Friday, 11 November 2011

betul ke cinta? 17

BAB 17

Bingit betul telinga aku bila pintu bilik aku diketuk bertalu-talu dari tadi. Aku dah bolayan pun, still lagi diketuk. Sakitnya hati!
Aku pun bingkas bangun untuk buka pintu. Lagi bertambah sakit hati aku bila tengok muka mak cik yati kat depan pintu.
“ nak apa ni?” aku tanya kasar.
“ lisa bila balik? Kenapa tak bagi tau dulu nak balik. Kereta pun tak de. Lisa balik dengan siapa?” mak cik yati bertanya ramah sambil pegang tangan aku.
“ kenapa nak tau? Ikut suka orang la nak balik bila pun. Ni rumah orang jugak kan. Ke tak suka orang balik? Kalau bukan sebab banyak memori orang dengan ibu orang dekat rumah ni, orang pun takkan balik la.” Aku rentap tangan aku dari pegangan mak cik yati.
“ lisa, bukan macam tu. Ibu rindu lisa.” Mak cik yati peluk aku. Memang menyirap darah aku bila perkataan ibu keluar dari mulut dia.
“ apa ni? sejak bila mak cik jadi ibu orang? Tolong la jangan nak buat-buat baik dengan orang. Orang tak suka.” Aku tolak mak cik yati sehingga dia terdorong ke belakang.
“ lisa!” ayah yang entah dari mana datang meninggikan suara kepada ku.
“ kenapa buat macam tu dekat ibu!”
“ dia bukan ibu lisa! Dia tak de kena mengena langsung dengan lisa! Dia bukan siapa-siapa.”
“ sejak bila jadi kurang ajar ni? ayah tak pernah ajar lisa jadi kurang ajar macam ni. cepat mintak maaf kat ibu!”
“ kenapa pulak lisa nak kena mintak maaf kat dia. Sejak bila pulak ayah kisah lisa ni kurang ajar ke tak? Sejak bila ayah pandai nak ambik tau pasal lisa?”
“ lisa, ayah..”
“ kenapa lepas ibu tak de, ayah tinggal lisa terkontang-kanting macam tu? Sampai lisa rasa lisa anak yatim piatu. Ada ayah fikir pasal lisa masa tu?”
“ ayah tak bermaksud macam tu.” Suara ayah dah dikendurkan semula.
“ kenapa baru sekarang ayah nak ambik tau pasal lisa. Kenapa selepas lisa dah biasa dengan hidup lisa yang sebatang kara macam ni.”
“ ayah mintak maaf. Itu memang salah ayah. Tapi lisa tak patut buat ibu macam ni.”
“  siapa ibu? Dia bukan ibu lisa la. ibu lisa dah tak de. Kenapa lepas ayah kahwin dengan dia ni, baru ayah kisah pasal lisa? Kenapa ayah? Sayang betul ayah kat dia sampai dia boleh lembutkan hati ayah untuk pandang muka lisa. Kalau dulu, pandang muka lisa pun ayah tak nak.”  aku menghamburkan segala marah ku yang terpendam selama ini.
“ ubat apa kau bagi ayah aku makan?” aku tanya mak cik yati yang membisu dari tadi dengan nada yang sinis.
Pangg! Tangan kanan ayah hinggap di pipi kiriku. Aku terkejut. Selama ni, tak pernah sekali pun ayah ayah mengasari aku.
“ ayah memang tak pernah sayang kan lisa kan. Sebab perempuan ni, ayah sanggup buat lisa macam ni. sampai hati ayah.” Aku terus hempas pintu bilik sekuat hati. Ayah dengan makcik yati dok panggil-panggil aku, tapi aku tak pedulikan mereka.
Aku pegang pipi aku. Terkejut dengan tindakan ayah yang menampar pipi ku. Melampau sangat ke aku tadi? Tapi aku betul-betul tak suka dengan mak cik yati. Aku memang tak dapat terima hakikat yang mak cik yati mengganti tempat arwah ibu. Dan yang paling aku tak dapat terima, bila ayah langsung tak ambil tahu keadaan aku lepas pemergian ibu. Tapi lepas kahwin dengan makcik yati, baru dia terhegeh-hegeh nak membaiki hubungan kami. Tu pun, sebab mak cik yati suruh. Aku memang tak dapat terima bila ayah lagi dengar cakap mak cik yati untuk ambil berat pasal aku. Sedangkan, dulu, masa aku sangat memerlukan kasih sayang dari ayah, dia langsung tak peduli. Maksudnya, dia hanya ambil berat pasal aku sebab mak cik yati. Sebab dia sayangkan mak cik yati. Bukan sebab aku. Bukan sebab anak kandung dia sendiri. sepatutnya, aku berterima kasih pada mak cik yati sebab dia merapatkan semula hubungan ayah dengan aku, tapi aku memang tak boleh. Aku benci sangat dengan keadaan macam ni. aku lagi suka diorang tak ambil tahu pasal aku langsung.
Sedihnya! Kalau ibu ada, mesti aku takkan sedih macam ni. mesti hidup aku penuh dengan kasih sayang, tak macam sekarang. aku rasa hidup aku sangat kosong, tak de orang ambil berat pasal aku, tak de orang sayang aku. Dah la tak de tempat nak mengadu. Mia yang rapat dengan aku tu pun, aku tak pernah cerita pasal problem aku.
Aku sangat-sangat memerlukan orang untuk aku luahkan apa yang aku rasa pada ketika ini. Dari dulu, aku tak pernah mengadu dengan siapa-siapa. Semuanya aku simpan sendiri. tak de seorang pun yang tahu pasal masalah yang aku hadapi kecuali pak said dan isteri nya. Tu pun, aku tak pernah nak mengadu apa-apa dengan pak said. Tiba-tiba, aku teringat encik hakim. Dia nak ke dengar luahan hati aku ni? ah, hentam saj lah. Aku memang dah desperate sangat-sangat ni. kalau aku pendam lagi, mahu mati bunuh diri aku kang.
‘ encik, i need u. can u come to my house?’ aku send sms kat dia. Nak call tak berani.
Tak sampai seminit, aku dapat reply dari dia.
‘ kenapa ni? are u ok? did something happen? Wait for me. I’ll be there in minutes.’
Cepat-cepat aku mandi dan bersiap. Tak sabar aku nak blah dari rumah ni. benci! Mesti setan-setan kat sekeliling aku ni tengah berseronok sebab dapat buat rasa benci membuak-buak dalam hati aku sekarang ni. ah, pedulikan.
Tak lama kemudian, encik hakim sampai. Aku pun cepat-cepat angkat barang-barang aku dan nak keluar dari rumah. Tapi terserempak la pulak dengan ayah dan mak cik yati kat ruang tamu.
“ lisa nak pergi mana ni?” tanya ayah panic.
“ suka hati la nak pergi mana pun. Kenapa nak tahu? Ayah kan tak suka lisa. Biar la lisa berambus je dari rumah ni.”
“ lisa, wait. Kita bincang dulu, please.”
“ dah la, tak de apa yang nak dibincangkan.” Aku cepat-cepat meluru masuk ke dalam kereta encik hakim.
“ kenapa ni?” encik hakim terpinga-pinga bila tengok aku yang macam singa kelaparan.
“ encik, bawak saya pergi dari sini please.” Dia terus mengangguk dan memandu kereta perlahan. Aku pula, membatukan diri sambil pandang ke luar tingkap. Sekali sekala, dia menoleh ke arah ku tapi aku buat-buat tak perasan.
Punya la aku layan perasaan sampaikan sedar-sedar je, kereta dah berhenti dekat taman rekreasi mana entah. Aku pun tak pernah sampai tempat ni. bila aku toleh ke arah encik hakim, rupa-rupanya, dia tengah renung aku.
“ kenapa ni? hmm?” tanya encik hakim lembut. Suara dia membuatkan aku rasa sebak. Membuatkan aku rasa nak meraung je kat sini. Kemudian, ditariknya kedua-dua tangan ku dan dia mengusap jari-jemariku.
“ you can cry on my shoulder.” Terus je air mata aku mengalir laju. Punyala mengada-ngada kan. Padahal dari rumah tadi, setitik air mata pun tak keluar. Pantang dengar suara encik hakim, terus laju je kan air mata ni.
Encik hakim pulak terus peluk bahu aku. Dan aku rasa selesa di dalam pelukan dia.  Rasa macam ada jugak orang yang sayang aku. Habis la baju dia dengan airmata, air hidung dan jugak hingus aku. Punya la banyak air mata aku keluar. Kalau perah baju dia, penuh la jugak satu botol mineral water yang kecik tu dengan air mata aku. Sedih-sedih pun sempat nak hiperbola lagi kan. aku cepat-cepat angkat muka aku dari dada dia bila aku dah rasa okay sikit. Encik hakim pulak mengelap sisa air mata kat pipi aku dengan jari dia. Malu gila! Boleh pulak aku nangis tak ingat kat dia kan.
“ sorry.” Aku cakap perlahan sambil pandang bawah sebab malu.
“ it’s okay. Do you want to share something with me?”
“ saya benci ayah.” Aku cakap bersungguh-sungguh. Encik hakim pulak macam terkejut bila aku cakap macam tu.
“ saya benci dia. Lepas ibu meninggal, ayah memang berubah sangat. Ayah bukan lagi ayah saya yang dulu. Kalau dulu, ayah sangat sayangkan saya. Tapi, lepas ibu tak de, ayah langsung tak peduli pasal saya. Saya baru dua belas tahun masa tu encik. Saya sangat memerlukan sokongan dari ayah untuk saya teruskan hidup. Tapi ayah, terus ignore saya macam tu je. Ayah jarang sangat ada kat rumah. Sampaikan saya rasa, ayah saya dah mati. Sampai saya rasa, saya ni anak yatim piatu. Waktu tu, saya hanya tumpang kasih sayang dari pak said, driver ayah. Semua keperluan saya, pak said yang sediakan.” Aku meluahkan perasaan sambil air mata membasahi pipi. Encik hakim pulak, tak henti-henti menyeka air mata aku dari tadi.
“ masa sekolah menengah, ayah masukkan saya kat asrama penuh. Masa tu, memang hundred percent keperluan saya pak said yang uruskan. Ayah just bagi duit je. Pak said yang sign report card, pak said yang hantar dan ambik saya time cuti. Dan saya paling benci bila kawan-kawan saya asyik cakap, ‘lisa, kayanya bapak kau ada driver. Kan best kalau aku jadi kau’. Saya benci sangat dengar ayat tu. Diorang tak tahu betapa sakitnya jadi saya.”
“ go on..” encik hakim bersuara bila aku diam lama.
“ lepas tu, ayah kahwin dengan mak cik yati. Dengan dia lagi saya benci. Saya tak tahu la dia buat-buat baik atau dia memang baik. Tapi saya benci dengan dia. Saya benci bila dia dapat buat ayah lekat kat rumah. Saya benci bila mak cik yati buat ayah ambik berat pasal saya. Saya rasa saya kalah dengan mak cik yati. Ayah lagi pentingkan mak cik yati dari saya yang merupakan anak kandung dia. Kenapa masa saya kecik dulu, masa saya merayu-rayu nakkan ayah, ayah ignore saya macam tu? Kenapa bila mak cik yati nasihatkan dia untuk ambik berat pasal saya, dia senang je ikut? Kenapa? Ayah memang lebih sayangkan mak cik yati sampaikan dia sanggup kutip saya yang dia pernah buang dulu. Hebat betul kan mak cik yati. Saya benci dia.”
“ kalau ibu ada, mesti ayah sayangkan saya kan. mesti hidup saya penuh dengan kasih sayang. Tak macam sekarang. tak de siapa yang sayangkan saya.”
“ siapa cakap? Ada lagi orang yang sayangkan awak. Tapi awak je tak tau.”
“ mana ada. Saya tau la. memang tak de siapa pun yang sayangkan saya.”
“ saya. Saya sayangkan awak.” Encik hakim ni, agak-agak la kan. kalau ye pun nak ambik hati aku, tak payah la sampai nak menipu.
“ awak tak sedar ke yang selama ni saya sayangkan awak?” memang aku terdiam terus dengar dia cakap macam tu. Dia ni main-main ke serius ni. aku pun dah confuse.
“ kita kahwin.”
“hah? Encik mengarut apa ni?”
“ saya serius. Kita kahwin. Saya nak jaga awak dan sayang awak sampai bila-bila.”
“ encik, tak perlu la kot encik cakap macam ni sebab nak senangkan hati saya.”
“ saya memang maksudkan apa yang saya cakap lisa. Saya nak kahwin dengan awak. Saya nak curahkan sepenuh kasih sayang saya pada awak sampai awak rasa awak tak perlukan kasih sayang dari orang lain lagi.” Terlopong habis mulut aku bila dia cakap macam tu.
“ will you marry me?” jejari dia mendongakkan muka aku menghadap muka dia.
Aku pulak tanpa fikir panjang terus mengangguk sebab terpaku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut dia.

thanks for reading! :D

4 comments:

  1. aduss ... why lisa? it's too soon to get married with Hakim .... jgn lah kawen dulu ....

    ReplyDelete
  2. tak suka eh? ingatkan korang suka baca kalau diorang kahwin. :)

    ReplyDelete
  3. ehh, biar lah dia kahwin. lagi suka :))

    ReplyDelete
  4. heee. :)).. kite pun suka.

    ReplyDelete