam kereta dan kereta dah bergerak agak jauh dari
rumah, baru la aku bangun.
“ ayah tanya tak saya ada kat mana?” aku tanya ingin tahu.
“ tanya.”
“ dah tu encik cakap apa?”
“ cakap awak ada dalam kereta la.”
“ seriously?”
“ ye lah.”
“ kan tadi saya dah pesan suruh cakap saya dah balik melaka.
Encik ni tak boleh pakai betul la.” aku tarik muncung empat belas.
“ tak baik menipu, lisa.”
“ tipu sunat tak pe. Buang masa je saya sembunyi tadi,
huhh!”
“ merajuk pulak dia. Dah, jangan merajuk. saya ada good news
nak bagi tau ni.” nervous gila aku. Macam nak tercabut pankreas aku dengar
perkataan good news tu.
“ ayah awak bagi kita kahwin.” Bukan main lebar lagi
senyuman encik hakim masa dia cakap macam tu.
“ what?! Biar betul. Encik tipu kan? saya tau encik tipu.”
“ tak de la. saya serius ni. kenapa awak macam tak suka je?”
“ encik, encik ni betul-betul ke? Saya tak pernah terfikir
pun nak kahwin semuda ni. dengan encik pulak tu. Lagi pun, sejak bila pulak
kita ni pernah bercinta? Tiba-tiba je cakap pasal kahwin ni. encik pun tak
pernah suka kan saya. Macam mana nak kahwin?” tipu la kan tak pernah terfikir
nak kahwin. Aku selalu je dok berangan nak kahwin dengan encik hakim tu. Tapi setakat
berangan je la. tak sangka pulak finally dia akan ajak aku kahwin. Kiranya,
selama ni, aku tak syok sendiri lah. Hee.
“ saya dah lama suka kan awak lisa. Awak je buat-buat tak
tau. Bercinta tu, lepas kahwin pun boleh. Lagi sweet kan kalau macam tu. Lagi pun,
saya ikhlas sayangkan awak dan nak memperisterikan awak. Pandang mata saya ni,
awak tak nampak ke betapa saya sayangkan awak? Awak tak nampak ke betapa
bersungguh-sungguhnya saya nak memperisterikan awak?” aduh, bab-bab pandang
mata dia ni yang aku lemah ni.
Kalau dari mata dia tu, nampak la macam bersungguh-sungguh. Tapi
dalam hati dia, siapa yang tahu kan. tapi kalau dalam hati aku pulak, jangan
cakap la. memang tengah berpesta la sekarang ni. sampai hilang habis sedih yang
tadi tu. Encik hakim suka aku! Yabedabedoo!
“ lisa, i’m waiting for your answer.”
“ chup, before tu, betul ke ayah saya setuju ni? macam tak
percaya je. Entah-entah encik tipu saya tak?” mana la tau kan, encik hakim ni
sengaja nak test aku ni macam mana.
“ ya ALLAH. Susahnya awak ni nak percaya. Nah, dengar ni.”
dia menghulurkan handphonenya kepada ku.
“ buat apa bagi handphone ni?” nak suruh aku telefon ayah ke
apa.
“ evidence.” Lepas dia tekan-tekan handphone dia tu,
terdengar la suara ayah dan dia. Ceh,
dia record rupanya.
“ kalau pak cik izinkan, saya nak melamar lisa sebagai
isteri saya.”
“ kamu yakin dengan apa yang kamu cakap ni, hakim?” serius
je suara ayah.
“ saya yakin pak cik.”
“ apa yang membuatkan kamu nak memperisterikan lisa?”
“ saya suka dengan dia. Pembawakan dia, gerak geri dia,
telatah dia. Dia jujur dengan apa yang dia lakukan. Dia tak berpura-pura macam
sesetengah perempuan lain. lagi pun, pada umur saya yang sekarang ni, saya dah sepatutnya
beristeri, pak cik. Dan saya berhajatkan lisa sebagai isteri saya.” Aku pandang
encik hakim. Dia jungkit kening kat aku. Blushing habis aku.
“ tapi lisa tu muda lagi. Dia belum matang lagi. Dia tu
barannya pun boleh tahan jugak. Pak cik takut dia tak dapat jadi seorang isteri
yang baik untuk kamu nanti.” Ish ayah ni, kutuk aku pulak. Bukannya nak puji
aku.
“ yang tu, pak cik jangan risau. Pandai la saya didik dia
nanti.”
“ sekali lagi pak cik tanya ni, betul kamu serius nak memperisterikan lisa?” aku pun curious
jugak nak dengar jawapan encik hakim. Mana la tau dia jawab ‘tak’ pulak lepas
ni.
“ ye, saya serius pak cik. Dan saya yakin dia lah orang yang
paling sesuai untuk saya.” Yes, suka nya! Laku jugak la aku ni eh. Ingatkan tak
de orang nak. almaklumla, dari dulu tak de boyfriend. Kawan-kawan aku sampai
dah bertukar empat, lima orang boyfriend dah. Tapi aku, sekali dapat bakal
suami terus. Tak main boyfriend-boyfriend lagi dah.
“ lega hati pak cik. Ada jugak la orang nak jaga dan
tengok-tengokkan lisa. Lisa tu, tak nak langsung dengan pak cik ni. marah betul
dia dengan pak cik. Tapi nak buat macam mana. Memang..” la, habis dah recording
nya. Mana lagi?
“ encik, sampai sini je?”
“ yup.”
“ mana lagi? Apa lagi ayah saya cakap?”
“ tak de apa la. hal orang tua-tua.”
“ apa hal orang tua-tua nya. Itu kan hal saya tu. Ayah tengah
cakap pasal saya kan tu.”
“ dah la. yang tu tak penting. Yang penting sekarang ni,
awak nak tak kahwin dengan saya?”
“ encik nak ke kahwin dengan saya?” aku tanya lagi.
“ kalau tak nak, tak de la saya ajak awak kahwin ni.”
“ oo, eh?”
“ awak nak tak, lisa?” dia genggam tangan aku. Adoi, lemah
habis urat sendi aku.
“ nak.” laju je aku jawab. Kuat pulak tu. Memang tak cover
langsung la. kalau ye pun, jawab la ala-ala perempuan melayu terakhir.
“ alhamdulillah. Kalau macam tu, saya suruh mak saya
meminang awak as soon as possible.” Ceria kedengaran suara encik hakim.
“ mak encik nak ke menantu macam saya? Entah-entah mak encik
dah ada calon tak?”
“ lisa, i’m already 30. Saya berhak menentukan dengan siapa
saya nak kahwin.”
“ hah? 30? Gila tua. Haha.” Aku gelak memang sampai
terbahak-bahak la. apa yang kelakar pun tak tau. Bila tengok encik hakim buat
muka serius, terus gelak aku terhenti macam tu je.
“ okay what 30. Untuk lelaki, still muda lagi tu. Still handsome.”
“ ye la tu.”
“ betul apa.” Tapi memang dia handsome pun. Padan la dengan
aku yang cantik ni. ish, perasan la pulak.
“ and one more thing.” Dia cakap sambil tersenyum penuh
makna. Aku just angkat kening je mintak penjelasan.
“ after this, call me abang.”
“ abang? Untuk apa?”
“ awak kan bakal isteri saya. So, kena la start practice
panggil abang dari sekarang.”
“ ee, abang? Old school gila. Tangok la nanti macam mana.” Macam
tak percaya je aku bakal berkahwin dengan encik hakim. Gila la. tak sangka
pulak angan-angan aku selama ni, jadi betul-betul. Aku berangan suka-suka je
pun. Tak pernah pulak la aku terfikir nak kahwin muda-muda macam ni. study pun
tak habis lagi. Macam mana la aku boleh setuju nak kahwin. Haish, dah gatal
sangat kot aku ni. tapi dari sinar mata dia, memang aku yakin dia boleh bagi
aku kasih sayang yang aku dambakan selama ni. aku akin aku boleh bahagia dengan
dia.
thanks for reading! :D
xsabar nk 2gu dorg kahwin
ReplyDeletehee. jgn lupa follow kisah diorang ni damalm next2 chapter eh. :*
ReplyDeleteBestlah!!! Xsabar sudah, sweet jeee... Berangan jap jd mcm Lisa... heheheh
ReplyDeleteBest!! xsabar da nie, sweet je... Nak berangan jd Lisa jap la... Hehehe
ReplyDeletehee. thanks thira. berangan jgnv x brangan. :)
ReplyDeletebab 19? exctd nak bc :)
ReplyDeleteala kawen awal .... nanti byk problem! nak buat brapa bab novel neh? tension le bace bila dah kawen byk conflict!!! huhuuuu sian juga ayah lisa
ReplyDeletekalau tak de konflik pun tak bes jugak kan. tapi boleh je kalau nak happy2 je. this is just a story. :) peace. jgn tension2 eh. kalau banyak idea, panjang la cite ni. hee
ReplyDeletebab 19 coming soon. tunggu eh. :)
ReplyDeletewaitinggggggg!!!! :D x la dera mcm bab 17..lama laaaaa...T_T
ReplyDeletehee. dun worry. chapter 19 in progress. will update on weekend maybe. :D
ReplyDeletebest! cepat update eva..pls..x sabar nak tau sambungannya..hope next chapter pjg skit eh? thanks eva! eva terbaek! :D
ReplyDeletehihi. i'll try. thanks ye awak.(hugs) ni yg x sabar nak smbung lagi nih. :D. btw, keeps on supporting. :)
ReplyDelete